Showing posts with label CORETAN. Show all posts
Showing posts with label CORETAN. Show all posts

Sunday, December 27, 2009

PeTaNg YaNg MaLaNg...

9 ulasan
Salam sahabat blog...

Kata orang malang tak berbau huhu. Benarlah kot kalau dapat dihidu dah tentu dielak awal2kan??? Ekekeke... Sayangkan. Ala... segalanya dugaan. Itulah yang dikatakan takdir bukan???

Apa ni abi... huhu. Ala sikit je Allah uji. Bukan beratpun orang lain mungkin menerima ujian yang lebih berat dari kot. Senyum jelah walau tak seikhlas mana wakakaka. Oklah camni ceritanya...

Khamis petang abi dah berjanji dengan abang abi untuk memimjam Nissan Frontier dia.... nak angkut sikit lagi barang ni dari Bera ke Pilah... jauhkan? Nak kata jauh takdelah jauh mana. Nak kata dekat takdelah dekat saangat jaraknya cukup2 untuk solat jamak je. Hehe... topek2. 90km.

Jumaat abipun mula mengangkut sikit2 barang... dua round jugalah. Pagi jam 10 bergerak. Siap baik sampai di Pilah... jam 11. 15. Turun barang segalanya bergerak semula balik ke Bera. Alhamdulillah elok2 sempat solat jumaat di Masjid Daerah Bera. Syukur. Petangnya dalam jam 4 lebih... mula sesi kedua angkut mengangkut... huhu. Sesampai di kawasan Felda Lui sedang asyik menyembang dengan ummi tetiba ada satu lori memotong abi. Malangnya entah camne tergeser sedikit di bahagian hadapan Nissan Frontier abi mengakibatkan tercalar dan mentol depan patah tempat pegangnya. Mentol takdelah pecah. Huhu.

Silapnya terlalu cepat celok sampai terkena kereta abi sedang di hadapan masih kosongpun. Entahlah... Oleh kerana barang banyak di belakang Nissan kami dan tak bertutup manakala lori tersebut laju... abi pasrah aja. Maklumlah lori kosong apa yang abi perasan hanyalah lambang felda sahaja. Kalau tak silap plat WLT. No tak ingat huhu.

Di sini abi ingin bertanya pada pakar2 kereta dan spare part. Abi dah tanya Nissan sendiri katanya mentol tersebut kena beli satu set dan harganya RM650 yang baru. Huhu. Banyak juga tu. Berbaloi2 lah abi jawabnya. Pada sahabat yang tahu tempat2 spare part second hand bolehlah maklum pada abi... nak pulangkan kete abang kalau boleh dalam keadaan baik ekeke... Pastu tempat bercalar tu plak cat satu bengkel dekat sini nak RM180 huhu... adois jawabnya bukan berbalaoi2 je abi berbalam2 plak dah hehe...

Mungkin ini hadiah tahun baru buat abi wakaka... takpelah. Segalanya adalah ketentuan dari Dia. Terima seadanya. Pasrah.

Wednesday, November 04, 2009

CeRiTa CuTi...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Apa khabar semua? Moga kalian sihat adanya. Abi, alhamdulillah. Sekarang cuti seminggu. Dah nak masuk pertengahan cutipun. Kejap je rasanya seminggu. Dah hari rabupun... esok khamis lusa jumaat deng deng deng dah ahad... Sekejapkan masa beredar?

Kali ni, kali kedua abi bercuti di tempat kerja baru... awal ogos abi bercuti dua minggu. Dan kali kedua juga abi bercuti dan dalam masa yang sama umar ke sekolah dan ummi bekerja huhu. Tak macam tahun2 sebelum ini... pekerjaan kami dah berbeza tak sama lagi. Hakikatnya pekerjaan kami masih sama tapi tak serupa ahaks. Camno tu? Jadi untuk merayau dan merayap ke sana ke mari dah takde ruang hehe. Sabar ye umar.!!! Akan abi cari ruang untuk kita sama2 berjalan dan merayap seperti selalu...

Jadi, untuk memenuhkan ruang cuti seminggu ni... keseorangan takde apa sangat yang abi mampu buat hahaha... melainkan sedikit kerja rumah bantu ummi. Tupun puas ummi berleter asyik tidur je ahaks... Jangan marah mi ye. Takkan tak tahu lagi hobi abi hahaha. Camtulah abi. Adalah sekali dua masak... dan basuh kain. Yang lain... ada jugalah mesin rumput keliling rumah erm. Tapikan sikit je kerja abi buat, erm dah rasa sakit sini, sakit sana... orang Pahang kata Re'e ( Tak tahulah nak bunyikan camne hahaha ) badan. Hahaha. Agaknya abi ni dah masuk kategori tua kot huhu...



Selain dari tu banyak duk ngadap laptop ni hahaha... apa yang abi buat entah. Apapun dalam cuti dua tiga hari ni abi cuba2 geledah apa boleh dibuat. Hasilnya abi dapat buat forum. Ada forum abi buat khusus untuk tempat kerja, ada forum abi buat khusus untuk rakan2 cyber... ada gok forum untuk bisnes kecil2lan abi nyang masih belum menampakkan hasil. Hahaha... Susu kambing the best. Camno tu... Untuk itu abi jemputlah sahabat2 semua ke forum2 abi. Pilihlah nak join mana satu ahasssssss. Sila2 jangan malu2. Meriahkan je. Buatlah macam rumah sendiri.

Klik je di bawah ni :


Forum rakan sekerja : http://upim.forumotion.com/


Forum rakan sekerja : http://susukambingbest.forumotion.com/


Ok... jemputlah sahabat2 memeriahkan ruang forum abi... pilih je yang mana satu. Kalau nak berbisnespun boleh. Kalau nak sembang2 maya elok ke forum respeks. Kalau nak kenali sahabat2 sekerja elok ke forum UPIM... mana2lah yang rasa terpikat dek hati tu. Kesemua forum memerlukan sahabat register terdahulu sekiranya berminat memberikan komen dan turut sama berforum. Tanpa register sahabat hanya boleh membaca sahaja... sekadar memerhati.

