Showing posts with label LUAHAN. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

CeRiTa TeNtAnG HaIkAl 2

6 ulasan
Salam sahabat blog...

Maafkan abi kerana mungkin akhir2 ini terlalu banyak berkongsi cerita tentang anak bernama Haikal ini... Erm... banya cerita tentang dia sebenarnya. Semalam kami menziarahi ibubapanya. Dan ibunya memberikan kad2 laporan doktor kepada kami. Insya Allah pada hari esok kami akan membawanya ke Dr. mengikut jadual yang ditetapkan...Belek punya belek laporan Dr. tersebut beberapa masalah kami temui huhu.

Abi listkan beberapa masalah untuk dikongsikan...

1) Pembesaran seolah semacam tidak normal. Hanya 8 kg sahaja untuk anak yang berusia 2 tahun 4 bulan. Dalam kad dimerahkan. Anak tidak cukup zat. Erm... terharu juga membacanya. Ok terus ke masalah kedua...

2) Anak masih belum boleh bercakap... Ada ahli keluarga abi yang bimbang anak tersebut bisu. Erm... tetapi anak tersebut ketawa dan menangis dengan kuat sekali. Bila kami mengajar menyebut A dan sebagainya Haikal menutup muluit serapat2nya. Adakala naik geram juga abi huaaaaaaaaaaaaa. Abi merasakan ia bukanlah masalah sangat. Insya Allah boleh bercakap cuma agak berat mulutnya. Apa yang lebih penting adalah masalah ke 3.

3) Dalam kad laporan juga... terdapat tulisan berwarna merah. Anak ini perlu berjumpa dengan pakar. Erm... Nampak macam serius!!!... Dan tertulis juga hanya 2 kali bertemu pakar. Kali ke 3 tidak bertemu atas sebab masalah kewangan.

Untuk masalah ini juga... setelah berbincang dengan ummi dan sebagainya kami mengambil keputusan menelefon ibunya sendiri bertanyakan duduk perkara!!! Alhamdulillah kami mengetahui sedikit sebanyak tentang anak ini. Berdasarkan perbualan anak ini disyaki berpenyakit jantung berlubang. Erm... serius juga. Anak ini ketika usia beberapa bulan pernah dimasukkan ke ICU... dan pernah dibacakan Yasin. Alhamdulillah selepas ICU dan Yasin anak ini kembali sembuh.

Kami juga bertanyakan kenapa akak hentikan temujanji dengan pakar??? Roha, panggilan buat ummi. " Kamu tahulah akak ini. Makanpun pas2 aja... kadang beraspun kering. Kamu tahu setiap kali jumpa pakar RM60 diperlukan... bagi kami banyak tu Roha "... erm. Benar!!! kadangkala kehidupan menjadikan kita perlu memilih. Dan adakala pilihan memerlukan sesuatu menjadi mangsa. Mungkin bagi kita yang mampu tidak begitu... Allah a'lam.

Kami tidak mengetahui bagaimana keadaan anak2 yang berpenyakit jantung berlubang!!! Adakala seperti tidak percaya apabila melihat aktifnya anak ini ke hulu ke hilir. Bergerak pantas. Berkejaran dan bertepuk tampar dengan abi, abang Umar dan ummi sendiri. Seolah anak ini tidak punya apa2 masalah... Mungkin sahabat2 yang tahu tentang keadaan tingah laku dan ciri2 anak yang menghidap penyakit jantung berlubang boleh berkongsi cerita dengan abi!!!

... Dan bagi abi dan ummi, mudah aja. Insya Allah abi dan ummi akan cuba membantu apa termampu selagi ada kudrat yang Allah berikan pada kami. Sesungguhnya pertemuan kami dengan keluarga ini jua adalah peranangan Allah. Dan setiap perancangan Allah sudah tentu ada hikmah yang tak tercapai dek akal.... bak kata Elyana. Wakakaka. Kami cuba untu menggalas tanggungjawba ini sebaik mungkin. Amin. Doakan kami.

Wednesday, December 09, 2009

CeRiTa TeNTaNg HaIKaL

10 ulasan
Salam sahabat blog...

Maaf pada sahabat kerana hari ini abi ingin berkongsi satu cerita hehe... pohon juga pandangan dari sahabat sekalian... Semoga dapat menjadi bimbingan buat abi dan ummi dalam membuat keputusan...

Beberapa minggu lepas ada abi ceritakan... tentang Haikal. Kepada sahabat yang masih belum tahu boleh rujuk di sini... Tentang Haikal. Kesinambungannya seperti ini :...`

Jumaat lepas kami balik kampong sempena majlis walimah anak saudara... terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang sudi meluangkan masa menghadirkan diri... Tq.

Ceritanya... Dikesempatan balik kampong jumaat tersebut abi mengambil cuti tambahan selama dua hari... isnin dan selasa. Sebelum balik, kami bersembang dengan mak dan ayah Haikal sambil berseloroh untuk memimjam selama cuti kali ini... 4 harilah sabtu - selasa. Asalnya sekadar seloroh. Alhamdulillah mak ayahnya benarkan... kamipun apa lagi ambik kesempatan mengambilnya. Hua hua... girang betul hati.

