Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Monday, April 27, 2009

MuAk DaN mUaL...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Tak tahu di mana untuk OK mulakan tulisan pada kali ini... Fikiran agak berserabut sebagaimana serabutnya dunia politik di negara kita. Serabut dengan PRK yang tidak sudah-sudah, serabut dengan kuasa yang diambil mudah, serabut dengan cerita yang apa entah.

Melihat kepada kecenderungan pilihanraya kecil yang tidak sudah. OK rasa andai Penanti bukan yang terakhir... dan selepasnya akan ada lagi PRK demi PRK walau dengan apa alasan sekalipun, ia akan menjadikan rakyat muak. Muak yang amat meloyakan dengan permainan politik seperti ini. Tidak kiralah siapa yang dipersalahkan atas terjadinya PRK. Ia tetap memualkan.

Calon terawal menawarkan diri untuk bertanding di Penanti.
Untuk rakyat juga??? wakakakakakaka


Muak dan mual yang meloyakan... kenapa dan mengapa???

Muak dan mual kerana betapa mudahnya kepercayaan rakyat diperkotakkatikkan.

Muak dan mual bila mereka yang kita pilih kononnya untuk membela kita mengambil jalan terlalu mudah apabila ditimpa masalah. Jalannya terlalu mudah... perletakan jawatan. Begitu sahaja. Tamat. Bermulalah sebuah PRK baru.

Muak dan mual apabila satu demi satu mereka yang kita pilih mempermainkan kepercayaan kita kononnya untuk sebuah kebenaran. Segalanya untuk rakyat??? Benarkah rakyat??? Apa yang rakyat dapat???

Muak dan mual apabila mereka yang kita pilih dengan mudahnya melompat ke sana dan ke mari... melompat yang konon segalanya untuk rakyat. Demi rakyat. Demi kebenaran. Adoissssssss. Nak termuntah rasanya.

Muak dan mual apabila segalanya perlu dipolitikkan.

Moga muak dan mual ini akan berakhir segera sebelum ia menjadi barah yang merosakkan seluruh jiwa.

Perghhhhhhhhhhh tak tahan nak termuntah ni. Ngalahkan pompuan mengandung. Huhu. Maaf ke tandas dulu yer. ekekeke.

Rasa hati : Loya...

Sunday, February 15, 2009

ApA itU SeMbAh DeRhAkA...

1 ulasan
Salam sahabat blog...


Seminggu dua ni tak habis-habis lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan cerita derhaka... Yalah sebenarnya derhaka ni bukanlah kisah barupun... kalau kita lihat sejarah dan kisah-kisah lampau banyak cerita-cerita penderhakaan di kalangan masyarakat Melayu dulu kala... Pelbagai kisah penderhakaan... ada yang derhaka pada ibu bapa, ala cam kisah Si Tanggang tu... nak best lagi tonton Sinetron Indon Maling Kundang hehe... kisah penderhakaan pada ibu bapa bukanlah satu kepelikanpun. Sejak dari zaman nabi pun telah berlaku... renungi kisah Al-Qamah. Bukankah kisah penderhakaan???


Cuma sejak apa yang berlaku di Perak akhir-akhir ini kisah penderhakaan berulang lagi... lagi dan lagi. Kalau dulu mungkin sebiji nangka menjadi alasan pada sebuah penderhakaan tapi kini... huhu. Apa ya??? Entah... Namun apakah sebenar penderhakaan... setakat manakah yang dikatakan penderhakaan pada pemerintan raja atau sultan itu sendiri??? Ustazmuda cuba juga belek-belek di laman-laman web mencari dan memahami apakah yang dikatakan penderhakaan tersebut...

Alhamdualillah... ustazmuda temu satu temubual seorang wartawan dengan Dr Haron Din... seorang ulamak tersohor yang ustazmuda rasakan cukup hebat ilmunya. Ingin sekali untuk ustazmuda kongsikan dengan sahabat... apakah sebenarnya derhaka tersebut. Apakah pula yang dikatakan sembah derhaka...

Jom sama-sama kita hayati...