Sekian. Terima kasih.

Monday, June 01, 2009

CoReTaN HuJuNg MiNgGu...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari ni OK teringin untuk berkongsi cerita tentang hujung minggu. Huhu... Dah nak masuk hujung minggu semula baru ada kesempatan nak update. BZ memanjang. Ngalahkan YB. Gitu seh!!!

Oklah... hujung minggu bermula jumaat lagi. Lepas sekolah adalah permulaan cuti. Cuti kali ni dua minggu. Erm... best gok tu kan kan kan???

Lepas jumaat tu OK terus balik ke Pekan. Maklumlah ahad tersebut OK kena mengikuti rombongan kawin adik ipar. Alhamdulillah akhirnya selamat ke semua adik beradik ummi berpasangan. Bertemu jodoh. Alhamdulillah jodoh yang bongsu ni paling dekat. Ala... dalam 10km je lebih kurang. Huhu. Kira menantu terdekatlah ni. Tercapai hajat maka dan ayah nak lihat anak bongsunya bermenantukan orang dekat. Lagipun pilihan mak dan ayah ni. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu pada Ayah Chu Ahmad Kamil Yunus. Tahniah. Selamat melangkah ke dunia baru.

Alhamdulillah. Bersama ini OK kongsikan beberapa keping gambar... Gambar pengantin. Maaf pengantin tidak membenarkan di expose.... huhu.

Merah dari kami...

Biru dari sebelah...

Rombongan mak Limah... wakakaka.

Maka bertemulah besan... ekekeke

Renungan seorang bapa... Selamat tinggal anakandaku.

Sebelum tu pada hari sabtu.. OK sempat bertemu dengan seorang sahabat dari respeks_group Lebai Zali... ekeke. Jauh tu datang dari Seremban semata2 untuk mencandat sotong di Perairan Kuala Pahang. Sempat juga OK bersemuka dan berkenalan dengan geng candat beliau. Kesemuanya mesra2 belaka... Teringin OK ikut serta, maklumlah OKpun belum pernah mencandat ni huhu. Apakan daya esoknya kena ikut rombongan kawin. Tak bolehlah naik ikut serta. OK just temankan sarapan pagi bersama sebelum rombongan candat turun ke laut. Tengok jelah gambar-gambar di bawah. Malaslah nak celoteh panjang2 huhu.

Rombongan dari Seremban beb!!!
Hati-hati beb kang jatuh bedebuk dalam laut tu huhu...Lihatlah ikan ku... besarkan.
Rezeki2. Berbaloi datang jauh-jauh... ekekeke.

Balik dari rombongan kawin ahad tu... adois dalam kepenatan. Almaklumlah menunggu jurunikah yang agak lewat sikit sampai hari tu. Katanya ada 7 pasangan berkahwin. Balik saja ke rumah terus lena. Sedar tak sedar dah lewat ptg huhu. Sempat belek sms... Lebai Zali. Alhamdulillah berhasil. Tangkapan dianggarkan 60kg... Bak kata Amy serch berbaloi baloi. Huhu. Mailah datang kami di Murtabak Mengkasar sekarang!!!. Boleh ambik ikan sikit. Erm... murtabak ni memang best giler, walaupun harga agak mahal. RM5.00 Biasa RM7.00 special... Sebiji murtabak boleh makan 3 - 4 orang kenyang beb. Kepada sahabat yang ke Pekan rugi kalau tak singgah sini. JJCMpun dah singgah sini tau... tolong promosi. Ekekeke.

Pergh... Ikan apa tu!!!
Berbaloi baloi. Alhamdulillah.

OK... pun balas sms. Dah di mana tu??? erm... Lebai Zali jawab kami lagi 10km nak ke Muadzam. Huhu. Adois melepas OK ikan segar2 dari laut. Takde rezeki nak buat gonekan??? Rugi rugi...

Ok... itu sahaja hujung minggu ini. Best gokkan kalau respeks_group buat trip camnikankan kan??? Camne Lebai Zali... boleh handlekan!!! Jumpa ante di Muktamar. Sebagaimana janji kita. Wakakaka sempat lagi promote PAS plak daaaaaaaaaa. Hua hua hua. Insya allah.

... Insya Allah semua dijemput ke majlis kesyukuran pihak kami pada 13 Jun 2009 ini. Datang jangan tak datang. Kad jemputah sila lihat posting di atas...

Terima kasih

Saturday, May 09, 2009

CoReTaN HuJuNg MiNgGu...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Lama rasanya tak bercerita tentang hujung minggu... ekeke. Macamlah best sangat hujung minggu OK ni. Takde apapun bukan YB bukan adun bukan sesaper pun... Just citer untuk kepuasan diri sendiri je. huhu. Buat renungan di hari tua... Belum tua lagi ke OK??? Entah.

Oklah... hujung minggu kali ni bermula hari khamis lagi. Awalkan???Jumaat cuti hari pekerja dan khamis petang terus cabut ke Pekan... lama tak jenguk orang tua di sana. Lagipun ada meeting keluarga. Biasalah sesekali. Takde apa yang istimewa sepanjang jumaat... cuma malam tu meeting. Meeting tentang kenduri adik ipar. Insya Allah akan dilaksanakan dalam cuti sekolah nanti. Adik bongsu lelaki. Ada rezeki nanti OK layangkan sekeping kad di groups. ekekeke. Datang jangan tak datang tau...


