Showing posts with label KOMENTAR. Show all posts
Showing posts with label KOMENTAR. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

ApA KaTa SaHaBaT...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Petikan Harian Metro :

Aceh Barat akan menguatkuasakan larangan pemakaian seluar ketat atau jeans di kalangan wanita dan seluar pendek untuk lelaki mulai tahun depan. Jika ada wanita melanggar peraturan itu mereka dikenakan tindakan serta-merta. Seluar itu akan dipotong dan pemiliknya dikehendaki memakai kain disediakan percuma oleh kerajaan.

Peraturan itu dilaksanakan selepas mendapat cadangan daripada ulama tempatan. Wanita boleh memakai seluar asalkan longgar dan dikenakan bersama skirt labuh dan wanita tidak dibenarkan menampakkan buku lali.

Sila Komen

Saturday, September 26, 2009

KiSaHnYa...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Kejap tadi berita TV9 jam 8.00 malam 7 Syawal 1430H@26 September 2009.





Bunyinya :


Perogol di POLAND akan dikasi sebaik bebas dari hukuman penjara bagi mengelakkan kejadian berlaku lagi!!! Tak zalim ke tu??? Kat Malaysia baru nak sebat dah menjerit ekekeke.



Entahlah...

Sunday, September 13, 2009

HaLaL...

3 ulasan
Salam sahabat blog...

Just nak share satu video yang abi terima dari salah seorang sahabat facebook. Bintang filem tu... ( nama dirahsiakan ) Huhu. banyak juga perbincangan. Banyak juga beliau komen terhadap golongan agama hari ni yang seakan2 menyampaikan agama masih lagi ditakuk lama.... Tiada perkembangan. Fokus terlalu kepada tegahan dalam agama... erm.!!! Seolah2 Islam itu penuh dengan larangan dan tegahan, kurang menampakkan keindahan Islam itu sendiri. Mungkin benar. OK paham rintihan hati beliau.

Beliau mengharapkan moga akan ada titik pertemuan antara golongan agama dengan dunia seni tanah air... sebenarnya itu juga adalah harapan OK... semoga titik itu akan dipertemukan oleh Allah satu hari nanti... Dan kayu penghalang keduanya akan reput dibawa arus. Amin

Oklah... panjang plak OK melalut.. Apapun apa kata sahabat tentang video ini!!!. Ini antara video2 yang beliau terlibat dalam menjayakannya.




Anda tengok dan anda nilailah sendiri!!! Positif @ negatif terpulang...
Untuk pengetahuan pengarah cerita ini berbangsa Cina.

Monday, August 31, 2009

MaLaM MeRdEkA...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Malam ini malam merdeka. Malam ini juga malam penghujung 10 pertama yang penuh dengan rahmat Allah. Syukur malam merdeka kali ini tidak seperti malam merdeka sebelumnya. Alhamdullah. Bolehkah OK katakan ini sebagai rahmat??? Ya rahmat di 10 pertama Ramadhan.

Rahmat kerana kita selamat dari rempitan anak-anak muda dijalanan meraikan kemerdekaan cara mereka... Cara yang entah dari sumber mana merke kutip. Dari kitab mana mereka geledah. Ya Rahmat juga kerana kita tidak perlu berdiri tegak memperhambakan diri pada dentingan jam di detik 12 malam... lantas kita bazirkan segala wang dan tenaga dalam keseronokan yang tidak terhingga.

Mungkin juga Ramadhan dan HINI yang datang pada ketika yang sama... Kedatangannya seiringan dengan kemerdekaan... Segalanya rahmat kerana kita tidak perlu penat melayan karenah sambutan kemerdekaan seperti sediakala. Rupa2nya kita masih mampu menyambut sebuah kemerdekaan walau dengan cara yang berbeza!!!


Esok... akan berakhir 10 pertama... dan lusa bermulalah 10 kedua Ramadhan ini. Moga semangat 10 ramadhan dan kemerdekaan akan menyatu memberikan impak padu. Semoga kita akan bertemu dengan sesuatu di penghujung ramadhan ini. Amin.

Wednesday, June 10, 2009

BaHaSa InGgErIs PlAk DaH...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Membaca muka depan akhbar berita harian hari ini ( 9 hb Jun 2009 ) sedikit kejutan buat OK... Tak pastilah samada sahabat2 lain terkejut @ sekadar melatah sahaja ekeke. Tajuknya " Bahasa Inggeris. Wajib lulus SPM "... Begitu bunyinya. Mungkin pada sesetengah dari kita tajuk tersebut biasa sahaja... Dan mungkin juga pelbagai persepsi dari sahabat. Ada yang mengeluh. Ada yang setuju. Ada yang geleng... begitulah. Pelbagai persepsi. Suka atau tak suka apapun keputusan kerajaan kita harus terima. Terima dan akur. Begitu...

Walauapapun, ia masih sekadar cadangan sahaja. Cadangan yang memerlukan reaksi dari kita. Kita yang bergelar rakyat Malaysia. Andai kita mendiamkan diri. Pastinya tanda bersetuju. Senanglah mereka untuk melakukan perubahan mahupun membuat sebarang pindaan. Yes!!! Semua rakyat menyokong kita. Begitu. Mudahkan???

Pada OK, cadangan itu baik. Namun tindakannya terlalu drastik dan gelojoh. Tindakan yang terlalu gopoh gapah. Bagai tiada beban batu digalas. Belumpun selesai isu...

Berkaitan 10 matapelajaran...
Berkaitan 4 pelajaran teras...
Lebih2 lagi isu berkaitan PPSMI...

