Showing posts with label FIKRAH. Show all posts
Showing posts with label FIKRAH. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

KeLaS sEmAlAm...

1 ulasan
Salam sahabat blog...


Semalam dalam kelas... kami berbincang soal Syariah Islamiah. Soal Syariah Islamiah yang meliputi didalamnya ibadah, muamalah, munakat juga jenayah dalam Islam. Itulah juzuk2 yang ada dalam Syariah Islamiah.



Perbincangan agak menyeronokan bila pelajar2 menunjukkan minat dan mula memahamai apa yang dikatakan sebagai Islam is The Way of Life... Islam yang bukan sahaja Ibadah ritual semata-mata, Islam yang bukan sahaja solat, puasa, zakat mahupun haji dan umrah, tetapi Islam yang merangkumi dalamnya keseluruhan juzuk dalam kehidupan manusia. Indahnya Islam.

... yang bukan semata2 di masjid kita seorang Islam... tetapi apa bila di luar masjid kita bebas sebebasnya lantas mula meninggalkan Islam. Di padang bola kita telah tinggalkan Islam. Di pasar kita telah tinggalkan Islam begitu sahaja.

Islam yang dalamnya muamalah. Muamalah yang sifatnya umum. Merangkumi segala aspek kehidupan... Kita berbisnes sewajarnya secara Islam. Kita memimjam dan memberi pimjaman juga ditentukan kaedah dan caranya. Begitu indah.

Seterusnya dalam masalah Munakahat @ Nikah Kawin sememangnya kita tidak pernah lari dari mengambil hukum Islam... Alhamdulillah. Rasanya belum ada mereka yang mengaku sebagai muslim tetapi bernikah kawin secara yang lain dari Islam... Malangnya ramai dikalangan kita yang mengaku Muslim tetapi meniggalkan Muamalah Islam... Merasa berat dengan perbankan Islam. Menjauhi apa yang digelar sebagai Insuran Islam... @ Takaful... apa lagi bila dikatakan tentang jenayah Islam.

Perghhh... Kita mungkin tersentak lantas merasa gerun dengan kalimah2 seperti hudud, qisas mahupun takzir... Apakah sebenarnya kita benar2 muslim mukmin kalau sekadar mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain???

Kita tersentak bila seorang model wanita yang di hukum sebat sebanyak enam kali atas kesalahan terang-terangan melakukan kesalahan jenayah syariah dengan meminum arak di khalayak ramai. Zalimkah hukum itu??? Bukankah arak itu ibu segala kemaksiatan yang berlaku di muka bumi.

Zalimkah andai seorang pencuri dipotong tangannya... Zalimkah??? Sesungguhnya bukanlah mudah untuk memotong tangan seseorang... Banyak syaratnya. Syarat pada pencuri mahupun syarat pada barang yang dicuri... andaikan anda mempunyai sebuah motosikal... anda menyimpannya dibawah rumah tanpa menguncinya, bahkan kunci tersebut ditinggalkan begitu sahaja di motor anda... sedang rumah anda sendiri tidak punya pagar.

Sebenarnya pencuri tersebut tidak boleh dikenakan hukum potong tangan. Bahkan hanya dikenakan takzir sahaja... Indah bukan?

Wednesday, July 08, 2009

GeRuN...

4 ulasan
Salam sahabat blog...

Direct!!!

Petikan sebuah iklan : ( maaf kalau OK silap dengar )

...Inilah yang memberi rezeki kepada kami sekeluarga dan membawa emak pergi umrah.

Macam tak bestlah bunyinya... !!! Gerun!!! Faham maksud OK!!! Huhu... Camne kalau ubah sikit. " Ia adalah sumber pendapatan kami sekeluarga "!!! Boleh gitu... ahaks!!!

Lagipun... macam bodoh2kan mak sendiri je iklan tu. Huhu. Buat malu je. Apa tu??? (ikut cam style mak dia...)


Oklah... apa komen sahabat???

Saturday, July 04, 2009

CePaTNyA MaSa...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Lama tak update blog ni huhu. Entah kenapa mood untuk menulis cam kureng je. Kosong. Tak tahu nak kata... Begitulah manusia. Adakala sepi rindu resah kosong moody hampa gelisah resah... macam2 melanda. Wakakaka. Berputar bagai roda. Begitukan???

Apapun... hari ni nak berceloteh tentang masa. OK... rasa cepat betul masa berjalan. Mungkin tak sesuai lagi kot menggunakan kalimah berjalan untuk masa. Masa kini tidak lagi berjalan... mungkin berlari dan melompat lajunya. Sedar tak sedar dah masuk Julai. Erm... dengan kata lain dahpun setengah tahun. Apa yang telah OK lakukan 6 bulan yang lalu. Rasanya baru semalam ditinggalkan. Takde apa yang menarik untuk dikenang. Kosong... Wa... kosong lagi.

Agaknya sebab itulah Allah bersumpah dengan masa. Wal Asr... begitulah bunyinya ayat Allah. Wauwul Qasam. Demi masa. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang boleh bersumpah dengan nama makhluk. Hanya Allah sahaja yang boleh bersumpah seperti itu. Begitu banyak Allah bersumpah. Wal Fajr. Demi waktu Fajar. Wadduha... Demi waktu Dhuha. Begitulah...

Sebagai Khalik, Allah bersumpah dengan sesuatu. Sesuatu yang perlu kita ambik berat. Sesuatu yang perlu diperhatikan. Allah bersumpah dengan masa... betapa di sana Allah ingin mengingatkan kita betapa pentingnya masa. Allah bersumpah dengan waktu Dhuha... Tapi kita tak pernah endahkanpun. Allah bersumpah dengan waktu fajar... kadangkala kita lebih lewat bangun dari mereka yang bukan Islam. Mereka lebih mengetahui pentingnya fajar.

Sebagai makhluknya... kita hanya boleh bersumpah dengan Lafzul Jalalah. Wallahi. Wabillahi Watallahi. Itu sahaja lafaz yang dibenarkan untuk kita. Tiada demi2 yang lain. Demi buana... demi tu dan ini. Segalanya menyalahi.!!!


Oklah... tak mahu memanjangkan. Cuma sekadar peringatan buat diri. Moga 6 bulan mendatang tidak seperti 6 bulan yang telah lalu. Huhu... Doakan. Amin.

Wednesday, May 27, 2009

BeBeRaPa CeRiTa...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari ni OK terasa ingin bercerita. Beberapa cerita yang pada OK menarik untuk OK kongsikan dengan sahabat. Maaflah kalau pada sahabat cerita ni biasa je... ekekeke. Cerita yang berlaku dalam kehidupan OK. Kisah benar. Ekekeke. Mungkin ceritaku dan ceritamu tak sama. Hua hua hua. Cerita tentang manusia dan kemanusiaan... dan mungkin juga cerita tentang binatang dan kebinatangan. Huhu... Apa tu? Entah!!!

Oklah... Terus pada cerita.