Alhamdulillah selama empat hari di sana keadaan Haikal amat baik... walau ada sesekali, pada waktu malam bangun dan merintih... maybe rindukan mak ayahnya. Selepas dua hari Haikal bersama kami... ibunya menelefon, dia redho seandainya anak tersebut terus bersama kami. Katanya kalau betul nak ambik... teruskan dan jangan ditunjukkan lagi kepada dia... dibimbangi Haikal tidak mahu lagi kepada kami. Begitu lebih kurang bunyi smsnya. Kami menerima dengan hati yang terbuka... cuma bonda abi sendiri agak kurang bersetuju... disebelah ummi semuanya OK... Bonda kurang bersetuju kerana banyak masalah bila mengambil anak angkat. Aurat dan sebagainya... Masalah!!! Lagipun kamu bukan tidak ada anak langsung. Kalau kamu mengambil anak sedari kecil dan boleh disusukan mak terima. Haikal ni dah besar dan lebih 2 tahun!!! Begitulah apa kata bonda... Kami berdua hanya tersenyum.

Habis di situ... Ingatkan segalanya selesai. Namun pagi ini... bonda masih belum berpuashati dengan keputusan kami. Telepon berdering bertanyakan tentang Haikal dan keputusan kami. Erm... hati jadi serba salah. Antara ibu... anak itu, hati ummi dan anugerah dariNya. Entah!!! Jujurnya belum pernah abi membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak ibu... kali ini terasa beratnya.

Hakikatnya... kami bukanlah nak memisahkan antara anak dan ibu kandungnya. Tidak sesekali. Sekadar meringankan bebanan keluarga tersebut semampu mungkin sebagai jiran terhampir. Hajat di hati juga andai kami mengambil... sekadar selama sebulan ini, dan bila ummi mula bertugas kembali pada january nanti akan kami hantar pada ibunya untuk menjaga semasa ummi bertugas... dan itu juga persetujuan dari ibu Haikal sendiri. Biarlah dia tetap kenal kami abi dan ummi sebagai penjaganya juga kenal ibu kandungnya. Malam dengan kami siang semasa ummi bertugas ibunya memelihara seketika... Mungkin dengan cara itu hubungan tidak terputus.


Namun kini rasa berbelah bagi... Ibu tetap dengan keputusan!!! Kononnya andai anak yang baru dilahirkan dan boleh disusukan... Ibu tidak kisah. Dan kami bukan tidak punya zuriatpun. Itulah penamat dari bonda tercinta abi... Sebenarnya ada cerita kenapa ibu terlalu berkeras. Dia tidak mahu seperti sebuah keluarga yang hampir dengan kami juga... mereka memelihara anak angkat. Namun hubungan seperti anak kandung sendiri hingga dewasa. Pelukan dan ciuman tetap seperti anak kandung!!! Bonda tidak mahu seperti itu... katanya hanya menambah dosa!!! Ibu benar!!!

... Namun untuk menyamakan abi ummi dan keluarga tersebut rasanya terlalu awal. Terlalu cepat bonda memberikan hukuman!!!. Pada abi kenapa terjadi begitu. Kerana mereka tidak menekankan dari awal tahap dan hubungan anak tersebut dengan keluarga angkat. Abi yakin anak yang diberikan fahaman agama yang baik akan memahami duduk keadaan!!!

Komen sahabat abi perlukan!!!

Thursday, December 03, 2009

EnTaH... RaSa YaNg HiLaNg

3 ulasan
Salam sahabat blog...

Al Fatihah...

... Semalam aku menerima 2 berita kematian. Kematian mereka yang hampir denganku... malangnya aku menerimanya tanpa rasa. Entah... sedang abang kandungku pun sekarang di hospital... Aku masih di sini. Dan aku tidak pasti kenapa aku begini. Mungkin aku telah benar2 jauh... jauh jaraknya atau aku sendiri telah ...amat jauh dariNYA... Ampuniku Ya Allah.

Ku pohon padaMu kembalikan rasa itu... Amin

Tuesday, November 10, 2009

GeLaNdAnGaN...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Melihat persekitaran... menemui anak2 gelandangan hati rasa sayu. Namun apakan daya apalah kemampuanku. Sekadar memandang dan memberi apa termampu. Itulah upayaku.


Aku bersyukur dilahirkan begini. Sempurna, walau mungkin ada kecacatan yang tak terungkap dek penglihatan. Aku pasrah!!!

Sekian. Wassalam.

Sunday, November 08, 2009

PuTeRa HaIKaL YeAp...

7 ulasan
Salam sahabat blog...


Putera Haikal YeAp ahaksss. Siapa plak ni??? Cucu cicit YeAp Ah Loy ke. Hahaha. Yalah kot. Maklumlah ayahnya Cina Perak. YeAp Ah Loy Perak ke??? Entah. Hahaha. Oklah abi kongsikan ceritanya... Masih ingat satu ketika dulu abi pernah buat posting satu tajuk jiranku!!! Ingat???