(Bahagian pertama) Image

Beliau adalah antara ulama terkemuka yang masih berhubung rapat dengan Istana dan Raja-Raja Melayu, tetapi tetap dekat di hati rakyat. Justeru, Dato' Dr Haron Din dirasakan tokoh paling sesuai yang boleh mengupas situasi gawat di Perak terutama berkaitan hal yang digembar-gemburkan media, iaitu isu taat setia kepada kepimpinan dan masalah derhaka kepada Raja-Raja Melayu, dari perspektif agama.


Ketua Pengarang Kumpulan Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN dan Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN beserta jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH sempat mewawancara Timbalan Mursyidul Am PAS itu, di kediamannya di Bandar Baru Bangi, pagi 16 Februari lalu.



Image

Istilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Ser Nizar ketika menghadap Sultan telah menimbulkan tanggapan negatif, terutama oleh pihak media, walaupun sudah dijelaskan oleh pakar perundangan juga pakar bahasa. Malah Dato' sendiri turut mengulasnya, tetapi Menteri Besar Perak itu tetap dilabel penderhaka hanya kerana istilah istana itu. Mohon Dato' jelaskan lebih lanjut maksud sebenar istilah 'sembah derhaka' itu.


Istilah 'sembah derhaka' bukan bermaksud perbuatan menderhaka tetapi sengaja pihak-pihak tertentu dan media arus perdana 'menangguk di air yang keruh'. Mereka telah mengungkit dan membesar-besarkan bahawa apabila Nizar 'sembah derhaka', seolah-olah ianya 'confrim' derhaka kepada raja.


'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.


Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?


Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Rama Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.


Tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu memperalatkan istilah yang dipakai Nizar, 'sembah derhaka' sebagai perbuatan derhaka yang sebenarnya. Dari sudut bahasa, ia dilafazkan apabila apa yang diminta raja itu tidak boleh ditunaikan. Apabila diberikan sebab-sebab yang munasabah kepada raja maka ia bukanlah derhaka.Kalau itu dianggap derhaka, sebenarnya banyaklah perbuatan derhaka kepada raja, tetapi ia tidak pernah ditonjolkan.


Saya tidak mahu sebut kronologi yang jelas tentang perbuatan menderhaka dan menyakiti raja ini kerana tidak mahu terdedah kepada umum wujudnya pihak-pihak tertentu yang memang benarderhaka kepada raja sehingga menggambarkan wujud masalah antara istana dan pihak-pihak tertentu itu.


Ada menteri besar yang sepatutnya tiap minggu pada hari tertentu menghadap raja untuk memberi taklimat tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang raja yang minta wang rakyat digunakan untuk projek demi kepentingan rakyat, tetapi menteri besar membazir untuk projek mega yang memperkayakan kroni.


Ada raja yang suruh menteri besar hentikan projek tertentu kerana membazir, tetapi tidak diendahkan. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan menyalurkannya melalui projek tertentu, tetapi tetap diagihkan kepada kroni mereka.


Malah ada seorang raja yang memberitahu saya, ada pemimpin di negerinya yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi.



Semoga sahabat memahami apa yang dikatakan dengan penderhakaan. Apa pula yang dikatakan dengan sembah derhaka... rasanya tak perlu ustazmuda untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Mungkin istilah "sembah derhaka" ini perlu diperkenalkan di dalam sukatan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah dalam bab Bahasa Istana... agar ia tidak menjadi asing kepada pelajar dan rakyat seluruhnya satu masa nanti.


Untuk akhirnya... bolehlah disimpulkan sembah derhaka sebagai... satu penolakan secara terhormat lagi berhemat kepada mana-mana permintaan dari raja atau sultan kepada kita rakyat biasa. Begitu boleh???

Saturday, January 10, 2009

GaBunGaN TerBaiK...

2 ulasan
Salam...

Apa khabar semua sahabat... hehe hari ni abi sengaja nak membuat sikit analisis pilihanraya dan suasana politik Malaysia pasca March 2008 huhu...
Nampaknya trend pengundi masih sama dengan March 2008 masih tetap membangkang huhu. Kalau boleh dikatakan spserti itu. Setuju??? Huhu... angguk jelah. K... Trgglah maksud abi.


