Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

Spencer Wall : Belajar memahami penderitaan Muslim Amerika.

0 ulasan
Salam sahabat blog

Hari ini OK ingin kongsikan satu e.mail yang OK terima dari respeks_group. Agak menarik. Kisah bagaimana seorang warga Amerika yang cuba memamahi penderitaan dan diskriminasi terhadap Muslim di sana dengan memilih untuk berhijab seperti seorang muslimah selama setahun. Ikuti kisah beliau. Sahabat juga boleh memilih untuk membaca komentar2 di blog asal : Klik sini : Hijab

Ikuti kisahnya...

Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Diaingin merasai bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka. sebentar saja..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelakuan seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman... ' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek," Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja...' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO..." sambungnya.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam.

OK : Apapun tujuan beliau. Doakan hidayah akan menjadi miliknya. Amin.



Sumber asal :
http://www.tripcrazed.com ( Boleh baca komen2 )

Tuesday, May 05, 2009

TeNtAnG PiLiHaN...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Semalam seorang sahabat memohon pandangan OK tentang pilihan... Huhu. Sukar ya bila kita diberikan pilihan... bermakna kita harus memilih dan pastinya bila kita memilih kita harus memilih satu sahaja. Adois. Tu yang susahkan??? Tak bolehke pilihan dengan dua jawapan sekali. Dan kedua jawapan itu betul. Wakakaka. Ala macam dalam periksa... salahkah kalau kita menanda dua jawapan dari empat pilihan diberikan??? ekekeke. Adois meraban plak OK pepagi ni. huhu. Maafkan saya. ( Memimjam kata2 sa... )


Oklah... panjang plak mukadimmah OK kali ni. Direct. Pilihan yang dimaksudkan antara kerjaya dan cinta??? huhu... yes. Manusia sering keliru. Keliru kerana kita manusia dan manusia sering keliru dan mengelirukan... ekeke berbelit2 plak. Adois. Apa daa. Camni... pilihan antara memilih cinta @ meneruskan ke alam rumahtangga dan terpaksa meninggal kerjaya... Begitu. Pahamkan???


Erm... ya, sukar bila pilihan begini dihadapkan. Untuk memilih keduanya, adalah dilarang sama sekali... wakakaka. Dilarang keras tu??? atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Dan bakal suami Insya Allah mampu segenap segi... Bagaimana sahabat??? Terus atau henti!!!. Entah.


Maaf OK bukan kaunselor bertauliahpun... jujurnya OK tidak mempu memberikan jawapan, kerana andai OK sendiri diberi pilihan begini, pastinya OK juga keliru memilih yang mana satu. Cuma apa yang ingin OK kongsikan adalah...


Kenapa dan mengapa terlalu sukar untuk wanita memilih bila diberi pilihan begini... OK akur hari ini kerjaya adalah pilihan utama wanita. Sanggup meninggalkan rumahtangga hanya kerana kerjaya... bukan semua, tetapi kebanyakan. Pada mereka... Tanpa kerjaya gelaplah masa hadapan. Mungkin begitu??? Pada OK, segalanya lahir dari kelemahan dan ketidakpercayaan pada lelaki. Beberapa kisah rumahtangga hari ini, mungkin menyukarkan wanita membuat pilihan... Lelaki tidak menjadi seperti lelaki yang sewajarnya.


Mereka tempat berlindung tetapi sebaliknya... betapa di sekeliling kita kisah2 haruan makan anak misalnya, menggerunkan mereka yang bergelar wanita. Betapa kisah isteri2 yang ditinggalkan... pasti sedikit sebanyak menggugat sebuah kepercayaan terhadap lelaki. Kabur dan lebur. Bahkan yang lebih dahsyat wanita dijadikan sumber pendapatan bagi lelaki. Wal iyazubillah.


... Namun, sampai bila wanita harus keseorangan. Benar sukar untuk mencari seorang lelaki, yang ada hanyalah jantan, yang ada hanyalah pondan wakakaka... namun dalam berjuta jantan atau pondan itu pasti ada mereka yang bergelar lelaki sejati bukan???


Ingatlah... keseorangan bukanlah pilihan terbaik, keseorangan bukan pilihan agama, keseorangan juga bukan pilihan Islam itu sendiri. Sebagai sahabat yang punya agama, punya rasul dan nabi sebagai ikutan... pilihan yang dianjurkan adalah perkahwinan. Insya Allah serahkan pada Allah dengan segala daya usaha, doa usaha dan tawakkal. Pohon diberikan petunjuk dan kekuatan pasti ditunjukkan jalan oleh Yang Maha Pengasih.