Putera Haikal ni jiran pada abi. Ibunya warga Indon dan ayahnya Berbangsa Cina warganegara Malaysia. Telah memeluk Islam pada 7/11/2006 menurut kad yang telah ditunjukkan pada abi. Beliau merupakan anak sulung kepada suami isteri ini. Manakala anak keduanya dinamakan Puteri Aleeya... Takpalah lupakan cerita anak kedua. Kita cerita pasal Putera Haikal... hehe. Gambar di sebelah adalah kad perkahwinan pengiktirafan sebagai orang Islam milik ayah Haikal..

Oklah abi direct pada cerita kenapa abi highlight sangat pasal Putera Haikal ini... Ceritanya camni. Dua tiga minggu lepas emak si Haikal selalu bersms dengan ummi, katanya mereka nak berikan pada orang anak lelaki belaai si Haikal atas sebab2 tertentu... antaranya maknya nak sangat balik ke Indon dan tidak cukup duit. Itulah antara intipati permulaan. Katanya cukuplah RM2K sekiranya kami yang ambik... dan andai orang lain dia nakkan 5K untuk urusan tambang dan sebagainya. Tentang 2K bukanlah masalah besar sangat pada abi buat masa ini, Insya Allah ada. Dan boleh diusahakan. Cumanya!!! Hehe apa ya...

Abi ada juga berbual dengan suaminya... betul ke isterinya, yang abi panggil akak nak balik Indon. Suaminya mengiayakan!!! Kata suaminya " akak amat rindukan anak di sana... setiap malam dok teringat dan mengigaukan anak di sana"... Akak tersebut mempunya 2 orang anak juga di sana. Anak dengan bekas suaminya. Menurut cerita mereka berkahwin di Indon pada tahun 2005. Mereka ada tunjukkan surat nikah. Kebetulan abi tak ambik endah sangat pada masa tu... hehe. Tak sempat tengok tarikh sebenar pernikahan mereka. Tambah Abang Mukhlis... nama panggilan kami pada suaminya... mereka juga memerlukan wang buat masa ni. Huhu. Itu abi percayalah... sebab sebagai jiran ada jugalah sikit sebanyak apa yang abi boleh bantu abi bantu. Namun itu tak kisahlah. Hak jiran kena dijaga. Walau siapa dan apapun dia. Wallahu a'lam.

IC ayah Haikal.

Oklah... direct cerita tentang Haikal. Ni dah berbelit2 dah ni.


Ceritanya abi dan ummi tak kurang umar amat berminat dengan Putera Haikal. Ala... jumaat baru ni ummi datang ke sini. Abi dan ummi try2lah ambik dia bermalam pada sabtu malam minggu. Alhamdulillah. Menangis jugalah tapi akhirnya kami berempat dapat lena dengan nyenyaknya. Seronok!!!

Berbalik pada cerita Haikal semula... Malangnya Haikal ada sedikit masalah. Tidak punya surat kelahiran @ surat beranak. Walau maklumat kelahirannya lengkap. Dilahirkan di Hospital Kuala Pilah... Surat maklumat kelahiran masih abi pegang. Lihat di bawah :

Maklumat kelahiran

Maklumat Ibu

Maklumat Bapa

Malangnya... walau anak ini punya maklumat kelahiran yang sah, maklumat ibu dan bapa yang sah... sayangnya Jabatan Pendaftaran tidak dapat mengeluarkan Surat Kelahiran atas sebab2 maklumat perkahwinan yang agak meragukan. Adois. Abi tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Itu mungkin prosuder Jabatan Pendaftaran. Namun yang menghairankan... anak perempuan beliau Puteri Aleeya... boleh pulak didaftarkan dan mendapat surat kelahiran yang sah. Cuma dibintikan dengan Abdullah. Dan diruangan bapa... ditulis tidak ada maklumat!!! Begitu sahaja.

Putera Haikal dengan Umar...

Abi mohon sangat pada sahabat2 yang tahu yang paham dan yang boleh membantu untuk mendaftarkan anak ini... diharap dapat hubungi abi. Abi sayangkan anak ini. Walau apapun status anak ini ragu sah atau tidak itu tidak penting. Anak ini suci lagi bersih. Kami, abi ummi dan umar mula menyayanginya. Agak sukar untuk abi mengambilnya andai anak ini terusan tanpa surat kelahiran kerana agak rumit untuk abi membesarkannya dan seterusnya memberi pendidikan pada dia. Hajat hati akan dijaga dengan baik seterusnya memberikan pendidikan sekadar kemampuan kami sekeluarga. AMin. Walau abi dan ummi bukanlah ibu bapa terbaik. Kami akan cuba membesarkannya sebagai seorang muslim semampu mungkin. Risau juga andai ditakdirkan mereka berpisah, tak tahulah camne agama anak ini. Selain itu sekurangnya dapat juga Umar kawan. Huhu.