Sabtu... kami sekeluarga ke Mersing. Ada misi. Kekekeke. Misi mustahak. Doakanlah moga misi kali ini berjaya. Misinya dirahsiakan terlebih dahulu... kebetulan malam tu YM dengan Torres Moderator Kelakar groups, terkejut juga bila dia kata sedang bercuti dengan keluarga di Rompin. Perghh terus set time konon nak jumpalah. ekekeke. Sepanjang perjalanan asyik dok sms je... kat mana dah??? Kat mana dah??? Jumpa di Restoran Nusantara. huhu... Sayang takde rezeki juga nak ditemukan. Biasa. Kita hanya merancang dia penentu segalanya. Abi sekeluarga menjamu selera di sana jam 4 petang... kira best jugalah makanan di situ. Betul2 citarasa Nusantara... dicadangkan mereka yang ke Endau... singgahlah di sana.

Ahad... tiada apa yang dilakukan. Cuma petangnya dalam jam 5.30 pergi ambik anak sedara. Anak abang yang belajar di Tahfiz Pekan. Tahfiz di bawah sultan... Free dan dapat RM50 lagi. ekeke. Betull2 terpilih untuk kesini. Hanya 20 orang sahaja pelajar. Pengambilan hanya dijalankan 3 tahun sekali sahaja. Hanya selepas satu kumpulan tamat barulah diambil kumpulan baru. Begitu. Petang tu ambik dia dan bawa jalan2 dan makan sate ekeke. Alhamdulillah anak sedara ni nampak semangat betul. Semasa menunggu satepun mulut kumat kamit menghafaz Quran. Semangat. Moga berjaya. Amin. Jam 7.00 hantar semula balik. Alhamdulillah kekenyangan. Pada sahabat yang pernah ke Pekan pasti tahu Tahfiz ni... tak jauh dari Murtabak Mengkasar, tepi lampu isyarat simpang ke istana.

Esoknya isnin... erm, kami pulang ke Bera semula. Dalam perjalanan bersms dengan TG Insaniyy kisahnya beliau ingin ke KL... sms punya sms konon nak berjumpa, tapi keadaan tidak mengizinkan. Moga anak beliau yang kedua berjaya menjejaki abang sulungnya yang telahpun berada di sana. Al -Azhar. Amin. Kata orang kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi. ekekeke.


... Alhamdulillah tanpa disangka, hari rabu OK menerima sms dari TG Insaninyy mengatakan beliau telah berada di Temerloh. Beliau pulang dari KL. Erm... masa tu OK dalam perjalanan pulang dari kerja. Terus balas SMS sila ke Bera... hanya 30km dari Temerloh. Ekeke Hanya tu, 30km macam dekat wakaka. Alhamdulillah akhirnya sampai juga beliau ke rumah OK... Syukur moga kehadirannya membawa seribu rahmat pada OK sekeluarga. Yalah... selama ni hanya berYM dan berbalas e.mail di groups sahaja. OK sempat posing dengan beliau... tapi yang empunya diri kata jangan dipublish di blog @ groups. Ekeke. Maaf. Perlu di hormati.

Oklah... dah panjang ni. Ni dah macam bukan catatan hujung minggu, tapi catatan sepanjang minggu. wakakakaka. Maaf.


Rasa hati : Gembira.

Wednesday, April 15, 2009

CoReTaN HuJuNg MiNgGu...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Jumpa lagi di coretan hujung minggu OK. Erm tiada apa yang menarikpun. Seperti rutin kebiasaan hujung minggu akan pulang ke kampong. Begitu jugalah dengan minggu ini... Huhu. Cumanya kebetulan minggu ini minggu persekolahan... OK dan keluarga hanya balik hari sahaja. Pagi dan pulang semula petang. Takda apa yang menarik sangat... cuma kali ni, leteran bonda masih setia singgah di telinga ini. Biasa. Rasa cam tak best kalau takde leretan bonda tanda sayang. Kenapa dileter??? huhu.

Mulanya OK berjanji untuk pulang petang sabtu... tapi kerana kepenatan persekolahan, tidak mampu menunaikan janji, dan silapnya OK tidak menelefon bonda memberitahu hal keadaan... apa lagi. Sampai je kerumah terus peluru hidup terkena batang hidung... " tak tahu ke mak risau, semalaman tak tidur memikirkan... janji nak balik petang, lain kali teleponlah kalau tak dapat..." begitulah.

Minggu ni juga seperti minggu lepas, berita sedih juga di kampong OK... berita kematian. Cuma ceritanya tidak sesedih dan setragis cerita minggu lepas. Kematian biasa seorang warga tua 60 an dan telah sakit lamapun... Al Fatihah. Pakwe Yusuf.

Cuma apa yang OK ingin kongsikan adalah... sebelum pulang OK singgah sebuah pondok untuk mengambil mak sedara, untuk sama-sama menziarahi kematian tersebut. OK ingin kongsikan pondok ini. Itu je... huhu.

Mak sedara ok di pondoknya.
Sempat lagi jerit kat jiran maklumkan kehadiran anak sedara tersayang wakakakaka.


Pondok Ad Diniah. Pondok ini terletak 3 km dari Bandar Temerloh, iaitu di Kampong Pengsenam, km3 Jalan Temerloh Triang.

Pada OK, pondok ini amat sesuai untuk ibu dan bapa yang keseorangan di kampong... OK tidak bermaksud menggalakkan sahabat menghantar ayah bonda ke sini... namun dari keseorangan di kampong atau ditinggalkan di rumah orang tua-tua adalah lebih baik dihantar ke sini. Setiap malamnya dipenuhi dengan solat berjamaah dan kuliah. Kelas-kelas mengajipun diadakan... Alhamdulillah.

OK dan anakanda tercinta sempat landing tepi katil mak sedara.

