
Oklah... sebenarnya OK ingin berkongsi. Berkongsi rasa. Berkongsi cerita dengan sahabat semua. Dua tiga minggu sebelum cuti sekolah lepas, OK sering sakit kepala. Adakala berdenyut-denyut. Dan dua tiga minggu lepas juga ada seorang rakan sejawat yang perasan sesuatu tentang OK... huhu. Perasan tentang cara dan pemakanan OK. Tak sangka juga ada yang memerhati atau sekadar kebetulan je. Sadis ma.
Ceritanya begini... Kebiasaannya setiap pagi, bila sampai sahaja ke sekolah dalam jam 7.10 begitu OK akan ke kantin dulu mengisi perut sementara menunggu loceng pertama berbunyi jam 7.30. Itulah rutin OK. Sampai ke sekolah mesti ke kantin first. Huhu. Adalah dua tiga orang rakan yang rutinnya seperti OK. Ada lelaki dan ada yang perempuan. Ala... lebih kurang tujuh ke lapan oranglah yang akan meluru ke kantin seperti abi. Seperti biasa juga, menu tetap abi adalah... nasi goreng kekadang mee goreng dan teh panas. Adakala nasi lemak mahupun nasi pulut. Best. Menu makanan sering bertukar tetapi air yang pastinya adalah teh panas. Kata orang feveret. Gitu ke???
Nak dijadikan cerita... Lebih kurang jam 11 pagi, time free takde kelas OK ke kantin sekali lagi... dan masih lagi

Sejak kena tegur dengan member tu... dan sejak kepala mula berdenyut2 mulalah hati rasa tak sedap... ummipun tak kurang pot petnya. Yalah semua tu tanda sayang sebenarnya. Prihatin dengan OK. Lagipun badan dah montel semacam... sexy gitu wakakakaka. Ummipun apa lagi... " Jom abi kita buat check up. Lagipun kan sekarang cuti sekolah. Jom sayang"... ummi berbisik. Nak tak nak OK akur... rela dalam paksa. Senyum dalam tawa. Gementar dalam rasa. Perasaan bercampur. Sihatkah aku??? Sakitkah aku??? Almaklum sajalah usiapun dah penghujung 30... setahun dua mencecahlah angka keramat 40. Erm... Tua dah rupanya. Tapi hati... ekekeke.

... Dan natijahnya Alhamdulillah semuanya ok. Lancar belaka. Tekanan darah 110/70 untuk kadar gula dalam darah 5.2. Yang lain2pun semuanya OK. Syukur padaNya. Balik dari klinik kami singgah di Restoran Mamak Old Town Temerloh. OKpun apa lagi... terus jerit teh satu. Kwang kwang kwang.
3 ulasan:
10:08 PM
Rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara...
11:52 AM
Alhamdulillah,...moga2 dgn kesihatan yg baik akan membantu kita utk beribadah lebih banayak kepadaNya
11:23 AM
...dan setiap kesakitan dan kepayahan itu adalah penghapus dosa waima tercucuk duri sekalipun.wallahualam..
Post a Comment