Pada sahabat yang dapat membantu... Hubungilah abi. Sekali lagi untuk makluman surat maklumat kelahiran dari hospital masih ditangan abi sehingga hari ini. Begitu juga dengan surat kelahiran adiknya Puteri Aleeya. Puteri Aleeyapun abi suka hehe... tapi ayahnya sayang. Kata ayahnya, andai akak balik ke Indon Putri Aleeya akan abang pelihara. Puteri Aleeya lagi comel. Huhu. Kalau tak, nak ambik dua-dua, anak orang bukan senangkan??? Tolong bantu ye!!!

Wednesday, October 07, 2009

ApAbiLa...

1 ulasan
Salam sahabat blog...



Tak tahu nak dimulakan... namun hati mula merintih pabila... Pabila apa? Pabila manusia Melayu hari ini tidak lagi sensitif pada yang hitam dan legam. Alangkah untungnya andai mereka memandang yang hitam legam bernama rasuah itu seperti mereka memandang jjijik dan jeleknya seekor babi mahupun anjing. Malangnya doktrin jelek dan jijiknya mereka pada anjing dan babi tidak menyinggah pada jelek dan jijiknya mereka pada rasuah. Rasuah yang diberi amaran Oleh Allah ke neraka pemberi dan penerima!!!



Apa sangatlah bahayanya laungan dan salakan seekor anjing??? berbanding yang hitam dan legam bernama rasuah!!! Walau sekuatmanapun salakan seeokor anjing tak mungkin meruntuhkan sebuah stadium bola sepak!!! Tidak mungkin meretakkan sebuah bangunan hospital!!! Bahkan tak mungkin meranapkan sebuah makmal komputer!!! Tak mungkin!!! Tetapi ranapnya terhasil dengan yang hitam legam ini. Bahkan jua yang hitam dan legam ini mungkin meranapkan sebuah tamadun manusia!!!



Aku... keliru???



Sekian

Friday, October 02, 2009

TeRkEdU...

0 ulasan
Salam sahabat blog...







Pagi tadi masa pasang radio IKIM.FM... ruangan salam jumaat adalah seorang peminat menghubungi ikim memberi ucapan memohon pada semua mendoakan agar Umat Islam d Indonesia mendapat limpah rahmat ilahi, di selamatkan dari bencana dan sebelum menutup sempat plak tu memberi ucapan... kepada Petugas PAS di Bagan Penang agar sentiasa istiqamah. Terkedu DJ tu ahaksssss!!!.



Kalau tak silap DJ Mas... ekekeke

Tuesday, September 29, 2009

AdUhAi InDoN...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Sekadar kongsikan gambar... Erm. Patutlah apa yang berlaku di Indon hari ini!!! Menggerunkan!!! mereka memainkan Allah... Allah mempermainkan mereka. Anda lihat... bak kat Nabil... Lu pikir sendiri!!


Dahsyatnya!!! Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah yang menggila ini. Amin.

Friday, September 11, 2009

Ia DaTaNg SeNdIrI...

2 ulasan
" Kadang-kadang kita mencari tapi tidak pernah ditemui kadang-kadang kita tidak pernah mencari tapi... Ia datang sendiri... "

Selamat berhujung minggu!!! Tunggu 4.15 untuk punch dan bertemu ummi dan umar.

Wednesday, September 09, 2009

JiRaNkU...

2 ulasan
Salam sahabat blog...


Takde apa yang nak dicoretkan sekadar bercerita itupun kalau boleh dikatakan cerita huhu. Cerita tentang jiran... ni bukan mengumpat tahu ahaks. Coretan je... Coretan tentang OK dan jiran... dan apa hikmahnya agaknya OK dipertemukan dengan jiran seperti ini. Jiran camne tu!!! Huhu.

Oklah terus pada cerita... masa di Bera, OK dan ummi membeli rumah taman... Alhamdulillah siap sahaja taman tersebut kami masuk rumah. Kebetulan sebelah rumah ada rumah kampong yang kosong. Dalam sebulan selepas itu... ada penyewa. Lelaki Melayu yang berkahwin dengan perempuan India. Alhamdullah mereka adalah Muslim. Banyak cerita2 antara kami... yang rasannya tak perlu OK ceritakan.

... dan pada awal Ogos lalu OK dapat transfer ke Kuala Pilah. Erm... dalam keadaan terdesak mencari rumah, OKpun dipertemukan dengan sebuah rumah kampong... dan OK tak pasti siapa jiran OK... maklumlah datang seorang dan duduk bujang. Ala janji dapat melelapkan mata dan bertukar pakaian dah. Tak gitu???

Selang seminggu dua barulah OK tahu siapa jiran OK... Rupanya seorang wanita Indonesia yang bersuamikan Lelaki Cina Muslim. Sekadar bekerja kampong. Membuat rumah dan kerja2 kampong yang lain.

Seminggu lepas... semasa cuti sekolah ummi datang ke sini. Jadi kesempatan tersebut OK gunakan untuk berkenalan dengan mereka... Walau banyak juga yang menadang sinis hubungan kami. Kami menjemput mereka berbuka sama-sama. Alhamdulillah. Kami dapat berkenalan. Banyak juga cerita antara kami. Susah senang mereka... di sini.