Kini timbul pula cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris. Perghhhh... Dahsyatkan??? Ideanya mencurah2. Ya memberi idea terlalu mudah sekadar mengeluarkan air liur. huhu. Siapapun boleh. Tapi mampukah pelaksananya!!!

Segalanya tampak jernih dan suci dari luar. Namun dalamnya bagaimana??? Benar... kalaulah cadangan ini yang didahulukan lima enam tahun dahulu sebelum memperkenalkan PPSMI pada OK adalah terbaik. Bahasa Inggeris yang bermasalah... jadi ubatnya adalah bahasa. Bukan matematik mahupun sains. Ubatnya mempelbagaikan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris hatta mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris dalam SPM. Itu dahulu...

Tapi kini... selesaikan dahulu satu persatu. Uraikan dari kekusutan itu. Selesaikan. Barulah mulakan sesuatu yang baru. Kalau tidak pastinya ia sekadar menambahkan kekusutan yang ada semata-mata. Begitu boleh???

Friday, June 05, 2009

HaDkAn 10 SuBjEk... HaLaNg KeLaHiRaN PrOfEsIoNaL aGaMa!!! BiNcAnGkAn...

3 ulasan
Salam...

Usaha kerajaan menghadkan 10 matapelajaran sahaja... akan membantutkan usaha untuk melahirkan golongan profesional agama??? Apa kata sahabat!!!

Adakah ini satu usaha terancang untuk kembali ke belakang... atau satu usaha menghalang kelahiran pelajar yang profesional dan dalam masa sama memahami agama!!!

Pada OK... satu lagi keputusan terburu2 kerajaan selepas isu PPSMI. Belajarlah dari kesilapan!!!


Pelajar Aliran Agama :

Subjek wajib : 6 matapelajaran
Subjek elektif agama : 3 = BA, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah & Pendidikan Syariah Islamiah
Subjek elektif sains : 4 = Fizik, Kimia, Biologi dan add Math.

Pelajar agama terpaksa memilih samada teruskan agama @ Sains...!!!


Bincangkan!!!

Wednesday, June 03, 2009

NaSiB PeNdIdIkAn IsLaM...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Petikan akhabar...

" Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral."Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu. "

Datok Alimuddin Berita Harian. 30 May 2009

Kerajaan akan mengurangkan jumlah matapelajaran teras@wajib dari 6 kepada 3 atau 4 sahaja... Ini bermakana 2 @ 3 matapelajaran akan dibuang dari matapelajaran wajib!!!

Berikut adalah matapelajaran wajib sekarang :

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Matematik
4) Sains
5) Pendidikan Islam @ Moral
6) Sejarah

Adakah Pendidikan Islam dan Sejarah bukan lagi matapelajaran wajib!!! Tunggu dan lihat...

Memang benar2 ke arah Satu Malaysia ni huhu...

Rasa hati : Sebak

Wednesday, August 13, 2008

TeNtAnG tALaQ lAgI...

3 ulasan
Salam sahabat blog...


Apa khabar sahabat??? Didoakan kalian semua dalam kebahagiaan, rahmah dan maghfirah dari Allah hendaknya. Amin. Apa yang nak disembangkan hari ni yer??? Erm sebetulnya semalam semasa makan di kantin sekolah, ustazmuda tertarik dengan satu artikel yang menjadi fokus dalam akhbar sisipan Jawi. Amat menarik fokusnya. Ya Menarik.
" تريند هيدوف بوجغ " Boleh paham ke apa yang ustazmuda tuliskan tu??? Akhbar jawikan jadi ustazmuda salin semula tajuk fokusnya dalam jawilah hehe. Kepada sahabat yang masih boleh memahaminya syabas dan tahniah ustazmuda ucapkan kepada yang terangkak-rangkak tu ustazmuda syorkan cuba-cubalah mendekati seni warisan kita ni. Tulisan jawi. Tulisan yang menjadi identiti orang Melayu sebelum Merdeka... Oklah fokusnya berjudul. Trend hidup bujang. Menarikkan???


Erm memang menarikpun, tapi bila ustazmuda kembali ke meja dan menerima satu komen dalam posting lama ustazmuda yang berjudul
"SaLaH pAhAm TeNtAnG iDdAH..." hati meronta untuk cuba membantu. Sekurang-kurangnya memberi sedikit pandangan atas persoalan yang diberikan walau mungkin tidak mampu merungkai masalah sepenuhnya. Di sini ustazmuda kongsikan persoalan tersebut. Tinggalkan dahulu trend hidup membujang pada psoting akan datang. Insya Allah. Begini bunyinya...


Anonymous has left a new comment on your post :
"SaLaH pAhAm TeNtAnG iDdAH..."


Assalamualaikum ustaz,


Soalan saya mengenai talak. suami saya, walaunpun tidak menyebut kata "cerai" atau "talak", namun sering kali menyebut perkataan2 yang membawa maksud serupa. Iaitu "melepaskan" dsb. Contohnya, dia acapkali mengingatkan saya tentang "tawaran"nya, iaitu untuk berpisah jika kami tidak lagi sefahaman. Maknanya setiap kali kami bertengkar, dia akan menyebut "tawaran saya masih on lagi". Baru2 ini, saya nekad minta berpisah jadi saya katakan kepadanya "is ur offer still on?" Katanya "yes". Kemudian saya katakan kepadanya "i want out", dia menjawab "OK". Apakah itu telah jatuh talak kerana kami saling memahami maksud "out" dan "offer" yang disebut? Selepas itu juga kami telah berbincang tentang settlement, rumah, tanggungan anak dll. Maksudnya, kami berdua memang memahami sebenarnya apa yang kami ucap dan maksudkan. Sekian, terima kasih atas penjelasan.