Abi bukannya penganalisis politikpun saja gatal tangan hari ni... hua hua hua. Malaysia sebagaimana yang kita tahu didominasi 3 kaum utama Melayu Cina dan India... Inilah kaum2 utama di malaysia yang telah diterima sejak berzaman... Dan 3 parti utama di Malaysia yang memerintah sebelum PRU ke 12 dahulu semuanya berasaskan kaum... UMNO = Melayu, MCA = Cina dan MIC India... itu yang telah dipasak dalam kepala kita. Tiada yang lain seindahnya. Begitu boleh?>??>


Entah kenapa PASCA March08 menyaksikan satu perubahan rakyat... pengundian boleh dikatakan tidak lagi berpaksikan kaum semata2... Kenapa dan dan mengapa??? Entah...Namun pada abi walau tidak lagi 100% berpaksikan kaum semata2 namun sedikit sebanyak masih wujud lagi sifat perkauman... Melihat DAP yang boleh dikatakan didokong sepenuhnya oleh kaum Cina, PAS hampir 100% Melayu Islam dan hanya PKR sahaja yang boleh dikatakan agar multi racial... Begitu boleh???



Melihat kepada realiti Malaysia Hari Ini ( Wa cam MHI TV3 plak ) huhu... bukan hari esok mahupun semalam... Lihat hari ni ye hehe, dengan penduduknya yang hanya sekitar 50%+++ sahaja Melayu dan selebihnya adalah kaum lain... pada abi sudah tidak ada tempat untuk parti bersifat kaum di bumi bertuah ini. Kalau abi salah harap betulkan... Tiada satu parti berteras kaumpun yang mampu memerintah Malaysia dengan majoriti yang kuat dengan komposisi kaum seperti ini...



Hendak tak hendak, mahu tidak mahu kita memerlukan gabungan... Dan kita dihadapkan dengan hanya dua pilihan.
Satu yang namanya Barisan Nasional yang terlah berzaman... di anggotai oleh 3 parti besar UMNO, MCA dan MIC kebetulan pulak semuanya ada M... huhu 3M ( walau ada parti2 kecil hehe ) dan yang satu lagi yang namanya Pakatan Rakyat yang didominasi oleh PAS, PKR dan DAP... wa kebetulan semuanya ada P. Abi ringkaskan 3M VS 3P. Begitu boleh??? Ahakssssss Untuk itu, inilah pilihan yang dihadapkan pada kita pada masa kini... Tiada lagi pilihan lain sekurangnya buat setahun dua dari sekarang... Anda memilih 3M atau memilih 3P... Boleh begitu??? Mungkin sesetengah sahabat merasakan 3M adalah yang terbaik setakat ini. Terpulang... Mungkin juga pada sesetengah sahabat 3P adalah terbaik... juga terserah. Sahabat yang menetukan... pastinya sahabat mempunya hujah yang menyokong pandangan sahabat bukan??? Abi tidak mampu memaksa sahabat bersama abi atau sahabat juga tidak mampu memaksa abi bersama sahabat. Kita bebas dan merdeka dalam membuat pilihan...


Namun Secara jujurnya pada diri abi huhu... huaaaaaaaaaaaa abi lebih cenderung pada gabungan 3P... kenapa dan mengapa??? Erm... perlukan abi kongsikannya>>>??? Ahakssssssss oklah. Ingat abi nak sambung lain kalilah. Jangan mare. Abi membuka untuk komentar semua sahabat. Namun abi memberi peringatan komentar hendaklah berhemah dan beradab sebagai seorang Islam... Perkataan seperti babi, bodoh dan bangang serta yang sewaktu dengannya adalah dilarang di blog mahupun groups abi respeks groups di groups lain itu hak moderator sepenuhnya...