Sesungguhnya... sebagai hambanya di bumi ini, pasti akan diuji. Namun kecil dan besar sahaja yang membezakan ujian antara kita. Apapun setiap ujian yang diberikan oleh Allah... tidak sesekali ujian yang tidak mampu kita hadapi kerana Dia maha tahu akan kemampuan kita sebagi hambanya. Kembali kepadaNya. Pohonlah dengan jalan yang diajarnya... Lakukan solat membuat pilihan. Lakukan solat untuk mendapatkan permohonan. Istikharahlah... mahupun solat hajat. Pohon jugalah pandangan dan restu dari kedua ayah bonda... pasti jalan terbuka. Amin.


Rasa hati : Keliru

Wednesday, April 22, 2009

HoTeL Maa...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Tiada apa yang ingin dikongsikan. Sekadar gambar sebuah helikopter dari respeks_group. Amat menarik... erm rasanya sekadar dapat tengok gambar jelah... ekekeke.

Baru keluar sangkar... ekekeke.

Terbang sang helang bebas...

Di angkasa nan luas...

Pergghhhhh siap boleh chatting lagi sini. Wakakaka.
Laptop gok yang OK ingat ekeke.

Bilik mandipun ada... boleh berendam lagi tu.

Sungguh istimewa...

Wow... best sesangat. Doakanlah mana tahu satu masa OK dapat merasa menyentuhnya... wakaka. Sentuhpun dah kira ok sesangat dah. Maklumlah orang kampong hehe.

Rasa hati : Bestnya...

Saturday, April 11, 2009

UjIaN AlLaH...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari ni OK... sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar yang OK terima dari respeks_group.

Tak tahu nak komen apa... lagipun siapalah OK untuk memberikan komen terhadap ciptaan Allah. Semoga mereka2 yang diuji seperti ini akan terus tabah dengan ujian dariNya. Mungkin terlalu mudah mengungkapkan... " semoga terus tabah", tapi itulah yang termampu diungkapkan. Bak kata pepatah... berat mata memandang berat lagi bahu memikul.





Kadang2 kita merasakan kita telah diuji begitu hebat... tetapi sebenarnya hanya cebisan dari ujian mereka2 yang terlebih lagi hebat dari kita.

Sesungguhnya ujian itu datang dari pelbagai bentuk...

Rasa hati : Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Wednesday, June 11, 2008

KeMaTiAn... HiDuP dAn CeKaL

2 ulasan
Salam sahabat blog...

Beberapa hari tidak dapat untuk menerobos ke alam maya disebabkan gangguan pada line celcom broadband ustazmuda. Erm... bayaran tetap dan berpencen malangnya perkhidmatan adois tahapnya menyedihkan atas alasan usaha-usaha mengingkatkan perkhidmatan. Terima jelah seadanya.

Erm... Sewaktu balik ke kampong dalam cuti persekolahan baru ni ustazmuda dikejutkan dengan beberapa khabar sedih. Kematian... Sesuatu yang pasti, yang jarang kita ambik endah lantas bersedia untuknya. Gitukan??? Sembang punya sembang dengan bonda kesayangan ustazmuda dikhabarkan tidak kurang dari 4 kematian yang telah terjadi selama dua minggu cuti persekolahan tersebut. Namun hanya sempat menziarahi satu keluarga sahaja... Apakan daya.


Apa yang ingin ustazmuda kongsikan adalah... dua kematian yang pada ustazmuda amat menyayat hati. Kematian pertama seoarang ayah yang meninggalkan seorang isteri dengan 17 orang anak... Seorang isteri!!! bukan dua bukan tiga isteri... Adzimnya!!! Betapa tidak terpikir pada ustazmuda masih ada manusia di zaman ini yang punya anak seramai itu dari seorang isteri sahaja. Seorang peneroka yang amat kuat kerja... dan kematiannyapun dalam perjalanan untuk bekerja. Pemergiannya tidak disangka hanya mengaduh sakit di dada dan terbaring dipangkuan rakan yang sama-sama pergi mencari nafkah. Begitulah bila Allah katakan Kun pada hambanya... Kita akur. Dan pada yang masih hidup... kehidupan wajib diteruskan. Bayangkan bagaimana seorang isteri untuk menanggung 17 orang anak. Insya allah seorang dari anaknya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan ogos ini... Bayangkan.