Jadi apa ceritanya!!! Huhu... tak ada apapun yang menarik. Cuma kadangkala terpikir. Kenapa agaknya Allah temukan OK dengan jiran2 seperti ini. OK tahu tanggungjawabnya besar. Besar sangat!!! tak pasti mampukan OK menjadi contoh yang terbaik kepada mereka??? Doakan. OK tahu setiap pertemuan yang ditentukan oleh Dia punya hikmah tersendiri!!!

Pada OK mudah sahaja. Setiap makluk Allah yang dipertemukan dengan kita ada sebabnya. Hanya kita sebagai mansui sahaja yang tak mampu untuk menyingkapnya.


Doakan OK... Moga mampu menyampaikan Islam secara yang terbaik.

Monday, August 17, 2009

SaStErAwAn @ GiLaWaN...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Erm... tak sangka. Banyak juga dah OK hasilkan puisi yang tah apa apa. Ahaks.

Hampir 20 puisis. Puisis yang tak punya nilai seni. Sekadar repekans seorang lelaki. Teringin nak jadi sasterawan... tak dapat jadi sasterawan jadi gilawan dah le. hehe. Giler2 bahasa.

Sesiapa yang teringin nak baca tu bolehlah klik link di bawah @ tengok sebelah kanan ada OK senaraikan puisis OK... Promote sendiri beb!!! Nanti nak wat antologi.

Tajuk : Bahasa dari jiwa yang terburai... kekeke.


Berikut senarai puisi OK...


Sila berikan komentar anda!!!

Thursday, August 13, 2009

KeLaBu...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Semalam kite berbicara soal pilihan. Soal memilih terpilih dan pemilihan. Begitukan? Enak sekali bila pelbagai pilihan diberikan. Alangkah bosannya andai juadah yang sama dihadapkan ke muka kita. Yang itu2 aja... ahaks.

Hari ini OK ingin mengajak sahabat berbicara tentang kelabu... Kelabu walau kadangkala nampak kusam dan muram.

Pelikkan... adakala yang muram dan kusam itu menjadi pilihan. Menjadi rebutan walau yang putih bersih berseri di hadapan mata. Mungkinkah kerana yang putih berseri itu terlalu ideal untuk kita yang biasa2 aja ini... hahaha.

Hairankan... Hati membenci kusam dan muram. Jiwa menjadi suram. Namun adakala nafsu terangsang dalam kusam. Lantas si kelabu menjadi perangsang. Wakakakaka...

Entah... Tak tahu kenapa begini. Bukan begitu yang itu. Mungkin akal dan wahyu telah terdampar di ruang yang terlalu dalam. Yang tak mungkin untuk ku gapai dan bawa pulang.
Sekian.

Tuesday, August 11, 2009

KeTiKa PeRLu MeMiLiH...

1 ulasan
Salam sahabat blog...


Entah di mana untuk OK mulakan posting kali ini... ekeke. Cam best je bunyinya. Ahaks. Oklah... Seringkali dalam hidup dan kehidupan kita akan berhadapan dengan pilihan. Pilihan yang menentukan sebuah kehidupan. Pilihan antara hidup dengan mati. Hua hua hua.

Peritkan kalau itu pilihannya... Pilihan antara ayah dan emak. Erm... rasanya biarlah dikemam terus. Tak mungkin ditelan atau diluah. Pahamkan???

Adakala... Dalam kehidupan kita merasa bosan apabila tidak diberikan pilihan. Hanya itu sahaja yang ada. Terima seadanya. Pasrah.

Adakala... Juga dalam kehidupan kita bertemu dengan pilihan yang terlalu banyak...Di beri A kita mencari B... diberi B kita mencari C. Tak cukup dengan sebuah kedai kita menapak ke beberapa kedai... hanya kerana mencari pilihan. Pelbagai pilihan, yang menjadikan kita rambang untuk memilih... Hingga kita buta untuk memilih. Kesemua cantik dan indah dipandangan mata...


Berbalik pada saat kita hanya dihadapkan dengan satu pilihan tadi. Tiada C mahupun D... yang ada hanyalah A dan B. Hidup dan mati... Syurga atau neraka??? Bagaimana kita memilih??? Tepatkah pilihan kita...

Di saat ini tiada lagi dadu untuk dibaling!!!

Wednesday, August 05, 2009

BeRtEmAn SePi...

4 ulasan
Salam sahabat blog...

Minggu menyedihkan. Huhu... Sabtu ada kelas ganti. Ahad ada program Unit untuk pelajar. Tak dapat balik arghhh. Tapi abi pujuk2 ummi suruh datang. Ummi tak berani nak drive sengsorang huhu.

Doalah ummi jadi berani bertemankan si umar tu. Amin. Amin. Amin. Kalau tak... berteman sepilah abi. Ahakssssss.




Sodehnya hati... hua ha hua. Takpe baca doa ni banyak2. Amin.

Monday, July 06, 2009

SaKiT @ SiHaT...

3 ulasan
Salam sahabat blog...