Semoga diera baru ini, kita berpolitiklah dengan penuh berhemah secara bijak sana dan sini. Huhu. Sahabat juga di alu-alukan bersama groups abi. Semoga ada manfaat bersamanya... Amin


Tunggukan Gabungan terbaik : Part II. Ahaksssssss


Takbir. Allah akhbar 3x!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 01, 2008

PAS - JaNgAn BaKaR jAmBaTaN iTu...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Sahabat apa khabar hari ini... Moga sahabat semua sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah dan tetap istiqamah di jalanNya. Amin. Sahabat, maafkan ustazmuda andai posting ustazmuda hari ini sedikit berbaur politik dan siasah... Hehe. Ustazmuda tahu dan paham ramai di kalangan pengunjung ustazmuda agak kurang senang bila blog kesayangan ustazmuda ini bersembang soal politik... Buktinya lihat saja komen-komen dalam posting Aduhai Shaberyy adoisss bagai nak pengsan ustazmuda membacanya, tapi takpe... ustazmuda menghormati pandangan sahabat dan sahabat juga seharusnya menghormati pandangan ustazmuda. Begitu boleh???


Bukan itu sahaja, ustazmuda juga ditegur melalui YM apabila blog ini seolah mulai condong ke sebelah pihak, bukan lagi tegak di atas paksinya... begitulah kononnya. Apapun pada ustazmuda, paksi ustazmuda adalah Al Quran dan Sunnah Rasulallah SAW... Moga-moga ia tetap menjadi paksi kita bersama dalam membuat keputusan. Amin.


Kenapa dan mengapa tetiba ustazmuda menjurus kepada persoalan di atas??? Erm... Melihat senario politik hari ini PAS sebagai Jamaah Islam dan juga badan politik mulai dipandang bukan lagi sebelah mata tetapi mungkin dengan mata terbelalak oleh kedua-dua belah pihak samada kawan dan lawan. Hari ini dan saat ini, sorong tarik berlaku antara kedua belah pihak... Siapa terperangkap dan memerangkap??? Hanya Allah penentu segalanya... Bukan itu menjadi persoalan ustazmuda. Perlu dipahami... PAS bukan semata-mata sebuah badan politik tetapi menggelarkan dirinya sebagai Jamaah Islam... Bermakna tugas PAS merangkumi semua aspek khususnya dalam konteks dakwah... Itu tugas utama PAS apabila menggelarkan dirinya sebagai Jamaah Islam.


PRU 12 telah menunjukkan satu jambatan yang sangat baik telah terbina antara PAS dengan kumpulan yang selama ini begitu asing dengan Islam... Tak kiralah dari pihak lawan atau kawan. Asing seasing-asingnya. Seolah-olah PAS adalah makhluk asing yang digeruni... Begitulah asingnya mereka dengan PAS. Jambatan ini bukan terbentuk dengan sendirinya tetapi melalui jerih perih usaha tanpa jemu ahli-ahli PAS dalam mengenalkan Islam kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan politik PAS. Ucapan tahniah seharusnya diberikan kepada Dr. Mujahid Yusuf Rawa atas usaha tanpa jemu ini. Sehingga PAS telah membuat kejutan dengan mencalonkan calon bukan beragama Islam berbangsa India di Dun Kulai Johor iaitu Saudari Kumutha Raman dari kelab Penyokong PAS namun menggunakan simbol keadilan. Calon wanita seorang peguam sanggup untuk bersama dengan PAS. Apapun tujuan dan niat mereka bersama itu, serahkan sahaja pada Allah.


Ruang-ruang yang wujud ini... telah memberikan satu peluang kepada PAS sendiri dalam usaha dakwah. Dalam usaha memperkenalkan Islam kepada kawan dan lawan. Hari ini dan tika ini juga, berkembangnya di sana sini, apa yang disebut sebagai kelab penyokong PAS. Ya... kelab untuk mereka yang berminat mendekati dan seterusnya memahami perjuangan PAS dan Islam itu sendiri.