Pondok-pondoknya juga walaupun rapat tapi kemas dan bersih. Kelihatan teratur. Ada yang lengkap dengan bilik air di dalamnya dan ada yang berkongsi bilik air. Ada sekitar 100 lebih pondok. Setiap pondok mempunyai nonya sendiri. Mak sedara Ok... tinggal di pondok bernombor 82. Tiada sebarang yuran khas dikenakan... cuma bayaran air sebanyak RM13 sebulan dan elektrik dibayar sendiri. Setiap rumah mempunyai meter elektrik.

Lorong depan pondok...

Pondok tidak menyediakan makanan kesemua penghuni memasak sendiri. Berdasarkan cerita mak sedar OK... bantuan beras diberikan sebulan sekali. Alhamdulillah. Terdapat juga pasangan suami isteri yang menetap di sini. Penghuni paling jauh pula datangnya dari Selangor.

Umar bergaya di hadapan pondok neneknya...

OKpun nak posing gok huhu. Jeles ngan Umar..

Begitulah serba sedikit tentang pondok tersebut. Mungkin pada sahabat2 yang berminat untuk memberikan sumbangan atau berkenalan dengan warga pondok bolehlah datang ke sini bila-bila masa... Sesekali bersembang dengan mereka OK merasa seronok sangat-sangat. Inya Allah bila masa lapang OK akan menziarahi lagi mak sedara OK dan kawan-kawannya...

Thursday, April 09, 2009

PeLuPaNyA...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari ni, OK nak bercerita satu kejadian yang agak lucu juga dalam kehidupan OK... Lucu, erm nak kata lucu tupun tak pastilah nak kata... tapi begitulah bila Allah menghendakinya.

Ceritanya begini, minggu lepas hari sabtu OK pulang ke kampong. Biasalah OK ni pelupa sikit orangnya... dalam siap2 nak balik kampong tu, OKpun baru teringat satu benda takde... tahu apa? Benda yang paling penting. Dompet. Fuh... habis geledah seluruh rumah. Tetap tak jumpa. Siap dikerah lagi ummi dan umar... hehe. Apa lagi ummi dan umar bagi buah kat OK... " Abi ni camtulah, tak pernah simpan setempat". huhu... adois kena sebiji.

OK, akui memang kelemahan dan tabiat OK... letak merata-rata. Sebelah TVpun jadi... tepi komputerpun jadi... camtulah. Mungkin tabiat lelaki camtu kot??? huhu. Atau ia hanyalah tabiat OK seorang??? Entah. Hati terus meneka mungkin tercicir di sekolah, mungkin di masjid semasa solat jumaat, mungkin dan mungkin. Begitulah.

Puas mencari... tetap tak jumpa, namun kerana telah berjanji dengan bonda tercinta di kampong... dengan berat hati OK kuatkan semangat balik kampong. Ala... bukan jauh sangatpun dalam 45 minit sahaja... memandulah OK dengan segalanya tiada. Kosong. Lesen, IC dan wang ringgit... Fuh. Beranikan diri je.

Sampai di kg... sekali lagi OK kena buah yang sama... kena ngan bonda tercinta plak. huhu. " Tabiat tak pernah berubah... " itulah buah dari bonda. Namun OK hanya memberikan senyuman. Huhu. Akui kelemahan.

Esoknya sebelum balik... Bonda berpesan. " Carilah, mak yakin ada di rumah tu... tak kemana. Insya Allah, tapi jangn lupa kol bila dah jumpa. "... mendengar telahan mak. Lega rasanya hati. Biasanya telahan mak tepat.

Sampai kerumah takde moodpun nak cari... terus rehat baring2 dulu. Bangun tidor terus buka laptop... huhu. Tulah kerja OK. Wakakaka. Laptop3x... Entah camne, tetiba OK terpandang kopiah di sebelah laptop tersebut. Fuh terkejut beruk bila terangkat sahaja... nah, di bawahnya dompet. Alhamdulillah syukur. Betul kata bonda. Ia tak kemana... Ia ada di sini.

Lihat gambar. Wakakaka.


Aduh, kadang pelik rasanya... kenapa dan mengapa tak terfikir langsung bahkan rasa cam tak nampakpun ada kopiah di situ sebelum ini. Pelik... tapi itulah kebesaran Allah. Sesungguhnya sikit sahaja Allah mengusik... tak keruan juga jadinya OK... hehe.

Sampai hari ni, OK masih tak percaya... arghhh kebesaranNya. Begitulah.

Friday, April 03, 2009

CeRiTa SeDiH...

2 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari ni OK nak berkongsi cerita sedih... Amat sedih dan mengharukan.

Semalam petang OK... balik kg. Sampai di kg terus mak bercerita... Cerita tantang kematian. Ya kematian satu perkara biasa, tapi yang ini agak mengharukan... cukup mengharukan.

Apa yang terjadi... Begini. Kematian 3 beranak sekaligus ibu ayah dan seorang anak. Entah di mana nak di mulakanpun OK tak reti...

Oklah... Tiga beranak ini baru sahaja pulang dari hospital melihat isteri pada anak tersebut bersalin. Anak kedua yang menjadi anak sulung kerana anak sulung meninggal dan Alhamdulillah sang suami yang meninggal bersama ibu dan ayahnya itu, sempat mengazankan anak tersebut. Selepas mengazankan anak beliau...

Sang suami... menghantar pulang ibu mertuanya, dan selepas kembali dari menghantar ibu mertuanya dia kembali ke hospital, sampai di sana kedua ibu dan bapanya pula ingin pulang memandangkan segalanya telah selesai. Si isteripun sudah selamat melahirkan anak. Sang Anak yang taat setia... bergegas menghantar kedua ibubapanya pulang... dan terjadilah kemalangan ngeri tersebut. Pada OK mungkin kerana mengantuk... Ini kerana kereta tersebut yang melanggar sebuah pacuan 4 roda dihadapannya. Mungkin kerana keletihan berjaga menunggu cahaya mata. Ketiga mereka meninggal di tempat kejadian. Sedih sangat.