Erm... agak pelik bunyi posting OK kali inikan??? Entahlah. Tak tahu apa OK nak katakan. Andaikan kita sebagai hambaNya diberi pilihan memilih antara sakit dan sihat... tentunya kita akan memilih sihat sentiasa bukan??? Namun itulah ketetapan dari Dia. Dia yang maha berkuasa. Penentu segalanya. Dijadikannya berpasangan. Sihat lawannya sakit. Bahagia lawannya derita, benci lawannya sayang... huhu. Begitulah. Adakah perasaan benci itu sebenarnya... hua hua hua. Yunapun masuk adois.

Oklah... sebenarnya OK ingin berkongsi. Berkongsi rasa. Berkongsi cerita dengan sahabat semua. Dua tiga minggu sebelum cuti sekolah lepas, OK sering sakit kepala. Adakala berdenyut-denyut. Dan dua tiga minggu lepas juga ada seorang rakan sejawat yang perasan sesuatu tentang OK... huhu. Perasan tentang cara dan pemakanan OK. Tak sangka juga ada yang memerhati atau sekadar kebetulan je. Sadis ma.

Ceritanya begini... Kebiasaannya setiap pagi, bila sampai sahaja ke sekolah dalam jam 7.10 begitu OK akan ke kantin dulu mengisi perut sementara menunggu loceng pertama berbunyi jam 7.30. Itulah rutin OK. Sampai ke sekolah mesti ke kantin first. Huhu. Adalah dua tiga orang rakan yang rutinnya seperti OK. Ada lelaki dan ada yang perempuan. Ala... lebih kurang tujuh ke lapan oranglah yang akan meluru ke kantin seperti abi. Seperti biasa juga, menu tetap abi adalah... nasi goreng kekadang mee goreng dan teh panas. Adakala nasi lemak mahupun nasi pulut. Best. Menu makanan sering bertukar tetapi air yang pastinya adalah teh panas. Kata orang feveret. Gitu ke???

Nak dijadikan cerita... Lebih kurang jam 11 pagi, time free takde kelas OK ke kantin sekali lagi... dan masih lagi pekena teh secawan. Entahlah... dah ketagih teh kot huhu. Kebetulan plak rakan yang sama minum pagi tadi kekantin juga. Hua hua hua... di tegurnya OK, apa katanya " erm... rasanya dah 2 kali pekena tehkan, tak takut ke??? huhu... " OK... senyum dan mendiamkan diri aje. Takut, erm hakikatnya sebelum ni tak pernah rasa takut. Nak buat camne teh susu panas adalah kegemaranku. Adakala sampai 5 kali sehari. Pagi, jam 10@11, kekadang makan tengah haripun ngan teh panas. Minum petang dan minum malam lagi. Tak ke 5 kali tu. Ekekeke. Ummipun kadang bising teh teh teh... tapi tetap dibuatnya untuk abi. Tq sayang kerana memahami citarasaku. hua hua hua.

Sejak kena tegur dengan member tu... dan sejak kepala mula berdenyut2 mulalah hati rasa tak sedap... ummipun tak kurang pot petnya. Yalah semua tu tanda sayang sebenarnya. Prihatin dengan OK. Lagipun badan dah montel semacam... sexy gitu wakakakaka. Ummipun apa lagi... " Jom abi kita buat check up. Lagipun kan sekarang cuti sekolah. Jom sayang"... ummi berbisik. Nak tak nak OK akur... rela dalam paksa. Senyum dalam tawa. Gementar dalam rasa. Perasaan bercampur. Sihatkah aku??? Sakitkah aku??? Almaklum sajalah usiapun dah penghujung 30... setahun dua mencecahlah angka keramat 40. Erm... Tua dah rupanya. Tapi hati... ekekeke.

Tiga empat hari lepas menjejaklah OK dengan ummi ke Poliklinik Padang Luas... Alhamdulillah kami dilayan dengan baik. Terima kasih untuk semua... Kami menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan biasa. Terima kasih khusus buat Dr Arif... kerana banyak tip2 berguna dari beliau. Siap boleh bergurau senda dan ketawa lagi. Tq happening plak rasa gi klinik tu. huhu.

... Dan natijahnya Alhamdulillah semuanya ok. Lancar belaka. Tekanan darah 110/70 untuk kadar gula dalam darah 5.2. Yang lain2pun semuanya OK. Syukur padaNya. Balik dari klinik kami singgah di Restoran Mamak Old Town Temerloh. OKpun apa lagi... terus jerit teh satu. Kwang kwang kwang.

Friday, June 19, 2009

ApA PeRaSaAn AnDa...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Posting OK kali ini tidak bermaksud apa2... sekadar ingin berkongsi rasa. Berkongsi perasaan dengan sahabat semua. Rasanya ramai yang tahu respeks_group adalah yahoogroups dibawah kelolaan OK... Kalau tak tahu Insya Allah dengan keluarnya posting ini, dengan sendiri termaklumlah. Ekekeke...

Dalam melayan karenah ahli groups... OK, memang tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang... Pohon dimaafkan. Hakikatnya respeks_group bukan sebuah groups politik sebagaimana telah ditekankan oleh OK beberapa kali. Namun apakan daya pilihan dan minat ahli ke arah itu... perlu diraikan sekadarnya.