... Oklah, untuk cerita yang kedua, juga tentang kematian. Sebuah keluarga yang punya 7 orang anak dan menanggung ibubapa mertua. Erm... sebelas mulut harus disuapkan makanan setiap hari. Dan akhirnya ayah mertua yang telah lama uzur menemui ilahi diusia 85 tahun. Bayangkan... beliau hanyalah seorang kakitangan kerajaan peringkat bawahan, yang hanya tinggal di kuarters kerajaan. Memandi dan mengafankan jenazahpun dilakukan di masjid kerana ketiadaan ruang di rumah tersebut. Yang hanya ke hulu dan kehilir dengan sebuah motosikal usang. Namun abang ini, ustazmuda amat hormati... keredhoaannya pada Ilahi dalam menerima segala dugaan. Solatnya tidak pernah dilakukan bersendirian di rumah. Masjidlah tempat beliau mengabdikan diri pada Ilahi hatta walaupun beliau bukan seorang ustaz pada pandangan mata manusia seperti kita namun ilmunya, amalannya mungkin lebih dari kita yang bergelas ustaz. Amin. Sesekali memikirkan mereka ustazmuda malu sendiri.


Kenapa ustazmuda kongsikan cerita ini??? Pada ustazmuda... kisah ini adalah kisah kehidupan. Kisah kecekalan juga kisah perjuangan antara hidup dan mati. Pada kita yang masih punya segala dan mampu untuk kehulu ke hilir dengan berkereta ke sana ke sini... fikirkan sebenarnya di sana masih terlalu ramai manusia yang hanya bermoto atau mungkin berjala kaki sahaja ke sana ke mari... mereka yang berjuang dengan segala upaya untuk sebuah kehidupan yang sempurna namun masih lagi tetap dan tabah hatinya lantas terus sujud dan patuh pada kehendak Yang Maha Esa... Mereka yang jiwanya kental, hatinya cekal dalam menerima takdir dari yang Maha Esa tanpa mendengus menyalahkan takdir dariNya.

Thursday, January 11, 2007

TERKEDU... ITULAH TAKDIRNYA.

5 ulasan
Salam sahabat blog...

Malam tadi, tetiba hati teringat pada seorang sahabat nun jauh di utara... Lama benar rasanya tak kontek... mungkin hampir setahun kot. Kenal secara online, kerana sama-sama pernah terlibat dengan MLM gamatemas... dia di utara kami di Timur. Apapun jarak bukanlah pemisah antara kami. Pantas jejari bermain punat hp lantas beberapa patah perkataan melayang ke udara...

Selang beberapa minit, panggilan balas masuk... ' Jim, abang di hospital Sungai Petani... eksiden ahad lepas. Akak dah takde, dua orang anak abang di ICU dan seorang patah kaki. Abang, Alhamdulillah tapi terlalu lemah untuk bercakap mahupun menulis sms...'

Begitulah bunyi sms diterima. Termenung seketika... kalaulah tak kerana jarak antara kami, pasti jasad ini telahpun berada di sana. Sekurang untuk menyelami rasa hati seorang sahabat dirundung malang, yang pastinya masih tak keruan. Tapi apakan daya... untuk terusan bersms dengannya terlalu berat hati... mungkin keadaannya tidak mengizinkan. Ustazmuda pasrah.

Pagi tadi, kebetulan hari ini, waktu selepas rehat ustazmuda tidak banyak kelas, rehatnya panjang... dalam menyiapkan beberapa kerja, fikiran melayang pada Abang Kamarul... lalu dikuatkan semangat membuat panggilan bertanya khabar. Alhamdulillah, panggilan berbalas... lemah suara menyahut. Pahamlah ustazmuda duduk keadaan.

Segalanya begitu pantas berlalu... Seorang lagi anaknya menyusul ibu tercinta pergi buat selamanya mengadap ilahi pagi tadi. Innalillahiwainnailaihirrajiuun. Dan yang di ICU masih kritikal. Doakan...

Erm... Itulah yang dikatakan takdir. Sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas di kepala kita... tapi telah tertulis di 'papanNya'. Terima seadanya. Pasrah dengan ketentuanNya.


P/s : Al Fatihah buat arwah isteri Abang Kamarul dan anak tercinta... Al Fatihah.