Tidak ada sesiapapun yang berani bercerita pada isterinya... tentang kematian suaminya. Akhirnya Si Ibupun menyampaikan khabar tersebut. Anaknya sukar menerima berita tersebut...

Al Fatihah pada orang kg OK ni... keduanya pasangan muda bawah 30an. Pasangan ustaz dan ustazah. Sempatlah ayah dan anak ini menatap seketika. Semasa mengazankan anaknya.Tidak sesiapa menyangka ujian Allah pada kita. Begitu cerita mereka. Bagaimana pula cerita kita???

Al fatihah.

Maaf OK tidak pandai bercerita. Maybe ayatnya tidak menyuntik rasa.

Tuesday, August 26, 2008

BiCaRa HaTi...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Semalam ustazmuda menerima satu offline mesej dari seorang sahabat di YM... Menarik mesej tersebut. Teringin sekali untuk ustazmuda kongsikan dengan para sahabat budiman. Terima kasih pada sahabat yang mengirim. Juga terima kasih di atas kesudian berkongsi rasa. Moga ada buah iman padanya. Berikut intipati mesej tersebut. Indahkan????




Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu

yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,

kerana Dia tahu hati yang sebeginilah,
selalunya lebih lunak dan mudah,
untuk akrab dan dekat denganNya...


Mesej ini juga ustazmuda letakkan di sebelah di bawah tajuk ubat hati. Ustazmuda jadikan dalam bentuk marque. Menarik??? Pada ustazmuda menarik. Mungkin pada sahabat tidak. Ustazmuda tidak pasti.


Apapun bila berbicara soal hati beginilah ceritanya... kita sering melihat dan memandang orang lain lebih segalanya. Kenapa dia bukan aku. Tidak begitu??? Sesuatu pada orang lain terlalu indah dan sesuatu yang memang kepunyaan kita seolah tidak ada nilai langsung. Sukar untuk kita pasrah dengan ketentuan Ilahi... sukarnya menerima sebagai takdir Ilahi. Amat sukar. Alangkah indahnya hati yang tulus mulus padaNya. Bersandarkan pada takdir Ilahi bila ditimpa mehnah. Bersyukur padanya bila diberi minhah. Indah.


...arghhh bukan semudah itu membicarakannya. Bukan. Hati sering bercelaru menerimanya. Antara nafsu dan iman. Sering berperang. Peperangan yang tak mungkin sudah. Peperangan yang maha dahsyat berpenghujungkan kematian. Itulah hakikatnya. Peperangan yang adakalanya berpihak pada iman dan adakalanya berpihak pada nafsu. Itulah manusia. Selagi mereka bernama manusia imannya tidak pernah tetap, kerana hati itu sifatnya berbolak balik. Untuk itu pintalah... pohonlah pada yang memegang kunci hati di setiap solat. Di setiap munajat pada yang Esa. Pintalah sebagaimana diajar baginda.


يا مقلب القلوب ثبت قلوبي علي دينك

ًWahai yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku diatas jalanmu. Amin.


Ya Allah padamu kupohon... moga hati ini, jiwa ini dan raga ini, pasrah padamu dalam setiap perilaku. Menerima sesuatu sebagai takdir dariMu. Pasrah dan tunduk pada qudrah dan iradahMu.


Ya Allah dalam perjalanan pendek nan berliku menujuMu... hambaMu seringkali terperangkap di perhentian yang mengasyikkan. Moga dalam saki baki kehidupan ini, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menyanggah setiap godaan diperhentian. Moga dengannya hambaMu ini tidak akan tersungkur lagi buat kesekian kalinya dan akan menemuiMu dengan penuh keinsafan dan pengampunan. Amin.


Dan sebagai penutup, seorang lagi sahabat mengirim mesej yang juga punya rasa hampir sama. Terima kasih...

"Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmatamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya"

Sunday, August 24, 2008

SeMiNgGu YaNg BeRlAlu...

2 ulasan
Salam sahabat blog...


Erm sekejap je rasanya cuti antara semester selama seminggu. Pejam celik pejam pelik esok dah sekolah semula. Begitulah masa berlalu. Terlalu pantas. Minggu-minggu terakhir di sekolah ni penumpuan lebih pada akademik sepenuhnya. Tiada lagi aktiviti ko kurikulum dijalankan. Maklumlah minggu depan bermula sesi peperiksaan. Kalau sahabat yang punya anak dalam darjah 6 pastinya UPSR akan bermula. Tak lama lepas itu akan dituruti dengan PMR dan seterusnya SPM. Begitulah rutin persekolahan di bulan-bulan terakhir ini.


Sepanjang cuti tiada apa yang manarik sangat untuk ustazmuda kongsikan. Cuma satu yang amat menarik pada ustazmuda. Tentang yoga dan juga meditasi... Tentunya sahabat pernah mendengar perkataan itu bukan??? Bahkan mungkin di antara kita adalah pengamalnya. Erm... dalam cuti persekolahan dahulu, semasa memandu balik ke Pekan ustazmuda buka radio Pahang FM. menarik ceramahnya... nak promosi sikit pada sahabat yang berada di Pahang, buka-bukalah radio Pahang FM 107.50 jam 1.30 tgh hari setiap hari, ni kalau di Temerlohlah. Insya Allah banyak manfaat dan ilmu yang akan dapat kita jadikan panduan dalam hidup. Ceramahnya menarik bukan stereotype je. Ceramah dirakam dari program di luar stadio. Ceramah perdana yang diadakan di masjid-masjid berdekatan.