Tunggukan komen ustazmuda. Hehe. Banyak plak kerja ni. Adois. Maaf.


Ok sambungan huhu. Erm... Maaf didahulukan andai jawapan bukanlah satu jawapan yang dapat meumaskan hati yang empunya diri. Jawapan juga bukanlah sebuah jawapan pasti namun sekadar pandangan peribadi dan pendapat dari seorang ustaz yang masih muda ilmunya. Jawapan yang boleh diterima bahkan juga boleh ditolak. Terpulang...


Secara jujurnya ustazmuda melihat permasalahan ini amat kronik. Wah... kronik tu!!! ya kronik yang amat sangat dan untuk meletakkan hukum secara mutlak telah terjatuh talaq dibimbangi ia satu kekhilafan dipihak ustazmuda. Namun hati kuat mengatakan begitu. Kronik juga ustazmuda katakan kerana, lafaz itu seolah-olah telahpun menjadi mainan dipihak suami. Seolah-olah telah menjadi satu senjata. Senjata yang akan dipergunakan ketika tersepit mungkin. Begitu boleh??? Senjata yang digunakan apabila masalah timbul dalam melalui bahtera rumahtangga. Senjata perpisahan seakan-akan satu ugutan... Mungkin juga satu jalan pintas untuk menghalalkan sebuah perpisahan dan melepasi sebuah kepertanggungjawaban. Begitu mungkin.


Walauapapun lafaz yang digunakan sebenarnya, hanya pihak sahabat sahaja yang dapat memberi kata putus. Sahabat yang memahami suasana dan keadaan ketika itu. Sahabat sendiri memahami maksud dari pertikaian itu. Andai sahabat merasakan apa yang berlaku difahami dan diakui sebagai Talaq terimalah... Sahabat dan suamilah yang lebih mengetahui. Kami di sini hanya menghukum sekadar pahaman dari cerita dan kenyataan yang diberikan. Suami puan lebih memahami apa yang di maksudkan.


Untuk akhirnya...Sebaiknya bersegeralah menyelesaikan masalah dan membawa ke pihak yang lebih arif iaitu Mahkamah Syariah. Di sana mungkin satu jawapan pasti akan diputuskan. Apapun keputusan terletak pada bagaimana interpretasi sahabat terhadap keadaan yang berlaku kepada pihak berwajib. Waalhu aklam.

Monday, August 11, 2008

PeLuK IsLaM... PeRlUkAh FoRuM???

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Salam hujung minggu pada semua sahabat moga hujung minggu ini lebih bererti buat sahabat semua. Hari untuk keluarga bukan??? Rapatkan silaturrahim jalinkan persaudaraan. Kunjung mengungjunglah. Hehe. Macam kempen plak dah. Huhu. Takpelahkan.


Hari ni ustazmuda nak ajak sahabat bersembang pasal satu isu hangat yang diperkatakan pada minggu ini dan dalam akhbar hari semalam ( ahad ) 10/08/2008 telahpun menjadi muka utama Mingguan Malaysia. Kecoh : Forum peluk Islam. Begitulah bunyinya. Apa yang hangat sangat yer??? Erm patutkah Majlis Peguam mengadakan satu forum khas khusus membicarakan soal pemilihan seseorang untuk menganut agama Islam. Patut??? Tidak??? Ermmm. Entah. Pada ustazmuda, amat tidak patut. Sama sekali tidak patut. Banyak lagi isu-isu lain yang wajar dibincangkan oleh majlis peguam dari menyelak ke dalam kain orang Islam.


Untuk mencari seribu malahan sejuta kesilapan individu Islam itu memang senang. Namun kesilapan itu adalah kesilapan individu dan bukanlah kesalahan Islam itu sendiri. Mengandaikan melayu itu Islam dan segala sifat-sifat Melayu itu adalah sifat Islam sepenuhnya adalah satu andaian yang amat jauh terpesong. Ya... memang di akui Islam dan Melayu itu amat sinonim, tanpa Islam Melayu itu seolah-olah bukan lagi Islam. Begitulah sinonimnya Melayu itu dengan Islam. Namun mungkin itu dulu, sekarang tidak lagi...


Di sini, ustazmuda cadangkan beberapa tajuk yang mungkin Majlis Peguam boleh bicarakan dan seminarkan mahupun wacanakan bersama cerdik pandai dari kalangan anda...


1) Trinity : Tiga dalam satu benarkah tuhan begitu???

Mungkin sahabat-sahabat di Majlis Peguam dengan penuh rasa dan kesedaran mencari kebenaran dan hak boleh membicarakan isu ini. Kalau perlukan mereka yang arif dari kalangan Umat Islam juga boleh dijemput sama. Tentu ia menjadi lebih menarik dan pasti tidak akan menimbulkan rasa kurang senang pada sesetengah pihak.


2) Kalimah Allah : Hak bersama.

Erm... yang ni mungkin agak berat bagi sesetangah orang Islam menerimanya. Namun secara jujur pada ustazmuda ia boleh diperdebatkan dalam suasana harmoni. Berikan hujjah bukan semata-mata emosi. Kenapa dan mengapa dan dari sumber mana mengatakan anda boleh menggunakan kalimah Allah. Cantik bukan???


3) Negara Islam. Apakah hak kami???

Tajuk ini juga ustazmuda cadangkan pada sahabat dari majlis peguam. Semoga dengannya sedikit sebanyak Barisan Peguam Malaysia yang cerdik pandai ni akan mengetahui hak-hak sahabat apabila sebuah negara Islam menjalankan Undang-undang dan hukum ketetapan Allah yang Maha Esa. Terabaikah anda??? Terbelakah anda??? Sepatutnya inilah yang wajar anda ambik tahu. Semoga dengannya, penerangan yang jelas dan telus akan diberikan. Anda tanya kami cuba menjawab. Begitu...