Namun hari ini sedikit terkejut bila OK menerima offline YM mesej yang berbunyi lebih kurang " Semoga segala kerja anda dalam menegakkan yang salah akan dimurkai oleh Allah " Begitulah lebih kurang bunyinya. OK tahu dan paham beliau merupakan salah seorang warga respeks.



... Apa yang dapat OK perkatakan adalah terima kasih atas ingatan dari sahabat tersebut. Terima kasih sangat. Adakala peringatan seperti ini amat diperlukan di kala kita dalam kekeliruan. Namun sesuatu yang kurang enak datangnya tiba2 tanpa cuba mengenali dan memahami terlebih dahulu. Menjelaskan di mana kekhilafan yang berlaku untuk sama2 perbetulkan. Datangnya begitu sahaja pergi dan menghilang. Aduh. Sedih dan keciwa.

Pada semua sahabat... sebarang kesalahan dan kesilapan dalam mengendalikan blog mahupun groups OK pohon jutaan kemaafan. Pada Allah yang maha berkuasa atas tiap sesuatu... OK pohonkan semoga terus tetap terpelihara di atas jalanNya dan Istiqamah padanya. Tegurilah dan kenalilah... terimalah huluran persahabatan dari OK buat semua warga respeks. Respeks diwujudkan demi sebuah persahabatan... dan silaturrahim kerana Allah. Amin

Wednesday, May 13, 2009

HiDuP TaNpA CiNtA...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Maaf kalau posting kali ni nampak jiwang je bunyinya ekeke. Entah tak tahu kenapa. Cuma semalam bersembang dengan seseorang... yang OK anggap sebagai sahabat. Cerita punya cerita, langsung tercerita tentang cinta... entah camne masuk plak cerita cinta yang terbiar. Macam Jamal Abdillah punya lagu je. wakakaka. Kelakarkan???

Cinta itu amat mengasyikkan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajarannya

Erm... hidup tanpa cinta? Mungkin pada seseorang sesuatu yang remeh... telah berpuluh tahun bersama tapi tidak wujud cinta??? Begitulah lebih kurang perbincangan kami. Bohong??? Pelik??? Gurauan??? Entah... tapi katanya realiti. Bukan fantasi. Cinta itu tidak pernah wujud yang ada hanyalah tanggungjawab??? Yang ada hanyalah kebersamaan. Yang ada hanyalah perasaan hormat menghormati. Mustahil... mungkinkah begitu??? Sekali lagi OK katakan entah!!! . Segalanya berkemungkinan... Satu dalam seribu. Huhu. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul bukan???.

Mungkin mata melihat tidak ada yang tidak kena. Cantik, kemas dan teratur. Ideal. Seperti pasangan lain. Bahkan ada yang memuji... katanya ermm mesranya. Bagai pasangan sejoli??? Manja. Itu pandangan mata...

" Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu

Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih... "

Masih ingat lirik tersebut... erm. Lagu lama tapi pengertiannya mendalamkan???

Oklah berbalik pada hidup tanpa cinta... tampaknya seperti bahagia. Benarkah begitu??? Seperti OK katakan kita hanya memandang dengan mata... hakikatnya hanya Dia yang tahu. OK sendiri tidak punya jawapan pasti... kerna bahagia itu bukan tampak di mata tetapi menetap di jiwa. Jiwa bukan milik kita. Jiwa datang dari Dia Yang Maha Esa.

Mungkin benar kata orang, cinta datang tanpa diundang... ia hadir sendiri. Namun apa yang OK ingin katakan... berhentilah memburu cinta yang tak pasti. Usahakanlah untuk mencintai sesuatu yang wujud depan mata, kalaupun tidak... berdoalah agar cinta itu datang sebelum nafas berakhir. Amin.

Rasa hati : Simpati

Tuesday, May 05, 2009

KeTiKa MeNjAdI DuRiAn...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Buat sahabat yang merasakan dirinya sentiasa menjadi durian Yang enak. Yang wangi. Yang lebih penting merasakan dirinya sentiasa kuat dan hebat. Pastinya, menggolek dan tergolek akan melukakan aku yang bernama timun. Namun, kalian tidak akan mungkin selamanya menjadi durian.

... Adakala kalian menjadi lempuk, dan kerapkali menjadi tempoyak. Fuh, bila kalian menjadi tempoyak, pastinya aku akan cicah, cecah, dan cucuk kamu menjadi santapan aku. Kau juga akan ku letakkan biji lada agar lebih rasa kepedasan dan kepanasan yang akan membuatkan engkau mengelupur. Saat itu baru kau tahu tinggi rendahnya dunia.



Maaflah tah apa apa. Wakakakaka.

Rasa hati : Geram.

Wednesday, April 29, 2009

SiKaP KiTa...

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Hari ni OK nak berceloteh sikit tentang sikap kita. Sikap sebahagian besar dari kita. Ye ke??? Entah. Kalau bukan sikap kita maaflah. Mungkin hanya sikap OK dan orang2 di sekitar OK sahaja kot. Ekekeke. Maaf.