Ops... tak masuk lagi tajuknya hehe. Oklah tajuk yang dibentangkan pada hari itu berkaitan dengan perubatan, makhluk halus jin dan sebagainya. Ustazmuda tak nak ulas panjang lagipun kalau nak dihuraikan mungkin berjela panjangnya. Cuma ustazmuda tertarik dengan satu kupasan berkaitan yoga dan yang sewaktu dengannya. Senaman-senaman berbentuk meditasi ni rupanya telah difatwakan haram dan boleh membawa kesesatan oleh majlis fatwa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut sahabat boleh rujuk dengan majlis fatwa kebangsaan. Ustazmudapun belum membuat rujukan sekadar memanjangkan untuk pengetahuan kita bersama. Pada sahabat yang masih ragu mungkin boleh terus membuat rujukan pada majlis fatwa kebangssan.


Sebenarnya ustazmuda sendiri, memang rasa semacam sikit dengan bentuk-bentuk meditasi seperti ini. Entah... tak tahu nak digambarkan tetapi rasa hati memang berat untuk ikut serta. Tak tahu kenapa. Macam tak kena dengan jiwa... hehe. Bila dengar sahaja ceramah tersebut lagilah perasaan itu timbul. Seram sejuk. huhu. Yalah, hari ini serangan pada Islam di segenap penjuru bukan sahaja secara terangan bahkan secara halus yang menusuk ke kelbu hingga membuat kita keliru. Sesungguhnya benarlah mereka itu golongan kuffar, mereka bersatu dalam menentang Islam.


Kepada sahabat yang terlibat dengan program seperti ini, ustazmuda nasihatkan cuba-cubalah merujuk pada mereka yang lebih arif... lagipun perkara-perkara berkaitan akidah ni sesuatu yang amat besar. Lebih besar dari alam dan seisinya. Tanpa akidah yang jelas suci dan bersih, tali yang menghubungkan kita dengan Allah akan terputus di awangan. Tanpa ikatan yang sah dengan pencipta siapalah kita di bumi bertuah ini bukan??? Tanpa akidah yang suci murni kita ibarat dicerun yang curam yang bila-bila masa boleh terjunam ke dalamnya. Wal iyazubillah.


Buat akhirnya, ustazmuda menyeru pada diri dan sahabat... marilah kita sama-sama membersihkan akidah kita dari sebarang anasir yang meragukan. Semoga dengannya kita mempu bertemu dengan Allah dalam suasana yang diredhoi dan penuh dengan keberkatan dan rahmat juga maghfirah dariNya. Moga dengannya juga kita akan dikumpul di hadapan Allah dan seterusnya menetap di syurgaNya. Amin.

Tuesday, August 05, 2008

TeNtAnG gElArAn...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Apa khabar sahabat hari ni. Di doakan moga sahabat tetap sukses dan riang ceria selalu meniti hari-hari berlalu. Amin. Ustazmudapun cam biasalah cuma agak sibuk sikit. Sekarang ni plak musim ujian bulanan atau kat sekolah ustazmuda ni kami namakan sebagai ujian penilaian. Ermmm kira ujian penilaian 2 lah ni. Masa kat Sandakan dulu lain plak namanya hehe. Kami namakan sebagai gempur minda. Apapun namanya ceritanya tetap sama kan??? Periksa. Ujian. Itulah juga bendanya. Lepas ni sibuk sikitlah menanda kertas pelajar... Kadang-kadang pelajar naik muak. Periksa. Periksa. Periksa. Tapi nak wat camnekan itulah konsep yang kita terima pakai...


Oklah melalut plak. Bukan itupun yang ustazmuda nak sampaikan... hari ni ustazmuda nak ajak sahabat bersembang pasai gelaran. Gelaran yang ustazmuda maksudkan bukanlah gelaran atau pangkat yang dianugerahkan oleh sultan tu. Gelaran Datok ke Tan Sri ke... Tidak. Tapi gelaran yang telah menjadi pegangan dan adat di kampong-kampong. Ustazmuda lebih mengkhusus untuk Negeri Pahanglah, negeri lain ustazmuda tak arif sangat. Maaf.


Semalam masa lepak di kantin sekolah kami berbual pasai gelaran ni. Gelaran yang telah sedikit demi sedikit hilang dalam masyarakat kita. Gelaran seperti Pak Teh, Pak Lang, Pak Andak... hehe ustazmuda kalau mengikut susur galurnya adalah Pak Andak... Gelaran sebagai penghoramatan dalam susur galur keluarga Melayu. Setiap anak yang dilahirkan ada gelaran dan pangkat yang khusus. Ustazmudapun tak berapa ingat, apapun di sini ustazmuda tuliskan dulu, nanti kalau silap ustazmuda perbetulkan semula. Kena tanya bonda di kampong ni. Ok camni...


1) Pak Long / Pakwe = Kononnya sebab dia yang sulung / tua...
2) Pak Ngah = Yang tengah kot hehe
3) Pak De = Tak tahu le sebab apa
4) Pak Teh = Sebab anak ke 4 biasa putih kot hehe.
5) Pak Tam = Yang ni plak maybe sebab biasa hitam kot hahaha
6) Pak Andak = Erm... ni gelaran untuk ustazmuda.
7)
Pak Lang = Tak tahu juga kenapa...
8)
Pak Anjang = Maybe sebab biasanya lebih panjang kot huhu.
9) Pak Chik = Yang no 2 kecil
10) Pak Chu = Anak terakhir



Untuk gelaran Pak Chu ni tak semestinya anak yang kesepuluh dalam keluarga. Anak yang terakhir walaupun dari 3 beradik leh juga dipanggil sebagai Pak Chu... Cam ustazmuda juga layak dipanggil Pak Chu sebab anak bongsu hehe.


Oklah rasanya gelaran-gelaran camni dah semacam hilang dari keluarga melayu moden hari ini. Mungkin kita lebih selesa dengan gelaran-gelaran baru yang diterima dari barat atau dari timur tengah. Sahabat-sahabat yang belajar di Negara barat misalnya mungkin lebih selesa beruncle-uncle... dan mereka yang belajar di Timur Tengah plak dengan Ammunya... Begitulah masa merubah kita. Ustazmuda tahu dan paham. Gelaran-gelaran seperti ini bukanlah sesuatu yang pentingpun.. bahkan bukan ada kepentingan apapun dari segi agama, tapi pada ustazmuda, sayanglah kalau sesuatu yang kita warisi ini hilang begitu saja dibawa arus koemodenan. Tak gitu??? Inilah warisan kita.


