Showing posts with label CELOTEH. Show all posts
Showing posts with label CELOTEH. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

SaYuNya...

8 ulasan
Salam sahabat blog...

Sekadar berkongsi cerita tentang Umar, Haikal dan Alia... hehe. Mungkin ada sahabat yang bosan kot. Takpelah... Sekadar berkongsi dengan sahabat2 yang sudi berkongsi rasa... ekekeke.

Beberapa minggu lepas abi pernah kongsikan cerita yang abi mengambil Haikal bawa balik kampong selama empat hari dan kebetulan ibunya sms mengatakan boleh mengambilnya terus... Alhamdulillah hingga semalam hampir 10 hari Haikal bersama kami. Semalam juga terfikir abi dan ummi untuk menemukan anak tersebut dengan adik dan ibubapanya... Ya dari 4 Disember hingga semalam 14 Disember bersama kami tanpa bertemu dengan ibunya. Cukup 10 hari... Dalam hati pelbagai perasaan... Bagaimana agaknya Haikal bertemu dengan ibu dan bapanya, juga adiknya!!! Umar terus mendiamkan diri...Bimbang kehilangan Haikal. Nampaknya rasa sayang umar sudah bersangatan terhadap anak itu... Dari keluar rumah hingga sampai ke rumah ibunya sepatah tidak berbunyi. Diam.!!! Abi dan ummipun tak kurang sebenarnya. Huaaaaaaaaa.

Sesampai sahaja di hadapan rumah tersebut... Umar tak mahu lagi keluar dari kereta. Terus diam membisu. Kamipun keluar... kebetulan ibunya melihat Haikal... Haikal seakan terpinga semacam tidak ingat lagi akan ibunya. Namun selang beberapa minit bila melihat kelibat adiknya muncul... terjerit2lah dua beradik tersebut dengan bahasa yang tidak difahami... al maklumlah budak setahun dan 2 tahun... terus Haikal memeluk dan mencium adiknya dengan rakus... bagai bertahun tidak bertemu. Ciuman dan pelukan bertalu2 tanpa henti. Dalam lima minit mereka berdua begitu terloncat2 dan terjerit2 kegembiraan. Hati melihat sungguh sayu... Kalau tidak dikuatkan semangat rasanya dah menitis air mata ini. Sayang kamera tidak ada masa itu untuk mengabadikan pertemuan mereka... Selepas beberapa minit adengan sayu pelukan dan ciuman barulah Haikal mula mengingat ibunya. Lantas dengan erat memeluk ibunya. Keadaan masih sayu...

Lama kami berbual bersama... Umar tetap tidak keluar dari kereta. Puas abi memanggilnya. Hinggalah kami beransur pulang dan kebetulan emak Haikal dan Alia ingin mengikut kami berziarah ke rumah baru kami. ( kami baru berpindah ke kuarters ) Sebelum Maghrib kami sampai kerumah bersama Alia dan ibunya... Umar tersenyum semula.

Lebih kurang jam 9 malam... kami menghantar emak Haikal dan Alia pulang. Ketika ini Umar tidak mahu mengikut lagi... Di bimbangi Haikal tidak mahu ikut pulang nanti. Sesampai di hadapan pintu pagar kami tidak turun lagi... Alia dan emaknya turun. Haikal dan ummi di sebelah abi... Alhamdulillah. Haikal hanya menghulurkan salam dan mencium ibu dan adiknya Alia... dan tangannya melambai2. Tersenyum dan terus bersama kami.

Sekadar berkongsi cerita... Entah selama mana bersama kami hanyasanya Allah jua yang tahu. Apapun kami bersyukur dengan anugerah Allah ini. Seperti di janjikan bila ummi mula kerja semula Januari nanti Haikal akan di hantar pada emaknya untuk di jaga... kini Umar telah ada teman tidur bersama... Malam hari kami menjenguk Umar dan haikal tidur. Nyenyak. Hati cukup sayu melihat anak itu.

Sekian.

Thursday, November 05, 2009

KoNyAnG & MuFTi...

3 ulasan
Salam sahabat blog...

" Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini. "


Sinar harian : 5 Novermber 2009


Alhamdulillah baru balik menggoreng nasi kat kodai hehe. Konyang bebenor rasa. Sompek sei belek2 Sinar harian... tajuknya 2 mufti sokong JAIS. ekeke. Mufti negeri aku plak tu... jadi kenalah abi bersama mufti negeri sendiri. Mufti Pahang dan Perak.


Alasannya mudah dan simple... DR MAZA mantan seorang mufti dia sepatut tahu dan paham bab2 tauliah ni... kalau dia orang yang tahu dan paham langgar siapa lagi nak diharapkan ikut undang2... Kalau tak nak ikut lain kali jangan buat undnag2. lagipun undang2 dunia je. Boleh ubah suai. Tapi kalau dah buat kenalah ikut tak gitu DR???


Camnilah kalau nak lebih mudah abi cadangkan... semua pemegang ijazah pengajian Islam dari mana-mana Univsersiti dibenarkan untuk berucap di mana-mana masjid atau surau di mana-mana tempat di Malaysia. Mudahkan??? tak perlu tauliah... just maklumkan sahaja pada pimpinan daerah atau satu2 tempat tersebut. Tauliah ni untuk mereka yang bukan dari pengajian Islam tetapi berminat untuk bersama menyebarluaskan Islam.


Amacam cadangan abi??? Ok ke Ko??? Bincanglah... hahaha