Cukup dulu 3 tajuk yang ustazmuda fikirkan ada logiknya untuk diwacanakan oleh anda cerdik pandai barisan peguam di Malaysia ni... Bincangkan. Tanpa perlu anda masuk kedalam kantong dan langsung menyelak kedalam kehidupan kami. Kerana apabila anda menyelak pastinya sesuatu yang tidak wajar anda nampak akan kelihatan.


Buat sahabat-sahabat yang ingin ingin bersama Islam, pandang dan kajilah Islam itu sendiri dan bukan memandang kepada individu Islam. Sesungguhnya Individu Islam kini bukanlah gambaran sebenar pada Indahnya Islam itu. Pada sahabat yang telahpun bersama Islam cubalah tonjolkan kebaikan dan keindahan Islam itu dalam diri kita. Insya Allah dengan cara tersebut akan lebih memikat dan menarik mereka yang berminat dengan agama suci ini. Ingatlah anda yang memilih Islam... sebenarnya anda hanya berlainan kepercayaan dan pegangan sahaja dengan keluarga, namun hubungan kekeluargaan tetap sama dan utuh. Sesekali jangan putuskan jalinan kekeluargaan dengan mereka.

Saturday, July 19, 2008

DeBaT tErBuKa : SaTu BuDaYa BaRu...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Seperti biasa pagi tadi, rutin di setiap pagi sebenarnya radio ikim.fm adalah halwa telinga ustazmuda dalam perjalanan ke tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja yang mengambil masa hampir setengah jam. Erm dari 6.50 hinggalah hampir 7.20 pagi. Itulah rutin hidup harian ustazmuda. Terima kasih kepada ikim.fm kerana sudi menjadi teman ustazmuda diperjalanan. Alhamdulillah banyak sekali manfaatnnya... ditemani hadis-hadis dan lagu-lagu yang mendekatkan diri dengan tuhan yang satu. Setiap pagi juga satu isu diutarakan oleh juruhebah bertugas. Pagi tadi isu yang di utarakan adalah DeBaT tErBuKa : SaTu BuDaYa BaRu... Menarik!!! Ya menarik pada ustazmuda. Pada sahabat ustazmuda tidak pasti. Mungkin citarasa kita tidak sama bukan??? Terpulang...


Panggilan demi panggilan, sms dan e.mail yang masuk ke ikim.fm kesemuanya bersetuju agar debat terus diadakan. Tidak ada satupun bangkangan. Ustazmuda sendiri sambil memandu sempat menekan 03 62046204 no ikim.fm untuk berkongsi pandangan dan pendapat tapi malang line betul-betul sibuk. Kalau tak kemungkinan suara ustazmuda dah pun ke udara di hening pagi khamis yang penuh berkah ini. Huhu, tapi takpe masih banyak ruang masa untuk ustazmuda mencuba hehe. Cuba jangan tak cuba kan kan kan??? Oklah berbalik kepada sembangan tentang debat tadi... first yang mesti kita paham sesungguhnya debat adalah satu dari ajaran Islam. Debat bukanlah datang dari negara barat. Debat hak kita yang telah lama hilang dari kita... Buktinya Firman Allah dalam Surah An-Nahlu ayat : 125 yang berbunyi :



Maksudnya : Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah, dan pengajaran yang baik dan berbantah-bantahlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.


Jelas, pilihan-pilihan yang diberikan oleh Allah... serulah kepada sesiapapun, ajaklah sesiapapun dakwahlah sesiapapun dengan 3 kaedah, iaitu dengan penuh hikmah dan kasih sayang, dengan pengajaran dan ilmu pengetahuan yang baik dan berguna dan untuk akhirnya berbantah-bantahlah, berhujjjah-hujjahlah antara satu sama lain. Berhujjah dan berbantah atau dengan istilah kita hari ini berdebat. Berdebatlah... Itulah pilihan yang kita ada!!!


Namun berbantahlah dan behujjahlah dengan tujuan dan penuh adab Islam... Berdebat pada asasnya bukanlah untuk mencari kemenangan semata-mata tetapi lebih kepada mencari jalan penyelesaian. Ingat!!! Ia seharusnya bertujuan untuk kebaikan bukan untuk berbangga dan bermegah-megah, untuk mencari kedamaian. Perlu difahami yang menang itu tidak pastinya benar dan yang kalah itu tidak semestinya salah. Sedang para nabi sendiripun ada yang dipenjara bahkan hingga terbunuh... adakah mereka kalah??? Tidak. Tidak sekali-kali!!!


Perdebatan juga mestilah fokus. Punya hala tuju dan skop yang jelas. Antara adab Islam dalam perdebatan juga adalah keadilan hendak diberikan kepada kedua belah pihak. Perantara mestilah tidak bias kerpada mana-mana pihak. Dalam ertikata tidak berpihak kepada si A atau si B itu sendiri. Persoalan yang dikemukan hendaklah jujur, bukan untuk menjerat sesuatu pihak. Bukan!!! Barisan pendebat juga mestilah tidak menyentuh peribadi pihak lawan. Perdebatan adalah pada tajuk yang dipersetujui bersama. Bukan menyentuh mana-mana kelemahan peribadi mahupun kisah silam pendebat. Tidak sekali-kali!!!


