Salam sahabat blog...
Erm... agak pelik bunyi posting OK kali inikan??? Entahlah. Tak tahu apa OK nak katakan. Andaikan kita sebagai hambaNya diberi pilihan memilih antara sakit dan sihat... tentunya kita akan memilih sihat sentiasa bukan??? Namun itulah ketetapan dari Dia. Dia yang maha berkuasa. Penentu segalanya. Dijadikannya berpasangan. Sihat lawannya sakit. Bahagia lawannya derita, benci lawannya sayang... huhu. Begitulah. Adakah perasaan benci itu sebenarnya... hua hua hua. Yunapun masuk adois.
Oklah... sebenarnya OK ingin berkongsi. Berkongsi rasa. Berkongsi cerita dengan sahabat semua. Dua tiga minggu sebelum cuti sekolah lepas, OK sering sakit kepala. Adakala berdenyut-denyut. Dan dua tiga minggu lepas juga ada seorang rakan sejawat yang perasan sesuatu tentang OK... huhu. Perasan tentang cara dan pemakanan OK. Tak sangka juga ada yang memerhati atau sekadar kebetulan je. Sadis ma.
Ceritanya begini... Kebiasaannya setiap pagi, bila sampai sahaja ke sekolah dalam jam 7.10 begitu OK akan ke kantin dulu mengisi perut sementara menunggu loceng pertama berbunyi jam 7.30. Itulah rutin OK. Sampai ke sekolah mesti ke kantin first. Huhu. Adalah dua tiga orang rakan yang rutinnya seperti OK. Ada lelaki dan ada yang perempuan. Ala... lebih kurang tujuh ke lapan oranglah yang akan meluru ke kantin seperti abi. Seperti biasa juga, menu tetap abi adalah... nasi goreng kekadang mee goreng dan teh panas. Adakala nasi lemak mahupun nasi pulut. Best. Menu makanan sering bertukar tetapi air yang pastinya adalah teh panas. Kata orang feveret. Gitu ke???
Nak dijadikan cerita... Lebih kurang jam 11 pagi, time free takde kelas OK ke kantin sekali lagi... dan masih lagi pekena teh secawan. Entahlah... dah ketagih teh kot huhu. Kebetulan plak rakan yang sama minum pagi tadi kekantin juga. Hua hua hua... di tegurnya OK, apa katanya " erm... rasanya dah 2 kali pekena tehkan, tak takut ke??? huhu... " OK... senyum dan mendiamkan diri aje. Takut, erm hakikatnya sebelum ni tak pernah rasa takut. Nak buat camne teh susu panas adalah kegemaranku. Adakala sampai 5 kali sehari. Pagi, jam 10@11, kekadang makan tengah haripun ngan teh panas. Minum petang dan minum malam lagi. Tak ke 5 kali tu. Ekekeke. Ummipun kadang bising teh teh teh... tapi tetap dibuatnya untuk abi. Tq sayang kerana memahami citarasaku. hua hua hua.
Sejak kena tegur dengan member tu... dan sejak kepala mula berdenyut2 mulalah hati rasa tak sedap... ummipun tak kurang pot petnya. Yalah semua tu tanda sayang sebenarnya. Prihatin dengan OK. Lagipun badan dah montel semacam... sexy gitu wakakakaka. Ummipun apa lagi... " Jom abi kita buat check up. Lagipun kan sekarang cuti sekolah. Jom sayang"... ummi berbisik. Nak tak nak OK akur... rela dalam paksa. Senyum dalam tawa. Gementar dalam rasa. Perasaan bercampur. Sihatkah aku??? Sakitkah aku??? Almaklum sajalah usiapun dah penghujung 30... setahun dua mencecahlah angka keramat 40. Erm... Tua dah rupanya. Tapi hati... ekekeke.
Tiga empat hari lepas menjejaklah OK dengan ummi ke Poliklinik Padang Luas... Alhamdulillah kami dilayan dengan baik. Terima kasih untuk semua... Kami menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan biasa. Terima kasih khusus buat Dr Arif... kerana banyak tip2 berguna dari beliau. Siap boleh bergurau senda dan ketawa lagi. Tq happening plak rasa gi klinik tu. huhu.
... Dan natijahnya Alhamdulillah semuanya ok. Lancar belaka. Tekanan darah 110/70 untuk kadar gula dalam darah 5.2. Yang lain2pun semuanya OK. Syukur padaNya. Balik dari klinik kami singgah di Restoran Mamak Old Town Temerloh. OKpun apa lagi... terus jerit teh satu. Kwang kwang kwang.
Monday, July 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ulasan:
10:08 PM
Rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara...
11:52 AM
Alhamdulillah,...moga2 dgn kesihatan yg baik akan membantu kita utk beribadah lebih banayak kepadaNya
11:23 AM
...dan setiap kesakitan dan kepayahan itu adalah penghapus dosa waima tercucuk duri sekalipun.wallahualam..
Post a Comment