... Sayang andai jambatan yang dibina ini runtuh begitu sahaja dek kerana kelemahan kita memahamai keadaan dan perkembangan semasa. Ustazmuda tidak bermaksud menghalang pertemuan demi pertemuan antara sesama pemimpim Melayu... terpulang, tapi tolonglah, tolong jangan abaikan mereka yang ingin mendekati Islam itu sendiri. Sesungghnya Islam itu bukan milik mutlak Melayu bahkan adakalanya Melayu itu sendiri begitu jauh dengan Islam. Mungkin terlalu kasar bunyinya andai ustazmuda menyamakan apa yang berlaku dengan kisah di mana Baginda Rasul telah ditegur oleh Allah kerana memalingkan wajah dari seorang ( kalau tak silap Abdullah Ummu Makhtum ) yang benar-benar ingin tahu tentang Islam hanya kerana Baginda melayan karenah pembesar-pembesar yang keikhlasannya masih diragui. Sahabat boleh melihat tafsirannya dalam Surah Abasa' ... Abasa watawalla. In Ja ahul a'ma.


Maafkan ustazmuda, andai meletakkan perbandingan yang mungkin keterlauan dan bukan pada tempatnya. Namun pengajarannya amat penting. Mungkin di sana sahabat-sahabat kita di kalangan mereka yang amat ingin memahami Islam, tetapi kita terlepas pandang hanya kerana melayan karenah mereka yang berpangkat dan darjat atau mungkin kerana habuan keduniaan yang dijanjikan. Waliyazubillah. Sesungguhnya jika ini yang berlaku satu kerugian yang maha besar pada ummah ini. Semoga pimpinan kita di atas sana akan bertindak sebijaknya seperti pepatah Melayu... Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tidak berselerak.


Sekian. Terima kasih
Ikhlas dari ahli yang amat merindukan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Amin. Islam untuk semua.

Sunday, July 27, 2008

InDaHnYa KoMeN dAp...

1 ulasan
Salam sahabat blog...


Selamat berhujung minggu ya sahabat. Rutin biasa di hujung minggu ustazmuda adalah balik ke kampong menjenguk ayah bonda tercinta. Itulah cerita hujung minggu... ustazmuda juga, akan mengangkut empat lima naskhah akhbar untuk bacaan. Tak kiralah akhbar berhaluan kiri atau akhbar berhaluan kanan semuanya di kaut. Hari lain akhbar hanya akan di baca di kantin sekolah. Percuma. Hehe. Cukup hari minggu dengan empat lima naskah tersebut sahaja. Lengkap cerita seminggu.


Hampir kesemua akhbar yang ustazmuda beli... isu utama adalah muzakarah atau muqabalah antara UMNO dan PAS. Tiada isu lain... Awalnya ustazmuda tidak berminatpun untuk membuat sebarang komentar atas isu ini. Tidak!!! Entah kenapa macam tidak mampu menarik minat ustazmuda. Cuma bila terpandang satu komentar dari Timbalan Presiden Dap tentang muzakarah UMNO PAS ni ustazmuda tertarik untuk membuat sedikit ulasan. Sahabat boleh lihat ulasan penuh di halaman 3, akhbar harakah 1 - 15 Ogos bawah tajuk...
DAP : Muzakarah baik tapi mustahil PAS, UMNO bekerjasama... itu tajuk yang diberikan. Menarik??? Entah.


Ustazmuda bukan nak komen tentang tajuk yang diberi... cuma tertarik dengan beberapa petikan ulasan dari Timbalan Presiden Dap ni yang berbunyi...


" Orang-orang Cinapun jika ada masalah akan berunding secara aman walaupun dari pelbagai parti kerana ia merupakan amalan agama... dalam isu agama kita umpama di dalam satu kapal, jika anak-anak kapal bercakaran, maka kapal akan bergoncang, kalau ada masalah kita akan tenteramkan keadaan " Dr Tan Seng Giaw


Menarik bukan??? Ya pada ustazmuda amat menarik. Menariknya apabila orang Cina boleh berunding, bermuzakarah juga bermuqabalah dalam sesuatu isu. Letakkan dulu ideologi anda di sebelah datanglah untuk mendegar berbincang atau mungkin memberikan pandangan. Bukan untuk membuat satu keputusan, kerana keputusan dalam mana-mana jamaah atau badan politik seharusnya dibuat dalam satu mesyuarat melalui suara majoriti. Begitu bukan???