Perdebatan hendaklah tidak berkahir sekadar perdebatan sahaja. Penyelasain haruslah diambik sebagai satu cadangan untuk penambahbaikan... kaedah-kaedah seperti ini pernah digunakan oleh Baginda Rasul juga... Di mana sebaik sahaja baginda diisrak dan dimikrajkan oleh Allah baginda mengumpulkan seluruh penduduk Mekah untuk memberitahu apa yang berlaku pada baginda di malam itu. Maka berbelah bagilah penduduk Mekah ada yang percaya dan tidak kurang yang mencurigai baginda. Hinggakan Abu Jahal bapa saudaranya sendiri menganggap Baginda gila berkata " adakah kerana ini sahaja kami dikumpulkan??? " akhirnya Abu Bakar mengiyakan dan membenar setiap apa yang keluar dari mulut Baginda Rasul. Kekallah hingga ke hari ini beliau digelar dengan As Sidek...

Friday, July 04, 2008

PeNgAnGkUtAn AwAm PiLiHaN kItA...

2 ulasan
Salam sahabat blog...


Erm hari ni, seperti biasa... seperti hari-hari berlalu sembangnya masih sama, masih isu yang diperbincangkan di Ikim.fm hehe. Yalah, dah rutin pagi ustazmuda ni dalam kereta ke tempat kerja duk dengar ikim.fm jadi sembangan di sinipun banyak dipengaruhi dengan apa yang ustazmuda dengar disekitar hidup ustazmuda. Mungkin apa yang ustazmuda sembangkan tidak menarik minat sahabat. Ustazmuda pohon maaf...



Oklah topik di ikim fm hari ini... pengangkutan awam pilihan kita. Benarkah??? Mungkin benar bagi seseorang dan mungkin tidak bagi sahabat yang lainkan... Keperluan dan kehendak kita tidak sama bukan???. Yalah sejak dua menjak lepas kenaikan harga minyak ni hangat betul diperbincangkan tentang pengangkutan awam. Sana sini disyorkan agar rakyat memilih pengangkutan awam sebagai kenderaan utama. Sebagai langkah utama untuk berjimat cermat. Kerajaan sendiripun memberikan berjuta-juta ringgit peruntukan untuk berjimat cermat hinggakan Datok Shahril Samad sendiri menggunakan komuter untuk ke pejabatnya huhu. Siap bergambar lagi. Hebatkan???


Cuma satu yang sering ustazmuda fikirkan... Peruntukan demi peruntukan yang dianugerahkan oleh kerajaan untuk pengangkutan awam ni ustazmuda rasa hanya tertumpu ke kota-kota besar sahaja... Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, kuala Lumpur, bagaimana dengan kami yang berada di hujung dunia ni??? Di Bera Pahang ni. Adois. Untuk mendapatkan bas perlu menunggu sejam dua barulah muncul. Orang KL bolehlah... takde bas boleh naik komuter, LRT dan monorel macam-macam ada... bagaimana dengan kami??? Lebih-lebih lagi yang bertugas di pedalaman ni... di kawasan-kawasan felda. Dahlah perumahan yang disediakan tak cukup, untuk mendapatkan rumah sewa erm bukanlah satu perkara yang senang. Mana ada rumah felda yang nak disewakan, kalau adapun hanyalah rumah-rumah lama yang telah ditinggalkan. Adois sedihnya.


Ustazmuda sebagai contoh, nak tak nak terpaksalah menaiki kenderaan ni (lihat sebelah). Hehe jadi mat rempit setiap pagi dengan kadar jarak 70 km. Jauh tu beb. Takkan nak tunggu bas. Kalau tunggu bas jawabnya ustazmuda akan sampai ke sekolah jam 8 atau 9 pagi... Ok ke??? Ikutkan hati geram juga nak kol ikim.fm pagi tu... geram sangat!!! Ya lah siapa tak geram bila mendengar peruntukan tiga empat juta diwar-warkan tapi sistem pengangkutan tetap masih sama. Takde perubahan!!!


Tak tahulah kot, mungkin di bandar-bandar utama dah banyak perubahan. Mungkin di Johor baru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu Kuching dah amat memuaskan kot... tapi kami di Pantai Timur ni camne??? Haruskah kami tetap begini... haruskah???

Thursday, June 26, 2008

RM1 JuTa... WoW bAnYaKnYa...

3 ulasan
Salam sahabat blog...


Pagi tadi sewaktu memandu dalam kereta sempatlah buka radio... memang dah jadi kebiasanpun sebenarnya mendengar radio di waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja. Cuma pagi ni sedikit kejutan pada ustazmuda bila mendengar berita jam 7 di Radio Satu. Kejutan apa ye??? Kejutan pada ustazmuda mungkin perkara biasa pada sahabat bukan??? Manusia punya perbezaan persepsi dan tanggapan. Ustazmuda terima.



Oklah terus pada pokok persoalan, kalau tak salah pendengaran ustazmuda TPM kita Datok Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan insentif khusus untuk pemenang-pemenang hadiah utama dalam kejohanan Olimpik tahun ini. Antara insentif utama tersebut ialah...



1) RM1 juta diberikan kepada pemenang pingat emas, RM300 ribu kepada pemenang pingat perak dan RM100 ribu kepada pemenang pingat gangsa....

2) Kenaikan elaun/pencen... diberikan selagi hayat hidup. Kepada pemenang pingat emas elaun dinaikan dari RM3000 ke RM5000, pemenang pingat perak RM1500 dinaikkan ke RM3000 dan pemenang pingat gangsa dari RM1000 ke RM2000.