Masa sembang-sembang tu, sorang kawan ustazmuda, cikgu yang berasal dari Terenggangu menyampuk... katanya " Kat kelantan dan Terengganu takde gelaran-gelaran camni... yang ada hanyalah Pak dan terus dikaitkan dengan nama, macam Pok Wei... ( Pakcik Ismail ). Sayanglah kalau gelaran-gelaran yang elok ni hilang begitu sahaja "


Sungguh pada ustazmuda... sayang. Sayang sangat kalau ianya luput ditelan zaman begitu sahaja. Ustazmuda sendiri Insya allah akan cuba pupukkan pada anak-anak ustazmuda tentang gelaran ini. Sekarang nipun ustazmuda bukan setakat Pak Andak tapi dah jadi Aki Andak... sebab dah ada cucu sedara. Dah tuapun. Bonda ustazmudapun dah jadi Yang. Ringkasan dari Moyang... begitulah.

Tuesday, June 03, 2008

MaTi HaTi...

2 ulasan
Salam sahabat...

Rasa cam lama plak tak merepeks di blog kesayangan ustazmuda ni. Erm yalah lama juga jalan-jalan cari ilmu mulai 29/05 ke KB melalui Gua Musang dan sempat singgah plak rumah abang Nazri kenalan respeks yahoogroups di Kuala Krai dan siap di hantarnya kami ke KB adois... Terima kasih abang, dan terima kasih juga atas hidangan lazat di tengah hari. Perut tengah lapar almaklum ajelah. Lain kali kalau rajin buat lagi yer huhu. Sempat lagi posing dengan Abang Nazri ngan Kak Dah yang peramah. Mesra gitu. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa abang sekeluarga.


Pagi jumaat di KB penuh berkah, sempatlah abi melepaks bersama muslimin dan muslimat untuk mendengar siri kuliah. Kuliah yang biasa bagi orang Kelate dan mungkin luar biasa bagi orang luar Kelate... Pagi jumaat penuh ilmu. Walau pagi tersebut tanpa Tok Guru tapi alhamdulillah ada penggantinya. Dua orang penceramah pagi tersebut. Syukur limpahan pendengar disetiap sudut menghala ke Dataran Kota Baru berhadapan dengan pejabat PAS betul-betul di tengah Bandaraya Islam Kota Baru.


Ustazmuda tertarik dengan satu tajuk yang diperbahaskan pagi tersebut... Mati hati. Begitu bunyinya. Mati hati, penyakit yang menimpa Umat Islam diakhir-akhir ini. Mati hati menyebabkan hati tidak punya rasa sensitif pada persekitaran. Tidak rasa sensitif pada segala kemungkaran dan kebejatan yang berada di lingkungan kita sendiri hingga kita membiarkan berlalu begitu sahaja. Bila menyebut mati hati ini, teringat ustazmuda rancangan Halaqah di TV9 seorang ustaz merupakan Kadhi Temerloh... panel tetap TV9 dekat di hati Ustaz Badlisah... ada menyebut " kita perlu mengamalkan jaga tepi kain orang, yang kita tak dibenarkan adalah jaga dalam kain orang "


Betul jugakan??? Hari ni kita memang telah benar2 mengamalkan pepatah melayu " Jangan jaga tepi kain orang " salah tu??? Takkan kita nak biarkan kain sahabat kita yang terkoyakkan??? Hingga menampakkan keaiban pada dirinya... Masihkah kita sanggup membiarkannya??? Kita sebenarnya hanyalah dilarang untuk masuk campur ke dalam kain sahabat kita. Dan kita seharusnya mengambil tahu di luar kain sahabat kita. Bukankah Rasul juga pernah berpesan yang antara lain maksudnya... Tidak masuk syurga mereka yang kekenyangan di rumahnya sedang jiran di sebelah rumah kelaparan...


Ingat pesanan baginda tersebut... Betapa kita seharusnya mengambil berat dan ambil tahu akan keadaan sahabat di persekitaran kita... Bagaimana mereka??? Menegur mana yang termampu, jangan dibiarkan hati kita mati. Mati untuk selamanya hingga kita hanyut dalam kehidupan yang tidak ada penghujung. Ingatlah sabda baginda yang bermaksud : "... sekiranya tidak mampu menegur kemungkaran dengan tangan dan lisan tegurlah dengan hati. Dan sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman." Selemah-lemah iman!!! kata baginda... Andai hati kita mati dari membenci kemungkaran masihkah ada iman di dada kita??? Tanyalah pada diri...


Cukup dulu tentang mati hati... dan sebelum majlis ditutup pada hari itu, keluar kelibat Nazrey Raihan menutupi majlis dengan lagu selawatnya dan sempat mempromosi album terbarunya dan memaklumkan satu konsert terbuka akan diadakan pada malam tersebut. Konsert bersama artis lain seperti Muadz dan Inteam. Konsert dimulakan dengan solat isyak berjamaah... Aduh syahdu hati mendengarnya. Bila agaknya konsert di kawasan ustazmuda akan berjalan seperti ini. Dalam suasana yang membesarkan Allah... Sesungguhnya ustazmuda merindukan suasana seperti itu di tempat ustazmuda sendiri. Di pagi jumaat atau mungkin di pagi ahad yang dipenuhi dengan majlis ilmu di tengah-tengah bandar Temerloh. Mungkinkah??? Syahdunya. Amin

Sunday, June 01, 2008

JaLaN-JaLaN CaRi IlMu... KoTa BaRu

2 ulasan
Gambar ketika cuti-cuti malaysia 29 May - 2 Jun 2008

Majlis Ilmu di Dataran Kota Baru...





