Salam sahabat blog...
Apa khabar sahabat??? Didoakan kalian semua dalam kebahagiaan, rahmah dan maghfirah dari Allah hendaknya. Amin. Apa yang nak disembangkan hari ni yer??? Erm sebetulnya semalam semasa makan di kantin sekolah, ustazmuda tertarik dengan satu artikel yang menjadi fokus dalam akhbar sisipan Jawi. Amat menarik fokusnya. Ya Menarik. " تريند هيدوف بوجغ " Boleh paham ke apa yang ustazmuda tuliskan tu??? Akhbar jawikan jadi ustazmuda salin semula tajuk fokusnya dalam jawilah hehe. Kepada sahabat yang masih boleh memahaminya syabas dan tahniah ustazmuda ucapkan kepada yang terangkak-rangkak tu ustazmuda syorkan cuba-cubalah mendekati seni warisan kita ni. Tulisan jawi. Tulisan yang menjadi identiti orang Melayu sebelum Merdeka... Oklah fokusnya berjudul. Trend hidup bujang. Menarikkan???
Erm memang menarikpun, tapi bila ustazmuda kembali ke meja dan menerima satu komen dalam posting lama ustazmuda yang berjudul "SaLaH pAhAm TeNtAnG iDdAH..." hati meronta untuk cuba membantu. Sekurang-kurangnya memberi sedikit pandangan atas persoalan yang diberikan walau mungkin tidak mampu merungkai masalah sepenuhnya. Di sini ustazmuda kongsikan persoalan tersebut. Tinggalkan dahulu trend hidup membujang pada psoting akan datang. Insya Allah. Begini bunyinya...
Anonymous has left a new comment on your post : "SaLaH pAhAm TeNtAnG iDdAH..."
Assalamualaikum ustaz,
Soalan saya mengenai talak. suami saya, walaunpun tidak menyebut kata "cerai" atau "talak", namun sering kali menyebut perkataan2 yang membawa maksud serupa. Iaitu "melepaskan" dsb. Contohnya, dia acapkali mengingatkan saya tentang "tawaran"nya, iaitu untuk berpisah jika kami tidak lagi sefahaman. Maknanya setiap kali kami bertengkar, dia akan menyebut "tawaran saya masih on lagi". Baru2 ini, saya nekad minta berpisah jadi saya katakan kepadanya "is ur offer still on?" Katanya "yes". Kemudian saya katakan kepadanya "i want out", dia menjawab "OK". Apakah itu telah jatuh talak kerana kami saling memahami maksud "out" dan "offer" yang disebut? Selepas itu juga kami telah berbincang tentang settlement, rumah, tanggungan anak dll. Maksudnya, kami berdua memang memahami sebenarnya apa yang kami ucap dan maksudkan. Sekian, terima kasih atas penjelasan.
Tunggukan komen ustazmuda. Hehe. Banyak plak kerja ni. Adois. Maaf.
Ok sambungan huhu. Erm... Maaf didahulukan andai jawapan bukanlah satu jawapan yang dapat meumaskan hati yang empunya diri. Jawapan juga bukanlah sebuah jawapan pasti namun sekadar pandangan peribadi dan pendapat dari seorang ustaz yang masih muda ilmunya. Jawapan yang boleh diterima bahkan juga boleh ditolak. Terpulang...
Secara jujurnya ustazmuda melihat permasalahan ini amat kronik. Wah... kronik tu!!! ya kronik yang amat sangat dan untuk meletakkan hukum secara mutlak telah terjatuh talaq dibimbangi ia satu kekhilafan dipihak ustazmuda. Namun hati kuat mengatakan begitu. Kronik juga ustazmuda katakan kerana, lafaz itu seolah-olah telahpun menjadi mainan dipihak suami. Seolah-olah telah menjadi satu senjata. Senjata yang akan dipergunakan ketika tersepit mungkin. Begitu boleh??? Senjata yang digunakan apabila masalah timbul dalam melalui bahtera rumahtangga. Senjata perpisahan seakan-akan satu ugutan... Mungkin juga satu jalan pintas untuk menghalalkan sebuah perpisahan dan melepasi sebuah kepertanggungjawaban. Begitu mungkin.
Walauapapun lafaz yang digunakan sebenarnya, hanya pihak sahabat sahaja yang dapat memberi kata putus. Sahabat yang memahami suasana dan keadaan ketika itu. Sahabat sendiri memahami maksud dari pertikaian itu. Andai sahabat merasakan apa yang berlaku difahami dan diakui sebagai Talaq terimalah... Sahabat dan suamilah yang lebih mengetahui. Kami di sini hanya menghukum sekadar pahaman dari cerita dan kenyataan yang diberikan. Suami puan lebih memahami apa yang di maksudkan.
Untuk akhirnya...Sebaiknya bersegeralah menyelesaikan masalah dan membawa ke pihak yang lebih arif iaitu Mahkamah Syariah. Di sana mungkin satu jawapan pasti akan diputuskan. Apapun keputusan terletak pada bagaimana interpretasi sahabat terhadap keadaan yang berlaku kepada pihak berwajib. Waalhu aklam.
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ulasan:
10:47 AM
Terima Kasih Ustaz atas informasi yang berguna
11:03 AM
Salaaam alaikum akhi!
Kenapalaa melayu ni suka berkias-kias?. Dalam hal macamni baik straight forward je, takyah kias2.Kenapa berkias?.. Sebab tak sampai hati?..Tak berani atau tak berapa confidence nak berpisah?
Tapi kalau sudah tahu sama tahu dan initiate perkara bagi persediaan utk berpisah..
ana rasa jatuhla
sebab dah verbal, dan faham dan dah masing2 tau apa nak buat
yg penting kan dari hati, kepala dan niat
itu pandangan ana yg bukan ahli ni ,kalau ahli mungkin dia kata pegangan, tapi ana pegang pada yg verbal, faham, niat dan persetujuan ... haaa!macamne?
12:28 PM
Salam
Saya sudah mengalaminya, dari apa yang saya faham jika beserta dengan niat walaupun secara berkias ianya confirm.
Rujuklah di pejabat agama yang terdekat.
Post a Comment