Ustazmuda tak pasti apa tanggapan sahabat terhadap insentif dan anugerah ini. Cuma pada ustazmuda ia adalah satu insentif yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi disaat seluruh rakyat dihadapkan dengan kegawatan dan diminta untuk berhemat dan cermat dalam perbelanjaan. Nilai 1 juta untuk sebutir pingat emas amatlah besar. Terlalu besar!!!. Terlalu besar hanya untuk dibazirkan begitu sahaja. Ustazmuda tahu dan paham sangat ia sebagai satu dorongan untuk anak muda kita mencipta kegemilangan di sukan berprestij di dunia itu. Ustazmuda juga paham entah berapa orang sahaja rakyat Malaysia yang mampu melakar sejarah di sukan tersebut. Paham sangat. Cuma berbaloikah kita membazirkan wang sebanyak itu hanya kerana inginkan kemegahan dan kehebatan, hanya kerana ingin di pandang gah di dunia.


Pada ustazmuda, anugerah ini juga satu lagi sikap ambik mudah kerajaan dalam membenjakan wang rakyat. Wang yang datang dari hasil penat lelah dan keringat rakyat di seluruh pelusuk negeri. Betapa senangnya kerajaan membazirkan wang rakyat dan betapa kita terus dipaksa dan terpaksa berhemat dan cermat dalam perbelanjaan. Betapa kontranya!!!


… dan ustazmuda juga pasti anugerah ini akan menanamkan sikap ambik mudah anak muda kita kepada ilmu dan pendidikan. Ala… nak jadi kaya, nak jadi jutawan hanya perlukan kemahiran dalam sukan dan seni muzik!!! Mudah bukan??? Anda hanya perlu berani mencipta kelainan dalam dua dunia ini… Anda pasti berjaya!!! Sesungguhnya betapa berjayanya protokol Yahudi yang ditanam sekelian lama. Akhirnya kerajaan Negara Islam sendiri yang menjayakannya…

Thursday, June 05, 2008

HaRgA mInYaK... PeRbAnDiNgAn SeMpOi...

6 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari ini tika ini, sahabat, ustazmuda dan seluruh Malasyia pastinya masih dalam kejutan. Kejutan yang mungkin bagi sesetangah kita Maha Hebat... atau mungkin bagi sesetengah sahabat adalah perkara biasa... dek kerana biasanya rakyat Malaysia dengan kenaikan yang tak berkesudahan ini lantas kita menerimanya. Menerima dengan hati mendengus, jiwa yang resah gelisah. Itu sahaja...


Kita bagaikan tertipu... tertipu yang untuk entah keberapa kalinya. Penipuan yang bagaikan satu permainan atau mungkin juga satu kewajipan bagi mereka yang bergelar penguasa. Kita sangkakan ia hadiah merdeka sebagaimana digembar-gemburkan, tapi malangnya hadiah dicuti persekolahan. Sebagaimana pilihanraya ke 12 dahulu, mereka juga mengatakan tidak... tapi esoknya dimaklumkan PRU 12 pada tarikh ini dan ini. Kita juga menerima. Menerima dengan redhonya sebuah pembohongan yang jelas lagi nyata. Dan mungkin esok atau lusa kita akan terus tertipu... Mungkin di akhir zaman ini pisang berbuah berpuluh kalikan???


Tadi di YM sempat berbual dengan rakan dari Singapore... sembang-sembang kos dan taraf hidup. Dari satu topik ke satu topik yang akhirnya melarat hingga ke isu gaji dan kenaikan harga minyak. Mungkin perbandingan sembang ustazmuda ini bukanlah satu kajian yang boleh diterima pakai namun secara umumnya kita boleh memikirkan sesuatu... Tetang harga minyak di Singapore DS2.15 ( Dollar Singapore ) berbanding kita RM2.70. Patutkah kita membuat perbandingan umum begini... DS2.15 = RM5.00. Wah... mahalnya minyak di negara kecil itu. Ya, sekali imbas memang harganya terlalu mahal... tapi rasanya perbandingan seperti itu adalah satu perbandingan yang sangat tidak adil.


Seharusnya kita membandingkan kehidupan di dua negara... kehidupan rakyat masing-masing. Bukan perbandingan sekali lalu begitu sahaja. Bagaimana gaji mereka, pendapatan mereka. Kebetulan ustazmuda bersembang dengan seorang yang sama tarafnya dengan ustazmuda. Seorang guru... sebagai makluman gaji seorang guru berijazah yang baru bekerja di Singapura ialah DS2800.00. Itu hanya gaji pokok... Kalau di sini seorang guru harus bekerja selama 10 tahun untuk mendapatkan RM2800.00. Berbezakan??? Dengan gaji sebegitu dan kos kehidupan yang segalanya akan berubah dengan kenaikan harga minyak rasanya kehidupan di Kota Singa jauh lebih menguntungkan... Tidak begitu???


Banyak lagi perbandingan-perbandingan sempoi yang ustazmuda perbincangkan... harga kereta misalnya. Wah, di sana rupanya harga kereta jauh lebih murah berbanding di sini. Erm... seronokkan??? Itu negeri yang tidak ada setitikpun minyak di buminya??? Negeri kita??? Mungkin sesuai dengan pepatah Melayu yang ustazmuda ubahsuai sikit hehe " Kera di luar di minyakkan, anak sendiri mati kelaparan" huhu... Ok tak???


... Erm, sebenarnya banyak lagi yang ustazmuda sembangkan... juga berkaitan dengan kononnya wujud diskriminasi kaum di sana. Erm secara jujurnya beliau mengatakan diskriminasi secara jelas tidak wujud... namun kadangkala ia berlaku tanpa diundang., tapi alhamdulillah sebagai contoh... baru-baru ni dalam 10 orang guru baru 7 darinya adalah dari kalangan orang Melayu.