Cerita I : Cucur udang

Kekekeke. Pe ke halnya ngan cucur udang ni ye. Huhu. Ok gini beb ceritanya. Balik sekolah minggu lepas OK ngan umar singgahlah satu gerai. Nampak macam best je gerai tu. First time singgah... Biasalah balik sekolah dah dekat jam 3 memang best kalau beli cucur ke kopok ke dan pisang goreng. Fuh... pekena badan tengah penat perghhh memang hangat beb.

Singgahlah gerai tersebut... kebetulan umarpun nak sangat turun. OK ngan umarpun pergilah jenguk2 apa ada... erm OKpun ambiklah cucur udang RM2 dan pisang goreng RM2 dan kopok... ala lebih kurang RM5 semua. Tah macamana, ketika OK ambik bungkusan makanan tersebut, kemudiannya hulurkan kepada umar, sayang umar tak dapat pegang dengan baik dan jatuh ke tanah. ( yang OK kasi umar tu buat apa... kwang kwang kwang ) Perghhh jatuh depan dengan gerai tersebut. Pecah plak kuah cucur udang huhu. Kuah sate... Memang sedap beb!!!

Kebetulan plak tauke gerai nampak... terus dimintanya plastik tersebut dan OKpun serahlah. Ingatkan apa... terus disimpannya mintak anaknya gantikan dengan yang baru... OK kata. Takpelah boleh makan lagi tu abang??? takde masalah. Takpe2 takde rezeki tu... dan itulah yang dikatakan rezeki. OK akur. Bila diserahkan kembali... dan OK hulurkan semula wang sebagai bayaran. Dahlah dik... ini rezeki adik. Takpe... Insya Allah rezeki abg ada. Jangan risau.

Erm... hati terharu sangat, Ya memanglah RM5 bukanlah satu nilaian yang besar. Tapi pada abi kejadian tersebut terlalu bernilai. Sukar untuk menemui manusia seperti ini ketika ini. Manusia yang tidak meletakkan wang sebagai tanda aras. Wakakaka tanda aras tu. Sesuai ke??? Entah!!!


Cerita II : Pergi dan kembali.

Beberapa bulan lepas... OK solat di masjid negeri Kuantan. Alhamdulillah solat dengan ummi dan Umar... Oleh kerana agak lama menunggu ummi bersolat. OKpun buka beg laptop dan apa lagi cucuklah huawei celcom broadband ni ekeke. Sebelum tu OK telahpun ambik satu tempat di tepi tiang. Waduh... dalam masjidpun sempat lagi buka internet wakakaka. Jahatkan??? Entah.

Tengah sedap2 main internet... apa yang ditengok tu ekeke. Dalam masjid mestilah tengok benda elok2 beb... Apa lagi, e.mail2 dari respeks_grouplah. Huhu. Dapatlah sms dari ummi. Buka2... apa ummi kata " Cepatlah Abang... ummi dah dekat kete dah ni " perghhh bergegas abi tutup laptop dan berkemas. Sampai di kereta ummi apa lagi... pot pet lah. Takde kerja lainlah tu hu hu...

Balik rumah malam tu... bila nak buka internet selak sana selak sini kocek beg. Tak jumpa Hua wei ni. Adois dalam hati... sah sah tinggal dalam masjid ni. Akibat nak cepatlah tu... huhu. Perghhh OK di Bera hua wei tinggal di masjid Kuantan... erm jauh tu 200KM... mampus!!! wakakaka. Ummipun terus kol adiknya yang duduk di Pekan... kebetulan adiknya nak ke Kuantan esok. Alhamdulillah. Dalam hati berharap moga2 masih ada lagi benda tu... ( walaupun terdekit kata susah nak jumpa semula )

Esoknya... adik ummi kol. Alhamdulillah katanya ada... ada orang pulangkan kepada AJK masjid. Alhamdulillah. Sujud syukur OK. Betul2 tak sangka. Rupanya masih wujud manusia di kalangan kita. Syukur. Bila bercerita dengan seorang sahabat di kantin sekolah tentang ini... apa katanya. " Cuba awok tinggal di Steseyen bas jangan haraplah." ekekeke. OK diam je... apapun sekurangnya kejadian ini mengembalikan keyakinan OK pada masjid dan orang2 yang ada di dalam masjid. Boleh gitu???


Cerita III : Burung

To be continue... Tunggu. Wakakaka. Oklah sambungan cerita burung... huhu. Takde apapun yang menarik pasal burung ni. Cumanya masa balik kampong 2 minggu lepas ada kejadian yang pada OK menarik tentang burung. Gini ceritanya...

Minggu tersebut OK balik dan kebetulan abang OKpun balik sama. Cuma dia balik hari je... Masa tengah sedap2 sembang ngan abang, ummi dan umar tu kami terdengar kicauan burung dari pokok rambutan dekat je ngan dapur. Biasa memang adapun beburung di situ. Burung merbah. Tapi kali ni kicauannya bersangat2an macam ada benda yang dicari. Kesana kemari tiga empat ekor burung merbah. Cantik geram tengok. huhu.

Kamipun, pergilah jenguk2 kat pokok rambutan tu... rupanya ada anaknya 2 ekor sedang terbang labuh. Terbang2 jatuh. Terbang2 jatuh. Bila kami dekat je yang seekor tu terbang entah kemana... Tak dapat dicari. Tinggal seekor. Abipun usik2 dan usap... huhu. Nilah burungnya.

Nilah pohon rambutannya...

Anak burung merbah kunyit... Cantik

Geram nak pegang... ekekeke

Memang pegangpun... wakakaka.

Perghhh... kalau masa kecil-kecil dulu tu mesti dah ambiknya. Mesti peliharanya. Pantang jumpa je. Huhu. Ingat lagi masa kecil dulu pernah pelihara anak burung macam ni... tapi sempat dua tiga hari je pastu mati. Nyesal sungguh dan rasa berdosa pada ibunya. Pastu serik lagi nak pelihara anak burung. Moga Allah ampunkan dosa OK... Amin.

Satu yang OK respeks dengan burung ni... masa OK pegang anaknya perghh menjerit2lah ( camne burung menjerit ye... wakakaka ) ibu ngan ayahnya siap terbang dekat dengan kepala OK nak patuk... adois. Itu burung. Betapa kasih dan sayangnya pada yang bernama anak. Tahu menilai erti kasihsayang. Tapi kini. Erm. Bila membelek akhabar bagai nak menitis airmata... Perlbagai cerita tentang manusia yang kini mungkin bukan bergelar manusia lagi. Manusia yang telah berperikebinatangan. Dan sebaliknya binatang berperikemanusiaan. Huhu... Manusia yang melemparkan anak2nya di sana sini. Bagaikan barang yang tidak punya harga walau satu sen!!! Manusia manusia. Belajarlah dari binatang.


Akhirnya OK kembalikan burung tersebut ke sarangnya. Moga mereka hidup bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin. Sesungguhnya OK umar dan ummi amat gembira dan seronok dengan kasih sayang yang ditonjolkan oleh ibu burung kepada anaknya.

Sekian.

Monday, May 25, 2009

BuSaNa MuSliMaH... BeRpAdAlAh

0 ulasan
Salah sahabat blog...

Apa khabar sahabat semua di hujung minggu ni... Tak kemana2 ke??? OK... seperti biasa, rutin mingguan pulang ke kampung menjenguk mak ayah... itulah rutin wajib OK di hujung minggu untuk seketika ini.

