Tuesday, December 15, 2009

SaYuNya...

8 ulasan
Salam sahabat blog...

Sekadar berkongsi cerita tentang Umar, Haikal dan Alia... hehe. Mungkin ada sahabat yang bosan kot. Takpelah... Sekadar berkongsi dengan sahabat2 yang sudi berkongsi rasa... ekekeke.

Beberapa minggu lepas abi pernah kongsikan cerita yang abi mengambil Haikal bawa balik kampong selama empat hari dan kebetulan ibunya sms mengatakan boleh mengambilnya terus... Alhamdulillah hingga semalam hampir 10 hari Haikal bersama kami. Semalam juga terfikir abi dan ummi untuk menemukan anak tersebut dengan adik dan ibubapanya... Ya dari 4 Disember hingga semalam 14 Disember bersama kami tanpa bertemu dengan ibunya. Cukup 10 hari... Dalam hati pelbagai perasaan... Bagaimana agaknya Haikal bertemu dengan ibu dan bapanya, juga adiknya!!! Umar terus mendiamkan diri...Bimbang kehilangan Haikal. Nampaknya rasa sayang umar sudah bersangatan terhadap anak itu... Dari keluar rumah hingga sampai ke rumah ibunya sepatah tidak berbunyi. Diam.!!! Abi dan ummipun tak kurang sebenarnya. Huaaaaaaaaa.

Sesampai sahaja di hadapan rumah tersebut... Umar tak mahu lagi keluar dari kereta. Terus diam membisu. Kamipun keluar... kebetulan ibunya melihat Haikal... Haikal seakan terpinga semacam tidak ingat lagi akan ibunya. Namun selang beberapa minit bila melihat kelibat adiknya muncul... terjerit2lah dua beradik tersebut dengan bahasa yang tidak difahami... al maklumlah budak setahun dan 2 tahun... terus Haikal memeluk dan mencium adiknya dengan rakus... bagai bertahun tidak bertemu. Ciuman dan pelukan bertalu2 tanpa henti. Dalam lima minit mereka berdua begitu terloncat2 dan terjerit2 kegembiraan. Hati melihat sungguh sayu... Kalau tidak dikuatkan semangat rasanya dah menitis air mata ini. Sayang kamera tidak ada masa itu untuk mengabadikan pertemuan mereka... Selepas beberapa minit adengan sayu pelukan dan ciuman barulah Haikal mula mengingat ibunya. Lantas dengan erat memeluk ibunya. Keadaan masih sayu...

Lama kami berbual bersama... Umar tetap tidak keluar dari kereta. Puas abi memanggilnya. Hinggalah kami beransur pulang dan kebetulan emak Haikal dan Alia ingin mengikut kami berziarah ke rumah baru kami. ( kami baru berpindah ke kuarters ) Sebelum Maghrib kami sampai kerumah bersama Alia dan ibunya... Umar tersenyum semula.

Lebih kurang jam 9 malam... kami menghantar emak Haikal dan Alia pulang. Ketika ini Umar tidak mahu mengikut lagi... Di bimbangi Haikal tidak mahu ikut pulang nanti. Sesampai di hadapan pintu pagar kami tidak turun lagi... Alia dan emaknya turun. Haikal dan ummi di sebelah abi... Alhamdulillah. Haikal hanya menghulurkan salam dan mencium ibu dan adiknya Alia... dan tangannya melambai2. Tersenyum dan terus bersama kami.

Sekadar berkongsi cerita... Entah selama mana bersama kami hanyasanya Allah jua yang tahu. Apapun kami bersyukur dengan anugerah Allah ini. Seperti di janjikan bila ummi mula kerja semula Januari nanti Haikal akan di hantar pada emaknya untuk di jaga... kini Umar telah ada teman tidur bersama... Malam hari kami menjenguk Umar dan haikal tidur. Nyenyak. Hati cukup sayu melihat anak itu.

Sekian.

8 ulasan:

ilahjy says:
11:12 AM

adik akak namanya rusli..dia ada anak 7 org..anak yg ke 5 lelaki/ariff dari kecil diasauh oleh jiran...krn isteri rusli juga kerja... dari usia baby dijaga oleh jiran.. sehingga sekarang walapun jiran tu dah berpindah, si anak tu turut di bawa bersama mereka... ariff dihantar kerumah rusli sebulan sekali je kot... atau ikut mod keluarga tsbt... si anak tadi dah mesra dgn keluarga baru...sampai dah bersekolah darjah 3 agaknya la ni...tapi hubungan tatap diteruskan sptmana haikal...akak sendiri susah nak berjumpa ariff time raya jer dpt jumpa.. keluarga angkat pula tiada anak kecil lagi... palig kecil dah bekerja... ariff dah jadi kesygan mereka..susah nak dikembalikan... si rusli dah tak kisah..sbb anak dah ramai..lelaki.. itu je akak nak kongsi..dlm keadaan kesihatan sebegini...huhuhuuuu

mytee says:
11:20 AM

salam tompang lalu

learn quran online says:
6:28 AM

You are doing a great job I liked reading you blog and I loved keep on the good work on I don’t know if I have said it already or not but great wok tack care thank you

Better Article Submission says:
1:18 PM

Nice work. I appreciate it. Looking for such useful future works. Thanks.

SEO Forum Blog says:
1:21 PM

Pertinent post. Needs to be available. Thanks.

Islam Forum Blog says:
1:22 PM

Significant article. Keep going for another. Thanks.

Tawheed Procation says:
1:32 PM

Such works demands admiration. Thanks.

online quran says:
6:54 PM

A tutor would learn quran online perhaps help you understand the pronunciation in a better way. However there are audio CDs available with the books that help you learn easily. Similarly there are a number of websites on the internet that help you with pronunciations and spellings or words and phrases associated with the language.
https://learningquran.co.uk/learn-quran-online