Sikap macamana tu ya??? OKla langsung aja... Sikap sesetengah di antara kita dalam satu2 majlis. Sikap kurangnya menghormati sahabat kita yang sedang bercakap semasa majlis berjalan. Tak kiralah apa majlis sekalipun. Taklimat ke... Mesyuarat ke... Seminar ke... sikap seperti ini pasti ada.

Sikap bercerita atau mungkin bermesyuarat sendiri di belakang. Mungkin sahabat pernah mengalami situasi begini bukan??? OK sendiri memang biasa melaluinya. Masuk sahaja bilik mesyuarat... setengah jam pertama mungkin tumpuan diberikan. Masuk setengah jam kedua banyaklah mesyuarat2 kecil diadakan. Kiri dan kanan kita. Bila diajukan persoalan mulalah terpinga2. Begitu??? Adakan??? Akhirnya OK sendiripun tak tahu nak masuk mesyuarat mana. Wakakakaka... Pilihan terlalu banyak. Adoisssss.

Sebagai seorang pendidik... kita sering memarahi pelajar kita apabila mereka bersembang bersama kawan di kelas. Rasa macam terbakar perasaan kita bukan??? tetapi mengapa apabila dalam mesyuarat atau taklimat kita pula menjadi seperti pelajar tersebut tanpa mengendahkan perasaan sahabat yang sedang memberi penerangan, atau mungkin juga bos kita sendiri. Adilkah kita???

Itu satu di antara sikap kita.

Sikap yang kedua pula... kita sukar memberikan respon dalam majlis. Apabila diminta sekalipun berat mulut kita untuk mengatakannya. Pada OK tidaklah menjadi kesalahanpun untuk tidak memberikan pandangan atau pendapat, namun yang kurang bestnya... kita rancak memberikan pandangan mahupun kritikan tetapi bukan di bilik mesyuarat. Adois... Enakkah begini??? Kita rancak memberikan kritikan dan pandangan di kantin misalnya??? Di tepi2 padang bola... Di situ tempat kita. Dan kitalah jaguhnya... Adilkah begitu???

Arggghhh mungkin OK mengharapkan sesuatu yang terlalu idea hehe. Sedang OK sendiripun tidaklah seidea manapun. Kadangkala OKpun terlibat dengan sikap seperti ini. Huhu... Cuma OK mengharapkan kita sama-sama muhasabah diri dan memberikan perhatian pada yang sepatutnya. Amin.


Rasa hati : Bosan...

Monday, April 20, 2009

KeNaPa OraNg KaMpoNg...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Erm... lama juga tidak bertemu. Tiada apa yang hendak diceritakan. Tidak ada apa yang menarikpun untuk dikongsikan apa lagi untuk diambil sebagai pengajaran. Tak gitu?

Cuma... hujung minggu lepas OK... ke KL untuk bersama dalam kejohanan bowling Amal respeks_group. Itu aja... sekadar berkongsi sekeping gambar sebagai kenangan. Tq.

OKlah... hari ni OK ingin berkongsi kenapa dan mengapa tetiba blog ini bertukar tajuk dari sembang2 bersama ustazmuda kepada sembang2 bersama orangkampong huhu... Yes. Orangnya masih sama. Tiada perbezaan... OK dan ustazmuda adalah sama. Cuma, untuk kali ini ustazmuda ingin terus dikenali sebagai orangkampong @ OK sahaja. Hehe. Boleh gitu??? Ala... macamlah ramai yang kenal OK. walalalalala. Entah.

Terus pada persoalan...

1) Sememangnya OK memang orangkampong dan adalah lebih sesuai blog ini menggunakan tagline sembang2 bersama orang kampong.

2) Erm... antara Orangkampong dan ustaz... wakakakakaka rasanya orang kampong lebih suka bersembang dari ustazkan??? ekekeke. Maafkan OK. Andai ada orangkampong yang tidak suka bersembang. Maafkan OK.

3) Membawa title ustaz dalam kehidupan rupanya sesuatu yang amat berat. Ya... orang kita khususnya amat memandang berat pada mereka yang bergelar ustaz. ... dan kerap kali mereka mengambil sesuatu hukum dari perbuatan dan tingkahlaku mereka yang bergelar ustaz. Kerap kali juga ustaz dikaitkan dengan sesuatu hukum... Ala, ustazpun buat??? Takkan salah... Mungkin sahabat pernah mendengar luahan seperti itu bukan??? Sesungguhnya ustaz bukanlah seorang nabi yang terpelihara segenap segi. Maksum. Namun sesuatu yang pelik, bila ustaz menunjukkan sesuatu yang baik dan betul... mereka tidak mengambilnya sebagai ikutan bahkan menjadi sendaan sahaja. Pelikkan??? huhu.


Cukup dulu 3 alasan yang OK kongsikan ekekekeke... Untuk itu mulai tika dan saat ini cukuplah ustaz sekadar gelaran di sekolah di mana segala tugasan rasmi Orangkampong jalankan. Itu sahaja. Bolehkan???

Pada semua sahabat yang pernah bertamu... terima kasih atas kesudian kalian. Selamat datang dan salam kemaafan orangkampong dahulukan sebagai tanda persahabatan.

Rasa hati : Pilu...