Arghh... lupakan saja Singapore, dan semasa jalan-jalan cari ilmu ke Kota Baru ustazmuda sempatlah ke sempadan nun di Rantau Panjang... Biasalah kata orang tak sah ke Kelate kalau tak ke sempadan. Ke gone??? Bersembang juga dengan pekedai-pekedai di sana. Erm... rupanya nilai Ringgit Malaysia kita ni berbanding dengan Bath Thailan pun dah jatuh... adois sedihnya. Erm itulah nilai sebenar matawang kita sekarang rupnya... ustazmuda ingat masihlah kita gah berbanding Thailand. Rupanya... erm 1Bath Thailand sama dengan RM1.30 -1.40 lebih kurang. Erm banyak tu. Entahlah... kadangkala terlihat mereka yang tidak bergelar Muslim tetapi berpegang dengan prinsip-prinsip muamalat Islam itu sendiri... dan kita yang bergelar muslim pula sebaliknya... Buktinya!!! Betapa kurangnya kes-kes rasuah dan sebagainya di negara-negara seperti Korea, Jepun mahupun Singapore itu sendiri tetapi negara yang berpaksikan Muslim sebagai ketua negara penuh dengan rasuah dan korupsi yang tidak berpenghujung...

Wednesday, June 20, 2007

BARANG NAIK HANTARAN NAIK...

4 ulasan
Salam sahabat blog...

Barang naik hantaran naik... Boleh gitu??? Erm... Kira bolehlah yer sahabat. Bolehlah tajuknya tapi belum pasti boleh realitinya. Gone??? Dah lama benarnya nak mengetuk keyboard, atas tajuk ni tapi rasa cam tak masuk jiwa je... Tak tahu nak mulakan dimana.

Cuti sekolah lepas banyak walimah yang ana hadiri... pelbagai cerita pelbagi hidangan pelbagai plak hantaran. Ada serba satu ada serba dua... macam macam ada. Itulah hebatnya walimah masyarakat Melayu sekarang... Tak cukup di rumah tambah lagi di dewan bagi yang mampu terus ke hotel...

Sedang mencedok hidangan ke pinggang terdengar bisik makcik di sebelah... hebat gak ye hantaran anak Pak Usu ni... yerlah... kan orang terpelajar, sampuk makcik bertudung merah di sebelahnya. Pastinya sahabat biasa dengan keadaan ini bukan??? Tanpa perbincangan tentang hantaran, seolah tak sah plak ke majlis walimah. Lima enam ribu dah dikira satu kebiasaan sangat-sangat sekarang... Argh itu hanya layak untuk anak yang hanya lulus SPM... terdengar makcik bermekap tebal menyampuk...

Di sana-sini majlis membanding hantaran menjadi topik utama di majlis walimah... Anak si anu tu 7 ribu serba dua... Si Peah hujung kampong tu 8 ribu tahu, dengan muncung mulut membuka cerita... Ala kan sekarang ni semua harga barang dah naik... Semua naik padanlah dengan hantaran yang naikkan...

Erm... kadang terpikir juga ana, samakah nilai anak dara kita dengan barangan di pasar hari ini... Samakah dengan nilai berkilo daging di pasaran yang pasang surut harganya... berbaloikah membandingkan hantaran dengan harga minyak di pasaran dunia yang sentiasa terumbang-ambing... Menjual anakkah kita??? Kalau itulah nilaiannya...

Tak kurang juga yang membandingkan hantaran dengan ketinggian sijil anaknya, semakin tinggi sijilnya semakin besarlah hantarannya. Adilkah?? Entah. Semakin tinggi sijilnya, pada ana silap-silap haribulan semakin jauh dengan dapur hehe. Semakin keraplah ke kedai nanti... tapi takpe kan itu harga yang kita bayar...

Pada ana, tak perlulah dibanding-bandingkan harga barang yang pasti akan naik dengan nilaian anak kita... Anak kita tidak punya perbandingan.. Walimah!!! Bukan lah satu kewajipan. Patutkah kita mengharapkan hantaran dari pihak lelaki untuk menampung walimah kita... patutkah??? Selesaikan yang wajib sudah memadai... Yang rukun itulah yang utama. Usahlah sampai mengharapkan hantaran dari si lelaki untuk menampung majlis kita. Buatlah seadanya... sekemampuan kita.

... Andai sahabat mampu persilakan, jamulah rakan taulan sekadar mampu tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Andai sahabat tidak punya kemampuan berpadalah dengan apa yang ada. Jangan dibiarkan anak-anak kita terus menunggu dan menunggu dan akhirnya hidup tanpa ikatan yang sah.

Ingatlah pesan baginda junjungan mulia, wanita yang baik ialah wanita yang maharnya rendah. Fikirkan!!!

Wednesday, December 13, 2006

PENGGUNA TIDAK PERNAH SERIK...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat kesal dengan sikap pengguna kita yang masih percaya bahawa mudah untuk menjadi kaya dengan cepat tanpa perlu berusaha dengan bekerja keras.

Selagi ramai pengguna kita yang tidak sabar untuk cepat kaya, mereka yang pandai menipu akan mengambil kesempatan dan ramai yang akan kena tipu.

Kebanyakan penipuan wang ini bukanlah sesuatu yang baru, hanya mangsanya sahaja yang baru. Berikut adalah beberapa penipuan biasa yang telah merampas simpanan mereka:-

* SwissCash - Skim cepat kaya Internet terbaru yang mendapat perhatian. Menurut laporan berita, lebih 50,000 orang telah menyertainya dan mangsanya termasuk peguam, perunding dan juruteknik, melabur hampir RM20 juta.