Jumpa Nazrey di KB...





Antara monumen yang terdapat dalam Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu...





Sebagai makluman, Masjid Kristal terletak diluar Taman Tamadun Islam, untuk memasuki Taman Tamadun Islam anda dikenakan charge RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, alhamdulillah masa ustazmuda datang ada promosi hanya RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak. Kita akan dibawa melihat monumen-monumen menarik binaan masjid dan kubu-kubu lama di zaman kegemilangan Islam. Sahabat boleh menaiki keretapi yang disediakan atau kalau masih kuat berjalan kaki mengelilingi kawasan tersebut. Basikal juga disediakan dengan bayaran. Sahabat boleh menaiki bot atau datang terus berkereta ke sini... Pandangan peribadi ustazmuda, agak bagus membawa anak-anak kita ke sini untuk diperkenalkan dengan seni dan budaya tradisi Islam. Binaan-binaan lama lambang keagongan Islam satu ketika dulu.


Mandi-mandi di Pantai Telok Cempedak...





... dan berakhir percutian kami semalam 02 Jun 2006 di Pantai Telok Cempedak. Sempatlah juga mandi-mandi melayan karenah Si Umar hehe. Rasa cam abinya plak yang lebih-lebih mandi huhu. Biasalah lama tak kena air laut. Dan pada ustazmuda banyak-banyak pantai yang telah ustazmuda pergi... cintaku tetap pada Pantai Telok Cempedak Negeriku Tercinta...

Ok... Itu sahaja kali ini. Terima kasih.

Thursday, May 08, 2008

DaRi BlOg Ke GrOuPs...

2 ulasan
Salam sahabat lama...

Lama benar tidak menulis di weblog ustazmuda... terasa rindu dihati namun apakan daya terlalu banyak kekangan... cewah kekangan kononnya. Huhu. Oklah... terasa kelainan benar rasa hati bila nak memulakan semula menulis di blog kesayangan ustazmuda ni... tak tahu entah kenapa, dan tak tahu juga dimana hendak dimulakan... Syahdu. waaaaaaaaaaa

Ermmm... dari blog ke groups. Gitu boleh??? Pasrah... Kenapa dari blog ke groups??? Ermmm hati lantas terbuka untuk menulis lantaran beberapa minggu lepas ustazmuda menerima satu sms dari seorang sahabat. Bunyinya... " tahniah tulisan ustazmuda telah keluar dalam sinar harian 31/Mac/2008 dalam ruangan dari blog ke blog... " terkasima sebentar... lalu terus mengeledah sinar harian lepas... terjumpa dan alhamdulillah benarlah kata sahabat... Tajuk cakap tentang berkat telah keluar di ruangan tersebut. Terima kasih sinar... Semoga dirimu terus menyinar...

... dan semalam, sewaktu bersembang dengan sahabat yang bersama ke kursus di Kuantan... bersembanglah pasal blog... satu kejutan lagi untuk ustazmuda, wa kejutan saja huhu. Macam best je ustazmuda ni... Apa katanya, " ustaz, tulisan ustaz telah keluar di Wasilah... tapi ditukar tajuknya... " begitulah bunyi lebih kurang... terkejut beruk sekali lagi, mungkin lebih hebat dari beruk2 kejutannya... Betul ke ni, ustazmuda menyampuk... Ya betul... nanti ana cuba cari kalau masih ada... memang isinya sebiji... Artikel tersebut telah keluar sebelum PRU13 dulu... Insya allah ana akan cuba dapatkan nanti. Ingatkan memang ante yang hantar... sebab diletakkan di situ sebagai PENULIS KHAS. Oh... camtu. Bukan!!! Ana tak pernah hantar artikel ana ke wasilah... Oh tidak!!!!!!!!!!!!!

Ustazmuda kena dapatkan akhbar wasilah ni... betul ke apa yang sahabat ustazmuda perkatakan ini??? Benar-benar ustazmuda menjadi keliru... Kenapa begitu oh WASILAH!!!!! Apa dosaku padamu... huhu. Kalau benar bagai dikata... sesuatu perlu ustazmuda lakukan. Tolong... Dan inilah tajuk yang dikatakan telah keluar di WASILAH... Wallahu aklam.

Ala... camne ni yer??? Tajuk lain cerita lain. Hehe. Oklah kembali kepada tajuk... dari Blog ke Groups... Pada sahabat yang merindui tulisan ustazmuda... huhu ala camlah ada yang merindui, perasan sungguh. Tapi takpe... ada beberapa sahabat yang jumlahnya tak sampaipun sebelah tangan sering bertanya, bila lagi blog tu nak dihiasi??? Takkan nak dibiarkan berkulat je kan??? Ermmm... pada sahabat yang bertanya, Insya Allah ustazmuda akan cuba dan terus mencuba mengungkap sesuatu, moga ada kebaikan padanya, untuk kita kongsikan bersama. Amin.

Kenapa groups??? Groups juga sedikit sebanyak telah mengalihkan rasa untuk menulis dan mengungkap di blog kesayangan ustazmuda... Groups ReSpeKs juga antara yahoogroups kesayangan ustazmuda yang kini juga menuntut komitmen ustazmuda... Masa dan tenaga. Sebagai owner dan moderator kepada yahoogroups tersebut... ustazmuda perlu bersikap adil... Adil pada diri dan adil pada semua sahabat groups mahupun blog.

Kepada sahabat... terima kasih atas keprihatinan sahabat terhadap yahoogroups mahupun blog ustazmuda yang telah tersadai hampir setahun... Doakan pada ustazmuda agar terus mampu memberikan sesuatu untuk berkongsi rasa, mahupun cerita dalam melayari kehidupan yang sebentar cuma di maya ini. Terima kasih sayang.........