Oklah... untuk posting kali ini, OK masih lagi fokus pada wanita... adois nampaknya dah 3 posting berkaitan dengan wanita. Erm... Begitulah. Dunia lelaki pastinya sepi tanpa wanita. Kalau tidak, masakah Adam AS memohon pada Allah agar diciptakan pasangan untuknya bukan??? Untuk kali ini suka OK berceloteh tentang busana muslimah yang makin hari makan hangat. Segalanya dikaitkan dengan muslimah. Maka terciptalah pelbagai jenis fesyen... yang dikaitkan dengan muslimah. Yang dikaitkan dengan Islam. Yang dicipta kononnya untuk wanita Muslim. Begitu boleh?

Pada OK... apa yang digelarkan sebagai busana muslimah itu ada yang benar2 menepati corak dan ketetapan yang ditetapkan oleh Islam pada muslimahnya. Namun tak kurang yang tersasar dari tujuan. Andai sahabat membelek2 majalah khusus untuk wanita pasti sahabat akan melihat pelbagai koleksi, fesyen dan gaya terkini untuk muslimah kita. Benarkah sebenarnya menepati kehendak syarak??? Tepuk dada tanya pada iman.

OK... yakin semua yang bergelar muslimah tahu dan paham bagaimana sebenarnya ketetapan Islam dalam berpakaian.

Thursday, May 21, 2009

WaNiTa LaGi...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Hari ini OK sekali lagi ingin menyentuh tentang wanita. Kalau posting sebelum ini hanya gambar wanita. Di bawah tajuk wanita bertudung hitam... OK lihat banyak sekali respon dari respeks_group tentang gambar itu. Begitu. Benarlah apa yang dikatakan sekeping gambar akan menggambarkan pelbagai persepsi. Ada yang melihat dari sudut yang positif tak kurang yang memandang secara negatif... biarkan.


Pada OK... gambar tersebut diposting semata2 untuk berkongsi bahawa pakaian tidak seharusnya membataskan kehidupan kita. Hanya hendak dengan tidak sahaja. Terpulang??? Kalau sahabat sayangkan Islam dan mencintai syariat pasti sahabat akan mengikutnya walau dalam keadaan apa sekalipun. Begitu.

Oklah kenapa hari ini masih dengan cerita wanita... huhu. Benar wanita adalah satu subjek yang menarik untuk kita kongsikan... Tanpa wanita akan kesepianlah lelaki. Huhu. Tapi hari ini OK ingin kita sesama memikirkan kenapa terjadinya begini...Opssssssss apa tu ye??? Ekekeke.

Semalam, masa free OK ke kantin... OK ternampak Majalah Mingguan Wanita... First time OK pegang dan belek. Ok jugalah ceritanya. Cuma terlalu banyak iklan... mungkin sesuai untuk mereka yang bergelar wanita. Kesemuanya tentang kecantikan. Benarlah wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.

Cuma, satu tajuk yang diletakkan dimuka hadapan membuatkan OK terpikir dan memikir. Kenapa dan mengapa tajuk tersebut dicoverkan sebagai muka depan??? huhu. Nak tahu tajuk apa... Oklah. " Wanita bertudung Ketagih Sex "... apa perasaan sahabat bila terlihat tajuk tersebut???

Sebenarnya tajuk2 sedemikian bukanlah asing pada kita... Pernah OK ke kedai-kedai buku dan majalah mengamati majalah2 Melayu yang dijual di pasaran. Pelbagai tajuk yang seolah2 ada agenda tersendiri, mungkin kita tak asing dengan tajuk2 seperti ini " minah bertudung merempit " atau... " Pelajar Tahfiz Gay "... mungkin juga " Ustaz mencabul..." " Tudung labuh tetapi celupar " hua hua hua.

Perghhh ikhlaskah tajuk tersebut??? Atau memang ada agenda tertentu. Agenda yang mereka sahaja tahu. Agenda yang ingin menerapkan pandangan negatif masyarakat kepada mereka yang cuba menegakkan syariat dalam kehidupan. Agenda yang cuba menanamkan kebencian terhadap mereka yang beramal dengan syariat Islam. Agenda yang menerjah ke dalam pemikiran secara halus tanpa disedari. Aganda demi agenda!!!

Agenda yang membuatkan kita sendiri terperangkap. Lantas keliru antara yang benar dan palsu!!!


Rasa hati : Bosan

Friday, April 24, 2009

RuPa AgAmA IsLaM...

3 ulasan
Salam sahabat blog...

Just nak kongsikan satu e.mail OK terima melalui respeks_group. Elok sangat sebagai peringatan buat diri kita sebagai muslim yang sentiasa lalai dari agama Allah. Jom hayati bersama... Terima kasih pada pengirim e.mail.


Bagaimana RUPA agama Islam?

Tentu korang pernah mendengar kenyataan dari kawan2 korang seperti:

Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau...'
Suami saya dulu, sama rupa macam awak...'
Awak ada iras2, rupa nenek saya ler...'
Rupa awak macam pelakon terkenal Yassin senario' ler..'
Betul ni, rupa jiran aku sama 'sejibik' macam engkou...' he he he

Hari ni aku nak cerita pasal rupa agama? Korang dah lama memeluk agama Islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa agama Islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA...

Adapun rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan. Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah rupa bentuk agama Islam.

Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan Islam ke arah Islam, secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya Islam itu apabila ternampakakan rupa sebenar agama Islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara Islam?

Aku kata:

Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasar malam.

Kenapa?

...kerana di situ ada amalan pasar malam, apa amalan pasal malam? Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib? tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama... sebab dah tak ada amalan pasar malam...!!!

Jadi...

Di Malaysia tempah tumpah darah aku ni, sesetengah tempat memang macam negara Islam? sesetengah tempat memang macam semacam? macam setan!!! Oh... tepuk dada tanya iman?
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 Islam mewujudkan amalan Islam yg boleh di katakan sebagai rupa Islam!!!

Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama?

Pertama :...

SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU ( di rumah) La ni, apa jadi? Malaysia Negara Islamkah jika banyak masjid kosong tidak berpenghuni?

RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG, RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG?'

Sekarang ni, trend org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan panggung wayang, maklumlah ada cerita 'Superman return'(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'? free apa!!!
Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kafir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada encik setan (lebih kurang maksud) :

'Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah, tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai
3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang) ' terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?'

Dah tentu aku jawab :

'aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu'

Oh?

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:

Apabila 25% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2... (oh.. .patutlah sekarang ni org berani buat maksiat terang-terangan)

Apabila 50% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? maka wanita akan tutup aurat automatik. (cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org Islam solat berjemaah
hampir 75%, apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh,
di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?...

Apabila 75% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? Maka Allah akan campakkan kegerunan org kafir kepada Islam. Patutlah Bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat Islam, apa nak heran dengan nuclear? Bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!!)

Apabila 100% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? Maka orang Islam akan memerintah dunia. Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?... rujuk masjid mereka bagaimana?

Huh... sekarang umat Islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar, masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha dibuat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid? Jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak? isk isk?