* Surat Nigeria - Walaupun dikenali sebagai penipuan Nigeria tetapi e-melnya boleh datang dari mana-mana tempat dan antara ciri utama penipuan itu ialah anda menerima e-mel yang memberitahu anda supaya terlibat dalam sesuatu yang boleh memberikan faedah bersama untuk anda dan penganjur.

* Skim Piramid - Skim yang menjanjikan mangsa bahawa mereka boleh membuat wang dengan menyertainya sebagai ahli dan mendapatkan orang lain untuk turut menjadi ahlinya. Ada juga yang tidak perlu menjadi ahlinya tetapi mereka perlu membeli produk dengan harga tinggi.

* Wang Hitam - Ini merupakan janji yang dibuat oleh penipu untuk menukarkan kertas kosong kepada mata wang Amerika menggunakan dakwat hitam khas. Sindiket penipuan ini lebih dikenali dengan nama Black Money.

* Gores dan Menang - Biasanya mensasarkan suri rumah dengan menyatakan mereka menjalankan tinjauan terhadap produk tertentu yang kemudian akan menukar tajuk perbualan kepada peraduan Gores dan Menang.

* Bekerja Di Rumah - Mangsa biasanya terdiri daripada suri rumah, pelajar, mereka yang tidak bekerja dan orang kurang upaya. Ia bermula dengan iklan dalam akhbar atau risalah yang dimasukkan ke dalam peti surat.

* Penipuan Loteri - Biasanya orang asing akan mendatangi penduduk tempatan dengan tiket loteri yang menang. Bagaimanapun, apabila mangsa cuba menunaikan tiket itu, mereka diberitahu tiket itu palsu.

* Penipuan Firma Dagangan Komoditi - Firma ini mendakwa pelabur boleh membuat keuntungan besar daripada dagangan komoditi di luar negara. Dalam penipuan seperti ini mangsa tidak hanya kehilangan pelaburan tetapi juga deposit kedua dan ketiga yang dinasihatkan supaya melabur untuk menampung semula kerugian awal.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan berhati-hati dan tidak berakhir menjadi mangsa penipuan mereka. CAP juga turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera menghentikan segala kegiatan penipuan ini.

– S. M. MOHAMED IDRIS,
Presiden CAP.

Petikan Utuasan Malaysia : 06 Disember 2006

Tuesday, December 05, 2006

ANTARA MISBAH DAN NATRAH...

7 ulasan
Salam sahabat blog...

WAJAH SAYU MISBAH KETIKA MENERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH

Inilah wajah manis gadis yang menjadi mangsa rebutan antara ibu dan bapa. Terpisah jauh antara Scotland Britain dan Lahore Pakistan. Antara mama dan papa. Keduanya di sayangi. ...Dan kerana akidah ini. Anak ni memilih melarikan diri ke Lahore Pakistan untuk bersama abang, kakak dan keluarga tercinta. Paling penting berasa selamat bersama agama dan akidahnya...

Misbah Iram 12 tahun atau Molly Chambell merupakan antara rentetan sejarah betapa Dunia Barat telah meninggalkan kepada kita satu skrip perundangan yang sama. Walaupun telah memberikan kita kemerdekaan...

Lihat sahaja hasilnya pada Natrah... kemenangan kepada mereka. Hartina Kamarudin dan kini Lina Joy... perebutan antara Iman dan Kufur ini pasti akan berterusan dan kemenangan pasti milik mereka selagi perundangan yang sama, peninggalan mereka yang bergelar penjajah menjadi dasarnya.


MISBAH DAN KAKAKNYA TAHMINA

... dengan perundangan peninggalan penjajah yang memang memihak kepada mereka bersama barisan peguam yang bersekongkol dengan barat, pastinya kemenangan mudah milik mutlak mereka. Terima kasih kepada barat kerana memberikan kemerdekaan... kemerdekaan yang memaksakan pengekalan perundangan.

... dan sebenarnya bukanlah sebuah kemerdekaan yang sebenar, selagimana undang-undang Allah masih belum ditegakkan. Kemerdekaan yang hanya menukarkan wajah pemerintah dari mereka yang berkulit putih kepada kita yang sawo matang. Hanya itu sahaja... Kepala, otak dan pemikiran masih sama. Pemikiran barat yang telah tertanam jauh di kepala bahkan kadangkala pemikiran itu lebih dahsyat dari pemikiran barat itu sendiri.

Sesungguhnya!!! Pasti kita akan melihat dan terus melihat perebutan seperti ini akan berlaku antara kita dan mereka. Antara Iman dan Kuffur tanpa penyelesaian kemenangan kepada kita. Cukupkah kita hanya sekadar berdoa...

BERSAMA ABANG DAN BAPA TERCINTA

Antara Natrah dan Misbah... segalanya berkemungkinan. Mungkin hari ini keluarga Sajjad dibuli oleh Barat dan mereka yang bersekongkol dengannya... tidak mustahil esok atau lusa mereka yang berada di sekeliling kita pula... Tanpa keberanian untuk mengubah mahupun berubah kita akan terus terperangkap dalam kemelut yang sama.

Kepada sahabat yang punya cita-cita untuk hidup bersama mereka yang tidak seakidah. Fikirkan kemampuan sahabat untuk membimbing mereka. Fikirkan anak-anak yang bakal mewarisi kehidupan kita. Fikirkan... segalanya di tangan sahabat!!! Jangan biarkan pisang berbuah untuk kesekian kalinya...

Gambar : Mingguan Malaysia ( 03 Disember 2006 )