Salam sahabat blog...
Balik dari terawih dimasjid sebelah rumah semalam, tangan terasa gatal nak memetik punat TV... Maklumlah TV lama tak pakai remote. Seminit dua keluarlah gambar Mawi dengan aksi Intifadhahnya. Terlopong jugalah ustazmuda depan TV menonton aksi Mawi... almaklum ajelah lagu-lagu Rabbani ni memang antara lagu-lagu nasyid kegemaran ustazmuda dari zaman Nadamurni lagi.
Sedang asyik menonton Mawi dan Intifadhahnya teringat ustazmuda pada
nizamphg... terus sms dan tanya. Ustazmuda tahu Zam memang peminat setia Mawi ni... Zam, tak gi tengok zoom in bersama Mawi ke??? Tahu apa jawapan Zam " Taklah ustaz, sayang nak tinggal terawih, minat-minat juga tapi terawih takleh tinggal setahun sekali je... tapi Insya Allah esok Zam akan pergi program Marhaban bersama Mawi di Shah Alam sebab dia buat petang". Begitulah lebih kurang bunyi sms dari Zam... Alhamdulillah, syukur anak muda perantau di Kuala Lumpur ni masih lagi kuat jati diri agama dalam dirinya. Syabas Zam.
Dan tadi, sesampai je kerumah terus buka internet dan jenguk sana-jenguk sini tak lupa jenguk blog Zam... dan citer utamanya juga tentang Mawi dan dunia artis. Baca punya baca, terasa plak dihati nak mengomen dan kerana ruang komen yang disediakan di blog zam terlalu kecil, kang penuh pula dengan komen ustazmuda je, justeru ustazmuda ambil kesempatan buat satu posting khas tentang Mawi di blog ustazmuda sendiri. hehe.
Sebelum tu maaf yer Zam, kalau komen ustazmuda mungkin mengguris hati Zam dan peminat setia Mawi. hehe Maafkan ustazmuda. Kenapa tetiba ustazmuda minat plak ngan Mawi yer??? Tak pernah-pernah buat posting tentang artis hari ni gatal plak tangan nak buat posing tentang Mawi. Hebat yer fenomena Mawi ni... Hakikatnya ustazmuda takdelah menjadi peminat setia mana-mana kumpulan nasyid mahupun Mawi sendiri apa lagi menjadi pemuja... cuma sebagai manusia kadang tu terdengar apa yang sedap didengar terusik juga. Dua tiga hari ni kecoh kononnya Mawi memberi syarat untuk berlakon...
syaratnya tak nak ada adegan bersentuhan dengan perempuan bukan mahram... Terkejut beruk Rosyam Noor mungkin lebih hebat dari beruk terkejutnya. Terasa plak dia. Tak betul ker apa yang Mawi cakap tu???
Syarat ke tu??? Sepatutnya itu bukan syarat lagi. Itu dah menjadi satu amalan manusia yang mengaku muslim mukmin. Semua dah kena paham batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan ini, tak kira Mawi, Rosyam sesiapapun yang mengaku beriman kepada Allah. Itulah peraturan dan ketetapan Allah. Selagi kita berada di bumi Allah perlulah kita taati akan segala peraturannya. Di manapun kita berada pasti ada peraturan... Di sekolah ada peraturan sekolah, di pejebat ada peraturannya sendiri, di setiap negarapun ada peraturan masing-masing walaupun kadangkala peraturannya agak pelik dan begitu asing bagi kita namun kita semua akur... tapi kenapa bila berhadapan dengan hukum Allah kita susah sangat nak akur??? Kita sanggup mentaati lampu merah biarpun pada masa tidak ada sebuah kereta lainpun... taatnya kita.
Samada sahabat seorang artis mahupun manusia biasa. ( luarbiasa ke artis??? ) Di mana-manapun berada ketetapan dan peraturan Allah perlulah diikuti. Ustazmuda rasa golongan artis di Malaysia merasakan mereka berada dalam dunia elit sendiri... dunia yang seolah-olah hukum agama tidak terpakai kepada mereka. Dunia yang penuh kebebasan... dunia yang menjadi milik mutlak mereka sahaja... sebab itu bila disentuh sesekali soal batas hubungan lelaki perempuan mereka mengelabah... agaknya baru tersedar dari mimpi yang enak.
Pada ustazmuda, sedikit kesilapan Mawi... Kesilapannya kerana tidak Istiqamah dalam membuat ketetapan. Tidak tetap dalam menyatakan pendirian dan prinsip. Tidak jelas dalam pegangan hidupnya... walaupun kadangkala terlihat semacam punya prinsip tersendiri. Kalaulah dari awal lagi syarat-syarat tersebut telah dinyatakan pasti tidak akan ada yang berbunyi... Kenapa dulu boleh??? Kenapa sekarang tidak... dan dalam zoom in yang baru je malam semalam kat TV, ustazmuda tengok selamba je Mawi bersalaman dengan penonton-penonton perempuan. Tak pahamlah ustamuda apa sebenarnya prinsip beliau. Mungkinkah macam biskut sekejap ada sekejap takde??? Entah.
Selagi Mawi berada dalam dunia tersebut, selagi Mawi masih kekal dalam dunia hiburan yang seperti hari ni... tak tahulah kalau dunia hiburan kita akan berubah seperti industri hiburan di Iran... sesungguhnya amat berat utuk Mawi kekal mempertahankan prinsip yang beliau pegang... kerana dunia itu terlalu asing dengan agama.
Untuk akhirnya... sama-sama hormati keputusan Mawi dan doakan beliau dapat memberikan contoh tauladan yang baik... dalam dunia penuh keributan semoga keributan itu tidak akan dapat menerbangkan prinsip dan pegangan beliau... dalam dunia yang mereka boleh bertarik rambut sesama sendiri hanya kerana berebutkan seorang lelaki... pelik bunyinya tapi benar semuanya.