Kedua :...

" ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT "

Dulu2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat.. jika melewati rumah2 mereka diakhir malam... maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. Malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org Islam, apa yg korang dengar? Senyap ajer? Tiba-tiba :

GOAL!!!!!!!

Terkejut berok eden dibuatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...

Ingat pesan Kak Pah:

' Carilah ketenangan dalam diri sendiri... Munajat disepertiga malam '?

Isk. isk. sik

Ketiga :...

ADA SUASANA UGAMA IAITU:

" LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH ". " WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH ". "KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH."

Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? Ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?

Budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanohalah... aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, > tsunade!!!
Oh... ummat sedang menderita?

Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
Wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!! Aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler?

Oh... ummat sedang menderita?

Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat? Lelaki2 cakap: Brazill... pasukan samba, paling kuat!!! Aku kata: cis, apa pulak, Jerman piala dunia sebab main kat Jerman!!!

Oh... ummat sedang menderita? ? Termasuk aku...

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk Islam, tapi akhirnya masuk Islam jugak, tanya suaminya kenapa? Beliau berkata: Pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah disembah dengan selayak-layaknya?

Aku ulang:

MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!

Oh... kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa Cina dan India yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk agama Islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya...

" KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? ! " KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? !! " KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? !!!

Kerana itu juga pada zaman itu org bukan Islam telah datang berbondong-bondong pada agama Islam kerana para sahabat RA, mereka REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!

Mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung... maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan rahmat untuk kampung itu, dan... jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg
mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu diazab!!!
( Hadith riwayatAishah r.ha )


YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN
MENYEMBAHMU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA...

AMIN... YA ROBBULALAMIN


Rasa Hati : Lemah

Monday, April 13, 2009

Kerana CINTA, Aku Tinggalkan Cinta

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Sekadar berkongsi satu artikel yang Ok rasa amat sesuai untuk renungan para remaja yang sedang mabuk cinta asmara... huhu. Moga ada kebaikan padanya. Amin. Amin. Amin.

Terima kasih pada penulis.

Kerana CINTA, Aku Tinggalkan Cinta
www.iLuvislam.com
anna_mujahidah
editor : kasihsayang


Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis.Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah ampuni saya atas segala apa yang saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada saya.


Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi. Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg.

Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut
untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama dengannya, Namun, iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya akhirnya menyedari kesilapan itu. Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah.

Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap haq. Allah pernah berfirman :
“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38) Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya. Selama hampir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan yang telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dengan cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi saya tahu yang saya telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.

Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yang saya lakukan. Silap saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa harus saya lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya. Terus-terang saya katakan yang saya jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya saya tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi saya. Saya mengaku, saya sering kali terluka dan saya sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu , tapi saya perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Saya terpaksa berperang dengan hati dan perasaan saya sendiri.

Sewaktu saya mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan saya berfikir sejenak bahawa wajib bagi saya berperang dengan perasaan ini. Saya tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara saya dan dia telah saya simpan. Gambarnya yang saya simpan secara curi-curi, dairi saya yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang saya simpan dalam buku, saya simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang saya pegang dan bawa kemana-mana saja , saya tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?

TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna coklat itulah yang banyak memuhasabah diri saya. Kerana Al-Quran itulah saya akhirnya sedar akan segala kesilapan saya. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.

Dia kini sudah tamat diplomanya di Bangi dan alhamdulillah saya sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam. , tapi insyaAllah saya yakin dia bahagia sekarang kerana doa saya
untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi.


Apa yang terjadi antara saya dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada saya bahawa ini yang terbaik dan saya terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati saya dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada saya di masa hadapan.

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Saya tahan keinginan di hati ini kerana saya yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi saya. Semoga satu hari kelak saya akan berjumpa dengan “putera agama� saya yang akan dapat menambahkan lagi cinta saya pada Ilahi.


--- KEBERKATAN ALLAH TAALA HENDAK-NYA SENTIASA DI DUNIA DAN AKHIRAT AMIIN---

Monday, March 30, 2009

NaK nGaN TaK NaK je...

2 ulasan
Salam sahabat blog...

Adakala gambar akan memberikan seribu makna... Terpulang.









































Tuesday, February 10, 2009

DuNiA, KeSeRoNoKaN & AgAmA...

0 ulasan
Salah sahabat blog...

Lama juga ustazmuda meninggalkan ruangan blog kesayangan ni... Entah kenapa virus M seringkali singgah dalam diri ini. Singgah tanpa mampu untuk ustazmuda menghalangnya hehe. Singgah hingga melekat di dada ini... Moga-moga Virus ini tidak merebak ke seluruh kehidupan ustazmuda.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin ustazmuda repekkan. Namun tak tahu pula dimana hendak dimulakan. Hentam sajalah ye kengkawan... Moga ada inti yang dapat dihadamkan. Amin.

Oklah... seminggu dua ni Malaysia begitu hangat... hangat hingga hangit baunya menusuk ke setiap pelosok tanah air... hangat dengan isu2 semasa politik, moral dan sebagainya. Sesunguhnya isu moral tentunya tidak berkesudahan... Mungkin hingga ke qiamat dunia ini. Senjata paling ampuh untuk menjatuhkan seseorang. Moral yang membuka keaiban lantas mengaibkan... Begitu bukan???

Hari ini dunia telah tidak ada lagi pegangan... seolah keseronokan adalah Tuhan. Tuhan yang di sembah-sembah. Mungkin agak kasar bunyinya... Maafkan ustazmuda. Agama bagaikan satu sampah yang menjadi halangan. Keseronokan Fun menjuarai dunia ini. Apapun anutan sahabat... seolah itulah tujuan. Tujuan hidup yang konon hanya sekali.

Apapun yang bernama anutan hari ini seolah begitu lemah untuk berhadapan dengan dunia baru. Dunia bernama keseronokan. Kristiankah anda... Buddhakah anda... Hindukah anda... Lihat sahaja mereka yang kononnya berbondong untuk menganuti agama ini... yang merubah namanya kepada Cindy yang merubah namanya kepada Marry... apakah sebenarnya. Sekadar pertukaran dari anutan lama kepada satu dunia penuh keseronokan. Begitu??? Tiadakah peraturan mahupun displin dalam agama itu sehingga kehidupan menjadi tunggang langgang... atau pertukaran agama itu sekadar untuk menghalalkan dunia yang penuh keseronokan.

Kini yang tinggal hanyalah Islam... Islam yang masih punya tunjang untuk menghadapai agama baru ini. Agama yang berasaskan keseronokan dan nafsu semata-semata. Namun masihkah mampu agama ini... Insya Allah.

Semalam ustazmuda mendengar satu ceramah di Temerloh... penceramah menceritakan bagaimana sebuah perkampungan orang Asli di Penderas Kuala Krau Pahang... Di sana terdapatnya sebuah gereja yang dijaga oleh seorang paderi dari Sabah. Dalam perbualannya dengan paderi tersebut... beliau mengatakan telah hampir 10 tahun menetap bersama orang asli tersebut atas tujuan dakwah.. hehe. Dakwah kepada agama kristian. Begitu... beliau diberi wang saku dan sebuah Van. Tugasnya menjaga gereja dan memastikan kemudahan orang asli kawasan tersebut untuk keluar masuk. Itu sahaja... tiada urusan penyebaran dakwah secara rasmi. Sekadar bercerita semasa memandu kenderaan keluar masuk dari perkampungan tersebut. Begitu sahaja... Lihatlah usaha mereka.