Teringat ustazmuda, semasa bertugas di sebuah sekolah Menengah yang pelajarnya adalah 80% adalah pelajar Cina, menariknya mereka boleh mengadakan kerjasama dengan badan politik bukan sahaja di kalangan pro kerajaan bahkan dari parti politik pembangkang walaupun sekolah itu merupakan sekolah kerajaan. Terpampang dalam laporan kewangan sumbangan dari DAP dan MCA dalam jumlah yang agak besar. Kenapa mereka boleh tetapi tidak pada kita??? Apa agaknya akan terjadi pada pengetua di sebuah sekolah kerajaan andai mereka menerima sumbangan samada kewangan mahupun bantuan tenaga dari kalangan pimpinan pembangkang??? Erm... tentu sahabat tahu akibatnya bukan??? Demi menjayakan pendidikan anak bangsa mereka bersatu tapi tidak untuk kita... Untuk pengetahuan sahabat, kini ustazmuda bertugas di sebuah daerah di Pahang yang telah 5 penggal dikuasai DAP... Tahukan???

Satu-satunya kempen yang dijayakan bersama oleh PAS, Keadilan & UMNO. Di mana???


Ustazmuda, tidak berminat untuk komen panjang lebar, muzakarah antara UMNO dan PAS kerana masing-masing punya pemikir yang hebat dalam menentukan halatuju. Cuma ustazmuda harapkan agar kita tidak terlalu berpolitik dalam segenap kehidupan, sesekali pisahkanlah ideologi politik itu... hulurkan apa sahaja bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa bertanya terlebih dahulu siapa anda??? PAS @ UMNO ??? Boleh???

Thursday, July 17, 2008

AdUhAi ShAbErYyY...

24 ulasan
Salam sahabat blog...

Tahniah penganjur...

Ustazmuda baru tgk debat antara Anwar ngan Shabery... tahniah kepada keduanya. Bukan nak komen apa sangat cuma tak puas hati dengan jawaban Shabery tentang persoalan yang diutarakan oleh wakil Anwar Saudara Zulkifli Sulong, ke mana menghilangnya wang kerajaan yang kononnya hasil dari penjimatan adalah untuk kepentingan pengangkutan awam.


Sedara Shabery melencong tidak menyentoh sedikitpun. Adois. Sedih. Duk usik Anwar ngan isu lama jerrrrrrrr. Hampeh!!! Tak kurang hebat si Prof Dr Nordin Kardi... erm asyik menimbulkan soalan berbentuk provokasi konon untuk menjerat. Huhu dan hasilnya siapa yang terjerat. Lu pikir sendiri lah beb!!!.

Aksi pendebat...


Apapun sekali lagi tahniah, satu permulaan yang amat baik kepada negara, sekurangnya debat terbuka seperti ini akan membuka pemikiran rakyat keseluruhan... Terasa cam menonton debat antara Presiden Amerika dengan pembangkang di sana. Alangkah moleknya kalau selalu diadakan debat seperti ini. Takde lah demontrasi sana sini. Huhu... Takde ruanglah untuk berdemontrasi andai peluang seperti ini diberi bukan. Boleh????


Paling tidak, dapat memberikan ruang pada barisan pembangkang mengemukan idea. Nak pakai ke tak pakai terpulanglah pada kerajaan. Selama ini kita sering memberi tohmahan dengan mengatakan barisan pembangkang hanya pandai bercakap dan bercakap... Nah. Idea telah diberikan apa lagi...

Gelagat penonton di kedai kopi

Cukup komentar ustazmuda setakat ini!!!. Apa komen sahabat???

Friday, June 15, 2007

BICARA TENTANG SIASAH...

6 ulasan
Salam sahabat blog...

Erm... sebenarnya bukanlah berminat sangat untuk menulis tentang siasah, lagipun amat kurang ilmu tentang siasah ni... tapi sejak semalam, bila seseorang di YM melontarkan komentar di offline mesej berbunyi... " bukankah kita wajib taat kepada pemerintah selagi mana pemerintah tersebut masih seorang Islam, bersyahadah yang sama Lailahaillallah Muhammadur Rasulallah" sayang hantaran YM untuk melontarkan pokok perbincangan di YM tidak disambut... bagai membaling batu sembunyi tangan lagaknya. Hehe.

