Salam sahabat blog...
M
aaf pada sahabat kerana hari ini abi ingin berkongsi satu cerita hehe... pohon juga pandangan dari sahabat sekalian... Semoga dapat menjadi bimbingan buat abi dan ummi dalam membuat keputusan...
Beberapa minggu lepas ada abi ceritakan...
tentang Haikal. Kepada sahabat yang masih belum tahu boleh rujuk di sini...
Tentang Haikal. Kesinambungannya seperti ini :...`
Jumaat lepas kami balik kampong sempena majlis walimah anak saudara...
terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang sudi meluangkan masa menghadirkan diri... Tq.Ceritanya... Dikesempatan balik kampong jumaat tersebut abi mengambil cuti tambahan selama dua hari... isnin dan selasa. Sebelum balik, kami bersembang dengan mak dan ayah Haikal sambil berseloroh untuk memimjam selama cuti kali ini... 4 harilah sabtu - selasa. Asalnya sekadar seloroh. Alhamdulillah mak ayahnya benarkan... kamipun apa lagi ambik kesempatan mengambilnya. Hua hua... girang betul hati.
Alhamdulillah selama empat hari di sana keadaan Haikal amat baik... walau ada sesekali, pada waktu malam bangun dan merintih... maybe rindukan mak ayahnya. Selepas dua hari Haikal bersama kami... ibunya menelefon, dia redho seandainya anak tersebut terus bersama kami. Katanya kalau betul nak ambik... teruskan dan jangan ditunjukkan lagi kepada dia... dibimbangi Haikal tidak mahu lagi kepada kami. Begitu lebih kurang bunyi smsnya. Kami menerima dengan hati yang terbuka... cuma bonda abi sendiri agak kurang bersetuju... disebelah ummi semuanya OK...
Bonda kurang bersetuju kerana banyak masalah bila mengambil anak angkat. Aurat dan sebagainya... Masalah!!! Lagipun kamu bukan tidak ada anak langsung. Kalau kamu mengambil anak sedari kecil dan boleh disusukan mak terima. Haikal ni dah besar dan lebih 2 tahun!!! Begitulah apa kata bonda... Kami berdua hanya tersenyum.
Habis di situ... Ingatkan segalanya selesai. Namun pagi ini... bonda masih belum berpuashati dengan keputusan kami. Telepon berdering bertanyakan tentang Haikal dan keputusan kami. Erm... hati jadi serba salah. Antara ibu... anak itu, hati ummi dan anugerah dariNya. Entah!!! Jujurnya belum pernah abi membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak ibu... kali ini terasa beratnya.
Hakikatnya... kami bukanlah nak memisahkan antara anak dan ibu kandungnya. Tidak sesekali. Sekadar meringankan bebanan keluarga tersebut semampu mungkin sebagai jiran terhampir. Hajat di hati juga andai kami mengambil... sekadar selama sebulan ini, dan bila ummi mula bertugas kembali pada january nanti akan kami hantar pada ibunya untuk menjaga semasa ummi bertugas... dan itu juga persetujuan dari ibu Haikal sendiri. Biarlah dia tetap kenal kami abi dan ummi sebagai penjaganya juga kenal ibu kandungnya. Malam dengan kami siang semasa ummi bertugas ibunya memelihara seketika... Mungkin dengan cara itu hubungan tidak terputus.
Namun kini rasa berbelah bagi... Ibu tetap dengan keputusan!!! Kononnya andai anak yang baru dilahirkan dan boleh disusukan... Ibu tidak kisah. Dan kami bukan tidak punya zuriatpun. Itulah penamat dari bonda tercinta abi... Sebenarnya ada cerita kenapa ibu terlalu berkeras. Dia tidak mahu seperti sebuah keluarga yang hampir dengan kami juga... mereka memelihara anak angkat. Namun hubungan seperti anak kandung sendiri hingga dewasa. Pelukan dan ciuman tetap seperti anak kandung!!! Bonda tidak mahu seperti itu... katanya hanya menambah dosa!!! Ibu benar!!!
... Namun untuk menyamakan abi ummi dan keluarga tersebut rasanya terlalu awal. Terlalu cepat bonda memberikan hukuman!!!. Pada abi kenapa terjadi begitu. Kerana mereka tidak menekankan dari awal tahap dan hubungan anak tersebut dengan keluarga angkat. Abi yakin anak yang diberikan fahaman agama yang baik akan memahami duduk keadaan!!!
Komen sahabat abi perlukan!!!