Apa yang penting, paderi tersebut menekankan... beliau tidak kisah orang Asli di situ samada menganut kristian atau tidak. Namun yang penting mereka perlu dijauhkan dari Islam. Erm... Di jauhkan dari Islam!!! Begitu hebatnya mereka. Sesungguhnya benarlah mereka itu satu, mereka itu bersatu dalam usaha memerangi Islam. Apapun agama, mereka tetap sama... sama dalam satu perjuangan menjauhkan ummah ini dari Islam.

... Dan hari ini, mereka telah benar-benar menjauhkan kita dari Islam. Mereka menjauhkan kita secara dalaman... mendatangkan dunia penuh keseronokan tanpa sempadan. Hingga kita keliru. Keliru antara yang hak dan batil. Lantas kita berbicara... agrghhh segalanya sukar. Ini haram itupun haram... Bagaimana kita mahu hidup di zaman ini???

Hari ini kita keliru antara tudung dan aurat??? Sehingga betapa ramai di antara muslimah kita yang hanya mengenakan tudung. Tudung yang disangkakan sekadar menutup rambut di kepala... Begitu bukan???

Friday, September 05, 2008

رب صائم

3 ulasan
Salam sahabat blog...


Jumpa lagi di hari ke lima bulan Ramadhan yang mulia ini. Di 10 malam pertama Ramadhan yang Allah janjikan kerahmatan atas seluruh umatnya. Moga-moga pintu rahmat itu akan terkena dan melimpah kepada ketika sebagai umatnya. Amin. Semoga kita juga akan meneruskan segala amalan bukan sahaja di 10 malam pertama ini bahkan akan diikuti dengan 10 pertengahan Ramadhan yang dijanjikan Allah keampunan dan akhirnya 10 malam terkahir yang membebaskan kita dari api nerakaNya... Sesungguhnya itulah objektif yang perlu kita tanam seawal menjejakkan kaki di ramadhan ini. Amin.



رب صائم Begitulah tajuk posting ustazmuda kali ini, sengaja ustazmuda memetik peringatan dari sabda baginda ini moga dapat menjadi peringatan pada kita dalam melalui Ramadhan kali ini... Posting ini khususnya ustazmuda tujukan pada diri ustazmuda dan umumnya pada seluruh sahabat terutama sahabat cyber di yahoogroups ustazmuda. Respeks. Kenapa sahabat Respeks??? Erm... Sejak akhir-akhir ini ustazmuda lihat kehangatan Respeks kembali semula. Alhamdulillah kadangkala kehangatan itu cukup baik untuk kesihatan kita bukan? Hehe. Namun suasana kehangatan bersangatan yang boleh membawa kepanasan lantas membakar tidak digalakkan bahkan mungkin dilarang. Sesungguhnya kehangatan seperti itu mungkin membawa kepada musibah. Argggh. Apa yang ustazmuda ingin sampaikan ye. Huhu. Entah.


Sesungguhnya, sebagai pemegang amanah kepada respeks groups... ustazmuda juga akan dipersoalkan dihadapan Allah atas apa yag ustazmuda telah lakukan. Andai kebaikan syukur padanya dan andai api kebencian disemarakkan wal iyazubillah... kosong dan malunya ustazmuda mengadap Allah. Kadangkala serba salah dibuatnya. Serba salah... Ya serba salah antara menjaga Iman dan Islam, serba salah antara menjaga hati sahabat dan taulan. Serba salah dalam melepaskan e.mail-email yang dihantar. Bagaikan ditelan mati emak diluah mati ayah. Dikemam dalam mulut bagai nak termuntah. Adois... Bisa bonar!!!


رب صائم... itulah sabda baginda. " Betapa ramai di antara kita yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga" Ya ramai sekali di antara kita berpuasa... ustazmuda yakin lebih ramai yang sanggup berpuasa dari bersolat. Begitu boleh??? Sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari. Puasa. Begitulah. Solat yang hanya kurang dari 5 minit mungkin kita cuaikan tapi kita berhempas pulas berpuasa. Anak-anak, kita didik berpuasa seawal lagi... tetapai solat??? Entah. Erm melalut lagi... Maaf. Oklah kembali pada posting. Ustazmuda bimbang kita yang berpuasa mungkin termasuk dalam golongan ini tanpa kita sedari. Kita memang menjaganya, pertuturan kita, tinglah laku kita, bahkan seluruh perjalanan sepanjang hidup kita susun rapi di Ramdhan ini, tapi sayang mungkin kita terlalai dan alpa. Kita tidak merasakan satu kesalahan dan kesilapan bila kita melayangkan e.mail dan diterima oleh beribu sahabat yang lain. E.mail-e.mail yang belum tentu kebenarannya. E.mail-email yang tanpa disedari mungkin menyakitkan sahabat lain. Mungkin kita merasakan kita di pihak yang benar. Ya... kerana kita sering merasakan kita sahaja benar dan orang lain salah. Begitu???


رب صائم... Semoga di 10 pertama ramadhan ini, kita akan dibukakan sepenuhnya pintu rahmat dan semoga dengan rahmat itu dapat mengikat hati-hati kita agar tetap teguh istiqamah di jalannya. Ustazmuda juga memohon ampun dan maaf mungkin selama mengendalikan groups ini sebagai manusia biasa terlalu banyak kekurangan. Huluran salam penuh pengharapan dan kemaafan dari ustazmuda moga disambut denga penuh rasa keinsafan dari sahabat. Bagi pihak ustazmuda tiada apa yang tersangkut di hati ini. Segalanya ustazmuda maafkan... Untuk akhirnya hayati...


Bulan Ramadhan menjelang sudah
Bazar ramadhan mencari juadah
Pintu rahmat kita geledah
Moga tersingkap rahsia nan indah

Bazar ramadhan mencari juadah
Juadah dicari buat berbuka
Moga tersingkap rahsia nan indah
Akan bersujud setiap ketika

Wassalam.

Friday, August 15, 2008

3.5.6 MaHkAmAH sYaRiAh LaPoK... jAkIm

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Pagi tadi seperti kebiasaan setiap pagi, bertemankan ikim fm. Banyak info-info menarik dapat ustazmuda kutip dalam perjalanan setengah jam ke sekolah, dan yang paling menarik pada ustazmuda adalah ulasan juruhebah berkaitan komen Pengarah Jakim tentang Mahkamah Syariah di Malaysia.
Mahkamah Syariah lapok. Hukuman 3.5.6. sudah tidak sesuai di zaman ini. Begitulah bunyi komentar yang diberikan. Erm. 3.5.6 apa tu??? Hehe. Mungkin bagi sesetengah sahabat 3.5.6. adalah istilah baru yang mungkin pertama kali mencuit cuping telinga. Huhu. Oklah 3.5.6 itulah asas bagi Mahkamah Syariah. Tidak lebih dari itu. Itulaha kuasa dan had yang ada pada mahkamah Syariah di negara kita hari ini. Itu sahaja!!!