Erm... Ya. Ana amat setuju dengan lontaran idea tersebut. Amat setuju. Kita wajib mentaati pemimpin selagi mereka masih seorang Muslim. Bersaksi perkara yang sama. Arghh mungkin sahabat tersebut teruja atau berpandangan ana sebaliknya... hasil dari hantaran e.mail ke groups2 yang mungkin berbaur teguran dan nasihat... atau mungkin sedikit menyentuh pemerintah yang ada hari ini. Mungkin!!! Entahlah.

Ana cukup yakin 99% dari penduduk Malaysia masih mentaati pemimpin, akur akan pemerintah yang ada hari ini... tak kiralah apapun pahaman mereka. Ya. Ana sendiri tidak pernah sekalipun engkar akan arahan dari pemerintah kita. Masih amat setia bahkan mungkin lebih setia dari kalangan pemimpin yang ada hari ini lagi... Masih orang pertama yang setia berbaris mengisi borang LHDN walau hanya berapa sen sahaja cukai yang dikenakan... masih setia menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan... walau mungkin ada di kalangan pemimpin yang membuat dasar sendiri tidak pun menghantar anak mereka ke sekolah yang sama... Masih setia membayar saman yang dikenakan... walau terpaksa berhujah dengan penguasa yang seakan-akan inginkan sesuatu, agar mencarik kesetiaan ini pada pemerintah... ( pahamkan ). Tidak!!!. Sesenpun tidak akan ana relakan tanpa menerima pengakuan rasmi. Tidak untuk membayar di jalan-jalan atau di bawah meja sekalipun. Tidak. Ana masih setia...

Walau bagaimana naik sekalipun cukai-cukai pintu, tanah atau apa sekalipun ana masih cukup setia berbaris melangsaikan segalanya dengan senyuman. Belum cukupkah lagi kesetiaan itu??? Mengkritik!!! salahkah untuk mengkritik memberikan teguran dan idea kepada pemerintah... sedang Saidina Umar sendiri antara pemimpin yang maha tegas, sanggup menerima teguran di khalayak ramai oleh seorang wanita apabila beliau ingin menghadkan mahar bagi seorang wanita... beliau akur!!!. Terbukanya...

... dan memillih. Rasanya bukanlah satu kesalahan untuk ana memilih siapapun pemimpin di kalangan mereka yang ana suka. Kelompok A kah atau kelompok B. Ana memilih atas dasar dan nilaian yang ada pada diri ana. Mungkin apa yang ana lihat, apa yang ana nilai tidak sama dengan apa yang sahabat lihat dan nilai??? Lagipun, bukankah bila kerajaan memberikan kita peluang untuk memilih lima tahun sekali, kita berhak dan wajib menunaikan hak kita tersebut. Bukanlah satu kesalahanpun untuk ana memilih pemimpin lain sebagai pemilihan ana... kerajaan yang ada sendiri memberikan peluang itu!!! Bukan satu kesalahanpun untuk ana memilih yang lain apabila diberi peluang!!! Arghh itu bukan menentang namanya...

Kelompok kita Melayu sangat baik. Amat baik. Tidak pernahpun terniat untuk menentang kerajaan yang ada. Tidak pernah kedengaran pemimpin kita mati ditembak seperti di negara-negara Telok atau Timur Tengah... pembunuhan di sana sini, letupan dan rancangan membunuh pemimpin sebagai satu tentangan tidak pernahpun didengari.... Syukur. Apapun yang mereka minta kita akur. Terima seadanya. Bagi ana penentangan bermaksud pembunuhan, rancangan menjatuhkan secara kekerasan terhadap sesuatu kerajaan. Kalau sekadar menegur, mengkritik dan sebagainya itu satu penentangan. Erm. entahlah...

Cuma apabila diberi peluang lima tahun sekali kita tunaikanlah... kita menjalankan ketaatan kita pada kerajaan dengan memilih. Siapa yang kita pilih itu hak kita... apapun yang kita pilih pastinya dipersoalkan oleh Allah di sana nanti... kerana setiap saat yang kita lakukan di dunia ini tetap di catat oleh penulis yang paling setia Rakib dan Atid...

Fikirkan...