Yalah. Apa 3.5.6 tu??? Asyik sebut 3.5.6. sahaja tanpa penjelasankan??? Dah macam iklan plak dah. Beras apa??? Beras basmati. Oklah camni... 3.5.6 yang dimaksudkan ialah :


3 : Tidak lebih 3 tahun penjara
5 : Tidak lebih dari Lima Ribu Ringgit
6 : Tidak lebih dari 6 sebatan


Itulah peruntukan yang diberikan kepada mahkamah Syariah di Malaysia, sebab itu kepada mereka yang diberkas oleh Mahkamah Syariah, wah kalimah diberkas digunakan... akan tersenyum sumbing sahaja membayar denda yang dikenakan. Lihatlah apa yang berlaku di sekeliling kita, kadangkala terdapat mereka yang di berkas beberapa kali. Ala, balik-balik muka ni aja. takde muka lain ke??? Kenapa begitu??? erm, ini kerana bagi mereka yang berduit berapa sen sangatlah Lima Ribu Ringgit itu pada mereka berbanding dengan kesalahan yang dilakukan. Mungkin Lima Ribu Ringgit tersebut seperti Lima Ribu Rupiah sahaja bagi mereka. Begitulah...


Pada ustazmuda, perkara ini terlalu gampang haha, pahami perkataan gampang dalam bahasa Indon tahu bukan dalam Bahasa Melayu kita. Sebenarnya undang-undang apa yang Mahkamah Syariah gunakan selama ini??? Benarkah dan validkah kita namakan sebagai Undang-undang Syariah??? Dari sumber manakah kita mengatakan undang-undang tersebut adalah undang-undang Syariah kalau hanya 3.5.6. sahaja hukuman yang terpakai. Aduh!!! Biso bonar...


Itupun, kita lihat hukuman yang dikenakan antara mahkamah syariah di setiap negeri penuh
perbezaan atas kesalahan yang sama. Kelirukan??? Mungkin kesalahan begini begini di Negeri Pahang lain plak bentuk hukumannya di Mahkamah Syariah Selangor. Begitulah. Walau mungkin kesalahannya sama. Alangkah indahnya andai mahkamah Syariah di Negara yang tercinta ini, benar-benar mengambil dan menjalankan hukum yang termaktub dari al_quran. Pastinya kekeliruan ini akan berakhir bukan??? Pastinya keseragaman akan dapat dilaksanakan. Amin.


Mungkin sahabat mengatakan terlalu sukar untuk melaksanakan dan mengenekmenkan apa yang termaktub dalam Al-Quran sebagai asas perundangan kita. Terlalu sukar??? Begitu???? Erm... bukankah kita punya ramai cendekiawan Islam. Mereka yang memahami kontek keseluruhan Ayat Allah itu, atau bukankah kerajaan negeri Kelantan pernah meluluskan enekmen Syariah berasaskan Al-Quran tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan perlembangaan. Kerana mahkamah syariah kuasanya hanyalah 3.5.6. Tidak lebih!!! Murnikan sahaja enekmen tersebut. Perbaiki kekurangan di mana-mana bahagian. Betulkan??? Perindahkan??? Begitu boleh... Untuk akhirnya terima kasih Jakim. Usahakan yang terbaik demi Islam di bumi tercinta ini.
Amin.

Tuesday, June 12, 2007

TUDUNG DAN IMAM...

4 ulasan
Salam sahabat blog...

Semalam dalam YM seseorang telah bertanya kepada saya... penting sangat ke memilih pemimpin yang bertudung... Terkedu juga dibuatnya sekejap hehe. Bukankah bukan semua yang bertudung itu baik dan bukan semua yang tak bertudung itu jahat... Terus tersentak!!!

Terus ana tanyakan dia sesuatu... Sekarang saudari ingin bersolat di surau KLCC ( kenapa surau KLCC... sebab di situ tgk ramai juga yg berseluar jeans dan dan tak bertudung tapi tetap solat. Syukur bagus. ) Saudari tidak mahu menjadi imam dan pilihan di hadapan saudari 2 orang, seorang berpakaian baju kurung lengkap bertudung dan seorang berseluar jeans ketat dan tidak memakai tudung??? Apa pilihan saudari!!!

Mestilah yang memakai tudung. Saudara ni takkan itupun nak ditanya!!! Ana terus bertanya kenapa memilih yang memakai tudung??? Dijawabnya... Kan itu perkara ibadat kita pilihlah yang terbaikkkkk...

Terus ana menyampuk... Dah memilih pemimpin tu bukan ibadat ke??? Solat je ibadat??? Kalau begitulah pahaman saudari, itu bahaya boleh membawa kepada syirik... ana direct je hehehe. Lalu ditanya lagi oleh saudari ni... Kenapa plak syirik??? Kan ke Agama kita ni lengkap... Merangkumi semua di dalamnya. Tak kira apa, semuanya diajar dalam Al-Quran... ekonominya, nikah kawinnya... politik kepimpinannya. Bila kita mengatakan ibadat hanya perkara pokok, seperti solat dan haji tak secara langsung kita telahpun menafikan kesempurnaan Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan lantas menafikan kesyumulan Islam. Tak ke syirik tu???

Oh camtu... jadi semua ada diterangkan dalam Al-Quran yer!!!. Ya Ana jawab. Cuma kita je semakin hari semakin menjauhkan diri dari Al-Quran.

Satu yang ana hairan hari ni, kita berebut2 untuk beramal Islam dalam masalah Muamalat... maka timbulah pelbagai istilah... Bank Islam, Takaful... Bahkan adanya Konsert Islam… Rock Islam… Ada ke Rock Islam ye??? Macam-macam!!! Kita juga kekal dalam masalah Munakahat... nikah kawin. Semua memilih cara Islam... rujuk cerai nikah semua tetap mengikut Islam... tapi kita lupa dengan Jinayat dalam Islam... Jinayat tu apa plak yer??? Terus dia tanya ana... Jinayat tu berkaitan hukum hakam jenayah... Hududnya, Qisasnya Takzirnya... Mulalah kita mencemik... dengan hukum hakam seperti ini... Konon hukum ketinggalan zaman??? Ketinggalan zamankah hukum ketetapan Ilahi yang mengetahui segalanya tentang kehidupan kita di bumi ini!!!

Kita hanya akur dengan Nikah kawin dalam Islam dan Muamalat sahaja... Tapi kita sukar menerima Jinayat Islam. Kenapa???

Pilihan di tangan saudari............ Maybe pahaman ana salah. Sila perbetulkan! !! Thank kerana sudi berYM.

Sunday, February 18, 2007

PERTANYAAN DAN JAWAPAN...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Menarik untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat blog ustazmuda.

Petikan dari e.mail : Paat

Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya…mereka menjawab…

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu???
X : Sudah tentu… solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le... itu pun kalau mak ayah suruh... atau join kawan.. .tp ikot mood le.
Z : Kalau solat pun tak khusyuk, baik tak payah.

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan???
X : Itu juga kewajipan umat islam... maka wajib dilakukan kerana Allah.
Y : Ofcoz la posa… malu la kat orang kalau tak posa... tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak... posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung???
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam... so, faham2 lah ye.
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je... kat luar tayang rambut rebonding lah.
Z : Tudung?? Tak trendy laa... wat malu je, jatuh la saham aku.

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki???
X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau.
Y : Antara pusat n ketiak kot… tak pasti.
Z : Ntah.. tak kesah le. Apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang???

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit???
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia... mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak. So tpaksa pinjam baju adik.
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik.

Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak???
X : Haram… batal wuduk, bukan mahram so jangan le.
Y : Ala… stakat salam tu takpe lah.
Z : Open la sket... ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh??? Stakat pegang tu takpe la.

Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg anda buat???
X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2, sekurang2nya ade gak usaha dalam berdakwah.
Y : Bace pun tak... forward ape hal.
Z : Delete terus!!!

-Dalam golongan manakah kita tergolong??? X, Y atau Z??? tepuk dada, tanya Iman.
' Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam '... Ustazah Norbaayah

Friday, November 24, 2006

PERBEZAAN REALITI TV MALAYSIA DAN JIRAN...

7 ulasan
Salam sahabat blog...

Petikan dari internet:

Di Singapura, kami tidak mendewakan pemain-pemain bola.'' Begitulah kata-kata Phillip Yeo, Ketua Agensi Penyelidikan Untuk Sains dan Teknologi Singapura. Saya yakin Singapura juga tidak mendewa-dewakan golongan artis seperti yang berlaku kepada kita di Malaysia. Saya tidak pernah terbaca atau mendengar berita yang penyiar TV disana menganjurkan banyak siri realiti TV yang tidak mendatangkan sebarang faedah jangka panjang untuk kemajuan negara kecil mereka. Tetapi berlainan pula dengan negara kita, itu yang lebih diutamakan sejak kebelakangan ini.

Jika beginilah sikap rakyat negara kita nampaknya kita akan terus menjadi sebuah negara yang terbelakang dalam segala bidang yang berfaedah untuk masa depan negara. Di Singapura, idola mereka adalah orang terpelajar, bukan artis. Orang terpelajar dijadikan contoh kepada anak-anak muda Singapura untuk mengejar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Anak-anak mereka digalakkan mendapat pelajaran setinggi yang mungkin kerana mereka sedar tanpa generasi yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi negara mereka akan ketinggalan.

Singapura sedang menuju ke arah apa yang disebut knowledge economy (ekonomi ilmu pengetahuan) tetapi kita lebih kepada entertainment economy (ekonomi hiburan). Artis-artis yang berjaya meraih `ijazah' dari Akademi Fantasia (AF) lebih diberikan tempat dalam liputan akhbar daripada kejayaan anak-anak Malaysia yang berjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Kalau beginilah cara orang Melayu menguruskan anak bangsa mereka nampaknya peluang untuk menjana Towering Malays atau Melayu Unggul akan punah. Mana ada anak Melayu yang berjaya dalam bidang nyanyian diperingkat antarabangsa sehingga mereka terkenal seperti artis-artis dari Barat. Pernahkah kita mendengar jualan album artis-artis Melayu dijual jutaan keping di pasaran antarabangsa?

Kalau setakat menyanyi di Royal Albert Hall sudah dianggap satu kejayaan besar bagi anak Melayu dan bukan meraih ijazah kelas pertama di universiti Cambridge atau Oxford, rosaklah anak Melayu. Kaum Cina dan India mendahulukan kejayaan akademik daripada hiburan tetapi untuk anak-anak Melayu, ibu bapa mereka sanggup berkorban apa saja, bergolok bergadai asalkan anak mereka mendapat tempat dalam Malaysian Idol dan AF.

Mereka tidak sanggup berkorban atau bergolok bergadai untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Sesungguhnya orang Melayu akan jadi bahan ketawa kaum lain pada suatu hari nanti. Orang Melayu masih buta dengan agenda orang lain untuk menjatuhkan mereka.

Tulisan saya ini mungkin tidak akan menyenangkan orang yang tidak mengambil berat tentang arah tuju orang Melayu. Ia mungkin bagai cili yang terpepak atau pahit bagai hempedu tetapi seperti kata orang, yang pahit itulah ubat. Malangnya orang Melayu suka digula-gulakan, dipuji berlebih-lebihan. Biar menang sorak kampung tergadai. Biar papa asalkan bergaya. Sampai bila kita hendak dodoikan orang Melayu dan anak Melayu dengan kejayaan yang palsu. Kita mahukan durian tapi benih tomato yang kita tanam.

Di mana rasional dan logiknya? Begitu rendahkah daya fikir orang Melayu dan anak Melayu? Kalaulah pejuang kemerdekaan dari kalangan orang Melayu yang lalu masih hidup, mereka pasti akan menangis kerana kita telah gagal mendidik anak bangsa ke arah kemajuan yang dituntut oleh agama Islam. Kita gagal mengisi kemerdekaan dengan anak-anak bangsa yang bijak berfikir dan bertindak demi kesinambungan kemegahan orang Melayu. Mungkin Hang Tuah akan geleng kepala melihat orang Melayu hari ini menyalahgunakan kebebasan yang diperoleh. Mungkin Melayu tak hilang di dunia tetapi jika ada bangsa Melayu yang layu apalah gunanya. Layu dengan lagu yang mendayu. Layu di pusat-pusat serenti. Layu di atas jalan raya yang serba moden. Layu di peringkat pengajian tinggi.

Sebab itulah seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, kita tak sepatutnya memperjuangankan bangsa Melayu tapi yang patut kita perjuangankan ialah Islam.

Komentar...
Sesekali perlu membuat perbandingan walaupun perbandingan agak pedih untuk diterima. Sesekali juga pelu melihat kepada musuh untuk melihat kembali kekuatan kita.

Monday, November 20, 2006

MADU ITU INDAH...

11 ulasan
Salam sahabat blog...

Dalam dua tiga hari ni mood untuk menulis sebenarnya kurang, dengan kertas-kertas pelajar yang belum diperiksa, dengan tugasan duduk tercangok menunggu pelajar SPM... kerja nampak mudah, duduk aje tanpa kerja tapi merimaskan... letih lesu longlai dan bila ummi menyebut-nyebut je pasal madu dalam kehidupan ( tak perlulah ustazmuda nyatakan kenapa ummi bercerita, biarlah rahsia antara kami ) selera untuk menulis mengembang kambali. Yalah, siapa tak sukakan madu hehe. Manis! tapi awas kurangkan manis dalam minuman banyakkan manis dalam tulisan. Hehe.

Oklah, takperlu untuk ustazmuda bermain kata... biarlah ustazmuda terus pada duduk cerita. Madu yang ustazmuda nak ceritakan ni atau orang sekarang istilahkan poligami... Dengan bahasa lebih mudah lagi berkahwin lebih dari satu. Jelas tak perlu bersuluh lagi. Kisah yang membuat Si Lelaki tersenyum girang Si Perempuan mencebik masam. Ya, dalam hidup kita sering berkongsi, kita gembira berkongsi, seronok untuk kongsikan sesuatu dengan sahabat... seronok berkongsi cerita, boleh berkongsi kereta, gembira berkongsi ideal, tapi awas!!! biarlah berpisah andai aku berkongsi dia dengan yang lain... Itulah hakikat yang terkeluar dari seorang isteri bila mukaddimah ini diperkatakan. Benar atau tidak... Anda punya jawapan???

Jawapan itu sekadar andaian umum ustazmuda. Maafkan ustazmuda andai jawapan itu tersasar... Andaian berdasarkan pengalaman, percakapan, cakap-cakap tentang hidup. Tak kurang juga dari pemerhatian dan pembacaan di kolum-kolum akhbar. Memang ustazmuda tidak pernah lepas peluang membaca rintihan dan luahan hati di akhbar terutama dalam ruangan Di Celah-Celah Kehidupan ( DCCK ) hari minggu... Menarik!!!

Ya, cerita tentang kehidupan memang menarik... membuat kita geram, marah, benci, menyampah, tertawa, meluat, rindu, dendam, sayang berkecamuk dalam hati... Itulah kehidupan. Adakala berteman tawa ria tak kurang berlinangan airmata. Mungkin kerana itu, sejak akhir-akhir ini terlalu banyak cerita realiti... cerita berpijak di bumi nyata ( Benarkah realiti??? Fikir sendirilah ) atau kerana berpijak di bumi nyatakah filem-filem P Ramlee masih diminati hingga ke hari ni??? ( Al Fatihah untuk Allahyarham ) Masih ingat dengan Ibu Mertuakua, Bujang Lapok, perbezaan darjat dalam ANtara Dua Darjat. Erm... mungkin skripnyapun masih kekal dalam ingatan.

Adakala timbul juga kepelikan pada ustazmuda, kenapa agaknya kadangkala kita terus melenting bila diuatarakan dengan persoalan poligami... membalas perbincangan pun tak nak. Dari seorang yang terbuka terus tertutup segalanya... Apakah ketetapan Allah itu terlalu zalim untuk sahabat yang bernama perempuan??? Apakah agama ini terlalu mendewakan si Lelaki??? Maha suci Allah dari sifat menzalimi hambaNya. Allah maha mengetahui pada setiap kejadianNya. Ya. Maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia mengatur segala sesuatu.

Bertambah lagi kepelikan bilamana poligami dimomokkan sebagai pembawa kepincangan masyarakat. Benarkah andaian tersebut??? Berapa ramai anak-anak terabai hasil dari perkahwinan seperti ini... Atau kita bercakap sesedap mulut???... hanya kerana prejudis terhadap hukum Allah ini. Kalau inilah kita... Istighfarlah. Berapa persen sangatlah perkahwinan seperti ini... tapi ini jugalah yang kita perhangatkan??? Inilah juga yang kita perdebatkan. Betapa banyak anak-anak yang terabai hasil dari perkahwinan biasa tidak pernah kita endahkan??? Tanyalah pada mat-mat rempit, minah-minah rempit, penagih dadah... benarkah kesemuanya dari keluarga yang berpoligami??? Tentu sekali tidak!!!...

Kepelikan lagi... bila ada yang membenarkan para suami bergelumang dengan dosa dari hidup berkongsi rasa. Itukah kita??? Hak mutlak kitakah seorang suami??? Ingat... segalanya hanyalah pimjaman dari Yang Maha Esa... cinta itu tidak mutlak. Sesungguhnya cinta yang mutlak hanyalah padaNya...

Pasti Si Lelaki tersenyum tika membaca artkel ini... ustazmuda tidak juga bersama sahabat lelaki. Tidak. Cuma ustazmuda sekadar mengingatkan, agar jangan sampai kita mempersenda Hukum dan Ketetapan Allah. Itu sahaja. Untuk sahabat yang bernama lelaki... ya, sahabat boleh tersenyum lebar. Boleh... Senyumlah sepuasnya kerana kita punya hak tersebut. Cuma ingatlah!!! betapa banyak hak yang kita ambik, sebenarnya lebih banyak lagi Hak yang menunggu untuk ditunaikan... Tertunaikah kita??? Satu hak kita ambik mungkin 10 hak menunggu kita...

Ya... hak pada yang baru, keluarga baru, anak-anak yang baru. Seimbangkah kita??? Mampukah kita menyingkap sebuah keadilan laksana Baginda Rasul melaksanakannya... bertindak seimbang tanpa bahu tidak menyenget ke kanan atau ke kiri. Tetap tegap dan utuh berdiri diatas jalanNya. Kalau ya jawapan sahabat... teruskan. Niat dan tekad itu tidak pernah bersalahan. Cuma perlaksanaannya menjadi igauan... Jangan sampai mati tertiarap didua persimpangan dah le. Hehe.

Sahabat... Sesungguhnya!!! jangan jadikan diri kita fitnah pada agama ini. Agama ini terlalu suci. Amat suci untuk dikotori oleh kita yang bersifat lemah. Lakukanlah yang terbaik. Ingat... Setiap fitnah pada agama ini, kerana kita... pasti akan di soal oleh Allah di sana nanti. Tika itu jawapan bukan lagi dari kepetahan bicara sang mulut tetapi akan berbicaralah setiap anggota tubuh badan di hadapan Rabbul Izzati.

Rasanya sudah terlalu panjang ustazmuda menulis. Biarlah ustazmuda akhiri dengan Firman Allah : Surah An Nisa' Ayat 3'. Firman Allah :

فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثنى وثلاث وربع فان خفتم ألا تعدلوا فواحدة

Maksudnya : Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat kemudian jika kamu takut tidak akan dapat belaku adil maka kahwinlah seorang sahaja.

P/s : Ustazmuda tunggu pinangan orang je kan mi hehe

Saturday, November 18, 2006

BILA ANJING MENGELUH...

4 ulasan
Salam sahabat blog...

Erm... dalam kesibukan sebagai pengawas SPM dan malam plak kena tanda kertas peperiksaan akhir tahun yang berakhir hari ni... ustazmuda tak nak memanjangkan posting dan kebetulan seorang sahabat memohon agar disiarkan artikel beliau di yahoogroups rar2u... jadi ustazmuda fikir ada baiknya ustazmuda jadikan posting di blog ustazmuda. Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan e.mail.

Tentang posting sebelum ni, Apa kata mereka tentang aurat, hati teringin menyambungnya dengan Apa kata mereka tentang aurat part II... tapi tengoklah camne, kalau ada masa untuk menyelit adalah sambungannya...

Ok... ustazmuda teruskan dengan Bila Anjing Mengeluh!!!

dayang.hairi@my.panasonic.com wrote:

Assalamualaikum, tolong forwardkan kat dlm rar2u sebab saya dah tak simpan e-mail adrressnye. Lepas ni saya maternity leave for 2 months, maybe deliver today or tommorow.

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)"

Ulasan : ustazmuda tak pasti tahap hadis... kepada siapa yang tahu sila maklumkan.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"

Terima kasih kepada pengirim Dayang Hairi.